Nak Tukar Mesin Basuh? Ini Bezanya Washer Dryer KHIND WD1438 & WD1468

Mesti ramai yang tertanya-tanya: “Apa beza model washer dryer baru ni dengan yang sebelum ni, WD1438?” Dalam blog ni, kita akan hurai dengan ringkas dan senang faham perbezaan antara kedua-dua model washer dryer KHIND RTO, dan kenapa WD1468 adalah upgrade terbaik untuk rumah anda sekarang. Spoiler: memang berbaloi.

Apa Perlu Anda Tahu Tentang Washer Dryer KHIND RTO

KHIND RTO (Rent-To-Own) ialah pelan sewa beli yang membolehkan anda miliki barangan elektrik premium tanpa perlu bayar penuh sekaligus. Dengan bayaran bulanan serendah RM99, anda bukan sahaja dapat mesin washer dryer 2-in-1, tetapi juga perlindungan insurans, servis penuh, dan bekalan kapsul dobi selama 3 tahun. Program KHIND RTO ini direka khusus untuk memudahkan hidup seisi rumah, dengan pilihan barangan elektrik berkualiti, cekap tenaga, dan berprestasi tinggi.

Yang lebih mengujakan, lebih 7,000 keluarga di Malaysia dah buat pilihan ini! Dalam pasaran yang penuh pilihan mesin ‘entry-level’ yang mungkin kurang daya tahan, KHIND RTO tawarkan sesuatu yang jauh lebih baik: washer dryer kualiti premium dengan pelan bayaran yang memahami realiti kewangan rakyat. Jadi anda tak perlu membuat pilihan antara bajet dan prestasi. KHIND RTO bagi anda peluang miliki washer dryer canggih yang tahan lama tanpa perlu rasa terbeban—memang win-win.

Perbezaan Kapasiti: Muatan Mesin Basuh Lebih Besar, Siap Lebih Cepat

Model washer dryer terdahulu, WD1438, hadir dengan kapasiti 10kg basuh dan 6kg kering. Ia sesuai untuk isi rumah bersaiz kecil hingga sederhana. Namun bagi anda yang ada keluarga lebih besar atau rutin dobi yang lebih berat, WD1468 tampil dengan kapasiti 11kg basuh dan 7kg kering. Ini bermakna lebih banyak pakaian boleh dicuci dan dikeringkan dalam satu kitaran sahaja—tuala, cadar, baju kerja dan sekolah semua siap serentak.

Fungsi Steam Wash & Hot Wash untuk Pakaian Lebih Bersih

Satu ciri menarik yang eksklusif untuk Washer Dryer WD1468 ialah fungsi Steam Wash dan Hot Wash. Bagi anda yang ada anak kecil, kulit sensitif atau mahu cucian lebih bersih, fungsi ini amat membantu. Wap suhu tinggi membantu membunuh bakteria dan menyingkirkan bau hapak, serta mengurangkan kedutan pada pakaian. Ia juga bantu larutkan sabun dengan lebih sekata dan menghasilkan cucian yang lebih bersih dan segar.

Bukan itu je tau! Bagi yang ada alahan habuk, bulu kucing, atau masalah kulit seperti ekzema, Hot Wash boleh jadi penyelamat. Suhu tinggi dapat bantu menanggalkan alergen halus yang biasanya melekat dan tersorok dalam fabrik, termasuk pada baju tidur, cadar dan pakaian harian. Bila pakaian benar-benar bersih dari sisa sabun, habuk, dan bulu halus, ia bukan sahaja selesa dipakai tapi juga lebih selamat untuk kesihatan kulit.

Panel Digital Tanpa Knob: Gaya Lebih Moden, Lebih Senang

Washer Dryer KHIND RTO WD1438 masih menggunakan knob fizikal, manakala Washer Dryer KHIND RTO WD1468 telah melalui 'facelift' dengan paparan fully digital touch panel. Anda hanya perlu sentuh untuk pilih program yang diingini. Rekaan moden ini lebih intuitif, lebih canggih, dan lebih moden. Control panel digital ini juga lebih senang dibaca dan sesuai untuk pengguna dari pelbagai peringkat usia.

Tambahan 2 Preset Baru untuk Semua Keperluan Cucian

Berbanding model terdahulu WD1438, Washer Dryer KHIND RTO WD1468 dilengkapi dengan 2 preset tambahan. Ini termasuk program cucian pantas untuk mereka yang kesuntukan masa dan preset fabrik sensitif yang menjaga tekstur pakaian lembut seperti tudung satin dan pakaian kerja.

Antara preset menarik yang disediakan termasuk Quick 15 (untuk bilas baju ringan dengan cepat), 1 Hour Wash & Dry (cucian lengkap bila anda perlu baju segera), Mixed (untuk pelbagai jenis pakaian dalam satu muatan), dan Turbo Wash bagi pakaian yang lebih kotor atau selepas aktiviti lasak. Ada juga mod Silk, Baby Care, dan Anti-bacterial yang khusus untuk anda yang pentingkan keselesaan, kebersihan dan penjagaan fabrik yang teliti. Dengan pilihan sebegini, anda tak perlu lagi teka-teka tetapan dan semuanya dah tersedia ikut keperluan harian anda.

Sama Kompak, Tapi Lebih Berkuasa

Walaupun hadir dengan kapasiti lebih besar dan lebih banyak fungsi, Washer Dryer KHIND RTO WD1468 kekal dengan reka bentuk kompak dan ergonomik. Saiznya hanya sedikit lebih besar daripada WD1438, namun masih mudah untuk ditempatkan di dapur atau ruang dobi kecil. Sesuai sangat untuk gaya hidup urban yang mementingkan prestasi tanpa mengorbankan ruang.

Apa Yang Tetap Sama? Pelan Sewa Beli KHIND RTO Tetap Mampu Milik!

Walaupun model Washer Dryer KHIND RTO WD1468 hadir dengan beberapa pembaharuan, KHIND RTO  masih mengekalkan semua kelebihan utama dalam pelan sewa beli mampu milik mereka. Anda tetap menikmati perlindungan insurans 1:1 yang melindungi mesin basuh pengering anda daripada kerosakan akibat banjir, kebakaran, atau kecurian. Ini merupakan perlindungan yang sangat jarang ditawarkan jenama lain. 

Selain itu, anda turut mendapat servis, pembaikan, dan sokongan pelanggan penuh sepanjang tempoh sewa beli dengan KHIND Care Plan yang disertakan sekali dengan setiap pelan sewa beli. Bukan itu sahaja, setiap langganan datang bersama bekalan KHIND laundry capsules selama 3 tahun, iaitu kapsul 5-dalam-1 yang wangi dengan haruman Sakura yang mengandungi sabun, pelembut, sanitizer, agen pencuci dan penjagaan warna. Proses langganan pun mudah kerana tiada kad kredit diperlukan, dan deposit cuma RM1 sahaja. 

Sekarang Waktu Terbaik untuk Upgrade Mesin Basuh: Hanya RM99 Sebulan!

Kini, KHIND RTO menawarkan anda harga promosi RM99/sebulan jer Washer Dryer KHIND RTO WD1468 untuk masa terhad, berbanding harga biasa RM125. Jadi anda bukan sahaja dapat model terbaru dengan kapasiti lebih besar, lebih banyak fungsi, dan rupa lebih moden, anda juga jimat lebih banyak setiap bulan.

Kalau anda sedang mencari mesin basuh baru, inilah masa terbaik untuk upgrade.

Jangan tunggu sampai mesin basuh lama mula meragam. Klik sini untuk langgan pelan sewa beli KHIND WD1468 hari ini dan alami sendiri perbezaan laundry lebih bersih, mudah dan menjimatkan!