Kalau anda duduk di flat, apartment atau kondominium, mesti biasa hadapi “laundry struggle” kan? Ruang sempit, tempat jemur terhad, dan bila hujan, confirm baju tak kering sampai anda terpaksa jemur di ruang tamu. Akibatnya, baju berbau hapak dan dinding pun lama lama berisiko berkulat sebab udara lembab. Tapi sekarang tak perlu pening kepala lagi, sebab ada satu solusi yang memang direka khas untuk memudahkan anda yang hidup di rumah pangsa macam ni iaitu washer dryer 2 in 1.

Realitinya, bukan semua rumah ada ruang khas semata-mata untuk laundry. Tambah pula kalau rumah high-rise yang semestinya setiap inci memang bernilai! Seiring kemodenan rumah anda, teknologi sekarang pun dah makin bijak. Dengan KHIND 2-in-1 Washer Dryer (WD1468), anda tak perlukan dua mesin besar untuk basuh dan keringkan baju. Satu mesin ni je dah cukup untuk buat dua-dua kerja dengan senang, cepat, dan paling best - jimat ruang!
Dulu, kita fikir nak cuci baju kena ada mesin basuh dan pengering berasingan. Selalunya, kita akan tunggu mesin basuh untuk siap satu cycle dan perlu pindahkan secara manual baju yang baru dibasuh itu kepada pengering untuk melalui proses tumble dry. Tapi sekarang tak lagi. Washer dryer menggabungkan dua fungsi dalam satu mesin — basuh dulu, terus auto kering. Tak perlu pindahkan pakaian dari satu mesin ke satu lagi.
KHIND 2-in-1 Washer Dryer WD1468 boleh muat 11kg basuhan dan 7kg pengeringan — cukup kapasiti untuk cuci dan keringkan seminggu baju satu keluarga kecil atau pasangan muda. Mesin ini direka dengan teknologi efisien supaya anda boleh cuci banyak baju sekaligus tanpa ganggu rutin harian. Tak perlu tunggu lama, tak perlu risau ruang sempit.

Siapa yang pernah jemur baju lembap dua hari tak kering lagi sebab cuaca hujan berturut-turut? Dengan fungsi pengering yang ada pada 2-in-1 Washer Dryer KHIND RTO, masalah ini terus selesai. Cuma tekan mod Dry dan mesin akan keringkan pakaian dengan suhu yang sesuai, cepat dan sekata.
Tak ada lagi bau hapak atau baju yang masih lembab dan tak sepenuhnya kering. Yang bestnya, anda boleh susun atur masa yang lebih bersesuaian dengan jadual harian anda untuk keringkan baju tanpa perlu bergantung pada cuaca. Dengan washer dryer combo, anda boleh basuh selepas makan malam dan terus keringkan supaya esok pagi dah boleh terus pakai. Senang kan? Perfect untuk mereka yang sibuk bekerja atau yang ada anak kecil.
Satu lagi yang buat ramai sukakan dan memilih KHIND RTO 2-in-1 Washer Dryer — 18 mode basuhan! Setiap jenis kain ada mod khas yang dicipta dengan tetapan suhu dan kelajuan spin yang sesuai. Nak basuh jeans, tuala, pakaian baby, baju kerja atau fabrik lembut — semuanya ada setting tersendiri. Tak perlu teka-teka, tak perlu risau fabrik akan cepat rosak.
Antara mod popular termasuk:
Baby Care — untuk pakaian bayi, lembut dan hygienic.
Quick Wash — bila nak basuh cepat untuk baju harian.
Delicate — untuk kain nipis dan lembut.
Cotton / Mixed — untuk cucian harian yang pelbagai.
Tekan butang, pilih mode, siap! Washer dryer ni memang sesuai untuk yang nak senang & tetap jaga kualiti cucian.
Ramai yang fikir washer dryer canggih dan memudahkan ni mesti mahal. Tapi sebenarnya, tak perlu keluar duit banyak pun untuk miliki washer dryer terbaik ni.
Dengan KHIND RTO (Rent-To-Own), anda boleh sewa beli washer dryer ni dengan bayaran serendah RM99 sebulan je. Tak perlu bayar sekaligus, tak perlu stress bajet. Bayar sikit-sikit, terus boleh guna. Lepas habis tempoh pelan, mesin ni pun jadi milik anda!
Pelan ni memang sesuai untuk keluarga muda, pasangan baru kahwin, atau siapa yang baru pindah rumah dan nak upgrade gaya hidup tanpa beban kewangan besar. KHIND RTO ni antara sewa beli terbaik di Malaysia sebab bukan hanya mudah, tapi juga fleksibel dan dipercayai.
Kehidupan bandar makin sibuk, tapi teknologi memudahkan. 2-in-1 Washer dryer KHIND RTO ni memang direka untuk gaya hidup moden:
Sesuai untuk keluarga dengan anak kecil, working couple, atau individu bujang yang suka gaya hidup teratur. Bila semua lebih mudah, masa lebih banyak untuk benda penting — rehat, keluarga, dan diri sendiri.
Kadang kita fikir rumah kecil = banyak kekangan. Tapi sebenarnya, dengan peralatan yang betul, rumah kecil boleh jadi ruang paling selesa. KHIND RTO 2-in-1 Washer Dryer bukti bahawa smart living bukan tentang saiz rumah, tapi cara kita guna setiap ruang dengan bijak.
Jadi, kalau anda tengah cari cara nak mudahkan rutin harian tanpa kompromi gaya dan keselesaan — inilah masanya untuk upgrade lifestyle anda.
Nak miliki washer dryer tanpa risau bajet?
Dapatkan KHIND 2-in-1 Washer Dryer WD1468 hari ini melalui pelan sewa beli terbaik KHIND RTO!
Klik sini www.khindrto.com.my untuk tahu lebih lanjut dan mula sewa beli sekarang.