Tahukah anda kebebasan apa yang paling memudahkan kehidupan seharian? Kebebasan daripada kerja rumah yang mengambil terlalu banyak masa.
Bukan bermaksud kita boleh berhenti mengemas, membasuh atau menguruskan rumah. Kerja rumah memang sebahagian daripada kehidupan harian. Tetapi dengan peralatan rumah yang betul, banyak tugasan boleh jadi lebih mudah dan kurang memenatkan. Jadi, kalau ada cara untuk menjadikan rutin tersebut lebih mudah, kenapa tidak?
Sempena Kempen Gemilang 65, KHIND RTO menawarkan beberapa Combo Deals yang direka untuk keperluan kehidupan sebenar — daripada urusan dobi sehinggalah memastikan rumah sentiasa selesa.

Peralatan rumah yang baik bukan sekadar tentang fungsi. Ia juga tentang masa.
Mesin basuh yang lebih praktikal bermaksud kurang masa mengurus pakaian. Dryer menjimatkan masa anda dan tak perlu lagi menjemur baju bawah panas matahari. Peti ais yang mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi bermaksud lebih mudah merancang barang dapur. Aircond pula menjadikan ruang rumah lebih selesa selepas seharian berada di luar.
Sebab itu KHIND RTO menawarkan konsep Rent-To-Own yang membolehkan anda mendapatkan peralatan rumah tanpa perlu membayar keseluruhan kos secara sekaligus.
Lebih menarik, sempena ulang tahun ke-65 KHIND, pilihan combo dalam Kempen Gemilang 65 ditawarkan pada RM65 sebulan untuk 6 bulan pertama.
Jadi, anda boleh mula melengkapkan rumah sambil menguruskan bajet bulanan dengan lebih teratur.
Pakaian memang tidak pernah habis.
Belum selesai satu bakul, sudah ada bakul yang seterusnya. Selepas mencuci pula, kena fikir tentang mengeringkan pakaian — terutama apabila hujan turun pada waktu yang paling tidak dijangka.
Untuk mereka yang mahu memudahkan rutin ini, Combo Dobi KHIND RTO menampilkan 2-in-1 Washer Dryer KHIND RTO.
Daripada mencuci dan kemudian memindahkan pakaian ke mesin pengering atau ruang ampaian, satu mesin boleh mengendalikan kedua-dua proses tersebut. Ia juga membantu menjimatkan ruang, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk apartment dan kondominium.
Untuk menjadikan pengalaman dobi lebih mudah, combo Washer Dryer turut disertakan dengan bekalan laundry capsules secara percuma selama 3 tahun.
Kurang masa menguruskan pakaian, lebih banyak masa untuk perkara lain. Itu barulah satu bentuk “merdeka” yang boleh kita hargai.

Bila keluarga semakin besar, jumlah barang di rumah pun biasanya ikut bertambah.
Barang dapur semakin banyak. Cucian pakaian semakin kerap. Dan ruang penyimpanan yang dahulu terasa cukup mula terasa sempit.
Combo Keluarga KHIND RTO menggabungkan Side-by-Side Refrigerator dan 2-in-1 Washer Dryer untuk memenuhi dua keperluan utama dalam sesebuah rumah.
Peti ais yang lebih besar membantu anda menyimpan stok makanan dengan lebih teratur, sementara washer dryer membantu menguruskan cucian harian tanpa memerlukan ruang berasingan untuk mesin basuh dan pengering. Untuk ibu bapa yang sentiasa mengejar masa antara kerja, anak-anak dan urusan rumah, kemudahan seperti ini boleh membuat perbezaan yang ketara.

Membeli rumah pertama memang satu pencapaian besar. Tetapi selepas kunci berada di tangan, bermulalah senarai perbelanjaan yang panjang.
Deposit sudah dibayar. Ada yuran guaman, renovasi, perabot, pemeriksaan kecacatan dan kos berpindah. Kemudian baru teringat — rumah juga perlukan peti ais dan mesin basuh.
Di sinilah Combo Rumah Pertama KHIND RTO boleh membantu.
Combo ini menggabungkan Multi-door Refrigerator (RFM466) dan 11/7kg Washer Dryer (WD1468), iaitu dua peralatan yang sangat berguna untuk memulakan kehidupan di rumah baharu.
Dan melalui Kempen Gemilang 65, anda hanya perlu membayar RM65 sebulan untuk 6 bulan pertama, sebelum meneruskan bayaran bulanan biasa selepas itu.
Ia memberikan anda ruang untuk melengkapkan rumah secara lebih teratur tanpa perlu menanggung perbelanjaan besar untuk dua peralatan penting pada masa yang sama.

Kita tinggal di Malaysia. Cuaca panas memang sebahagian daripada kehidupan.
Selepas balik kerja atau keluar seharian, perkara terakhir yang kita mahu ialah masuk ke bilik yang terasa lebih panas daripada luar.
Combo Sejuk Syiok KHIND RTO menawarkan pilihan aircond 1.0HP, 1.5HP, 2.0HP atau kombinasi 1.0HP + 1.5HP, bergantung pada keperluan kediaman anda.
Sama ada anda mahu menyejukkan bilik tidur, ruang keluarga atau beberapa ruang tertentu di rumah, terdapat pilihan yang boleh disesuaikan.
Kadang-kadang, “kemerdekaan” yang paling dihargai selepas hari yang panjang ialah dapat balik rumah dan terus rasa selesa.
Tahun ini, mungkin tidak perlu fikir tentang “kebebasan” dalam perkara yang terlalu besar.
Mungkin ia sekadar mempunyai lebih banyak masa pada hujung minggu. Tidak perlu risau pakaian belum kering. Tidak perlu fikir bagaimana hendak menyimpan stok makanan untuk seminggu. Atau dapat berehat dalam bilik yang selesa selepas balik kerja.
Dengan Combo Deals KHIND RTO, peralatan rumah boleh membantu mengurangkan sebahagian daripada kerja dan kerumitan rutin harian.
Sempena Kempen Lagi Gempak Gemilang 65, combo terpilih ditawarkan pada RM65 sebulan untuk 6 bulan pertama. Jika anda hanya memerlukan satu produk pula, terdapat tawaran 50% OFF untuk 6 bulan pertama bagi produk tunggal.
Jadi, kalau mesin basuh sudah mula buat hal, peti ais dah tak cukup ruang atau rumah baru masih belum lengkap, mungkin ini masa yang sesuai untuk upgrade.
Merdekakan masa anda daripada kerja rumah yang mengambil terlalu banyak tenaga. Pilih Combo Deals KHIND RTO yang sesuai dengan kehidupan anda dan nikmati Kempen Lagi Gempak Gemilang 65 serendah RM65 sebulan untuk 6 bulan pertama.