KHIND Washer Dryer Terbaik untuk Rumah Moden: Kini Lebih Besar dan Jimat Tenaga!

Pernah tak rasa macam basuh baju ni kerja tak habis-habis?

Basuh baju dah satu hal. Nak tunggu baju kering kena bergantung kepada cuaca dan perlukan berjam-jam untuk dijemur. Dah kering pun, penat sangat nak lipat sampai baju bertimbun seminggu tak berusik. Perkara biasa kan?

Sebab tu KHIND 2-in-1 Washer Dryer WD1468 yang lagi moden, lagi power, lagi besar kapasiti cuci & kering diperkenalkan. Ini adalah solusi lengkap untuk keluarga moden yang mahu hidup lebih mudah tanpa dibebankan rutin laundry yang tak pernah habis. Melalui pelan sewa beli mampu milik KHIND RTO, sesiapa pun boleh miliki KHIND washer dryer canggih ni dengan bayaran serendah RM99/sebulan. Jom tengok dengan lebih lanjut apa fungsi terkini yang tersedia pada KHIND 2-in-1 Washer Dryer WD1468!

Kapasiti Tinggi 11kg/7kg – Lebih Banyak, Lebih Cepat

Sebelum ini, model KHIND Washer Dryer WD1438 hadir dengan kapasiti 10kg basuhan dan 6kg pengeringan. Tapi kini, KHIND RTO tampil dengan washer dryer versi WD1468 yang lebih besar dan lebih mantap. Dengan kapasiti 11kg untuk basuhan dan 7kg untuk pengeringan, anda boleh muatkan lebih banyak pakaian dalam satu kitaran sahaja.

Tuala, cadar, pakaian kerja, baju sekolah, semua boleh diselesaikan sekaligus tanpa perlu ulang cucian atau tunggu giliran untuk jemur. Hasilnya? Anda jimat masa, jimat tenaga, dan boleh fokus pada perkara lain yang lebih penting dalam hidup.

Paling menarik, walaupun kapasiti lebih besar dan fungsi makin canggih, harga sewa beli bulanan langsung tak berubah! Anda masih boleh miliki washer dryer baru ini melalui pelan sewa beli KHIND RTO serendah RM99/sebulan—sama seperti model WD1438. Jadi sekarang anda dapat lebih banyak manfaat, lebih mudah dan lebih pantas—tanpa perlu bayar lebih. Memang berbaloi untuk sesiapa yang nak upgrade rutin dobi tanpa tambah bajet.

Fungsi Steam Wash – Cucian Bersih, Kurang Kedut, Bebas Bau Hapak

Kalau anda atau ahli keluarga ada kulit sensitif atau mudah alami gatal gatal bila pakai baju yang tak cukup bersih, fungsi Steam Wash memang penting. Dengan bantuan wap suhu tinggi, setiap helaian pakaian dibersihkan secara mendalam dan mengurangkan pendedahan kepada bakteria, alergen, dan sisa sabun. Ini sangat membantu untuk kurangkan risiko ruam, gatal-gatal atau flare-up bagi yang ada eczema. Bonusnya? Bau hapak pun hilang, pakaian rasa lebih segar, dan anda pun lebih yakin memakainya seharian. Dengan KHIND Washer Dryer, kami jaga kebersihan pakaian anda dan kesihatan anda sekeluarga.

KHIND Laundry Capsule – Bekalan 3 Tahun Dengan Setiap Langganan!

Dengan setiap langganan rent-to-own bermula dari RM99/sebulan, anda bukan sahaja dapat memiliki mesin washer dryer KHIND yang hebat tapi anda juga akan menerima bekalan KHIND Laundry Capsules selama 3 tahun. Yang bestnya, kapsul ini berfungsi 5-dalam-1 dan dilengkapi pencuci, pelembut, sanitizer, agen penjagaan warna dan bahan pembersih, semua dalam satu kapsul kecil yang mudah digunakan. Tak perlu lagi sukat sabun atau risau tumpah. Anda cuma perlu masukkan terus ke dalam mesin dan biarkan ia bekerja. Ia larut sepenuhnya tanpa tinggal sisa, menjadikan pakaian bersih, lembut dan harum dengan sentuhan bau sakura yang segar dan menenangkan. Lagi-lagi bila digabungkan dengan fungsi wap, cucian terasa lebih mewah dan bersih setiap kali.

Jimat Tenaga Dengan Motor BLDC Dual Inverter – Tapi Tetap Power

Ramai yang masih percaya mitos bahawa washer dryer 2-dalam-1 guna lebih banyak tenaga dan akan melonjakkan bil elektrik. Lagi-lagi sekarang dengan penstrukturan tarif elektrik yang baru, ramai mula risau tentang kos bulanan yang makin meningkat. Tapi dengan KHIND Washer Dryer, anda tak perlu bimbang—ia dilengkapi dengan teknologi Dual Inverter yang jauh lebih cekap tenaga. 

Teknologi ini bukan saja bantu jimat penggunaan elektrik harian, tapi juga memastikan prestasi kekal konsisten. Jadi walaupun anda upgrade ke mesin yang lebih moden dan praktikal, anda takkan rasa ‘tercekik’ bila tengok bil hujung bulan.

Rekaan Moden & Fungsi Pintar untuk Rumah Anda

KHIND faham, bukan semua orang ada ruang dobi yang besar di rumah. Sebab tu, washer dryer ni diberikan facelift yang lebih moden dan minimalis dengan rekaan kompak dan ergonomik yang sesuai untuk dapur kecil atau sudut laundry. Tapi bukan itu je—tiada lagi knob control yang lama! Versi terbaru ini datang dengan paparan digital penuh yang jauh lebih mudah digunakan. Semua 18 preset basuhan boleh dipilih hanya dengan beberapa sentuhan jari. Paparan LED pun jelas dan clean—senang nak baca, senang nak operate. Pendek kata, rekaan baru ni bukan saja cantik, tapi memang  lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Apa Beza Model Washer Dryer Baru KHIND Berbanding Yang Lama?

Kalau anda pernah guna model KHIND sebelum ni atau sedang buat perbandingan, ini yang anda patut tahu:

Model Lama (WD1438) Model Baru (WD1468)
Kapasiti 10kg basuh / 6kg kering 11kg basuh / 7kg kering
Fungsi Steam Wash Tiada Ada
Interface Knob manual Full digital LED
Reka Bentuk Standard Lebih sleek & ergonomik

Jelas kan? Bukan sekadar naik taraf, tapi transformasi penuh untuk proses mendobi yang lebih cepat, bersih, dan selesa. Kalau anda tengah fikir nak upgrade, ini masanya!

Sewa Beli Terbaik Bersama KHIND RTO – Lengkap Dengan Insurans & KHIND Care Plan

Bila anda pilih untuk sewa beli washer dryer KHIND RTO, anda tak perlu pening kepala fikir bajet besar. Semuanya direka untuk memudahkan anda, tanpa memerlukan kad kredit, dan bayaran bulanan pun serendah RM99 sahaja untuk 6 bulan pertama. Sepanjang tempoh sewa beli washer dryer, anda akan dilindungi di bawah KHIND Care Plan yang merangkumi servis dan sokongan penuh. 

Dan yang paling menenangkan, mesin washer dryer anda juga dilindungi insurans 1:1, jadi kalau berlaku kejadian luar jangka seperti kebakaran atau banjir, KHIND akan gantikan dengan unit baru tanpa caj tambahan. Paling best? Lepas tamat tempoh sewa beli, mesin ini akan jadi milik anda sepenuhnya. Memang mudah, berbaloi dan bebas dari beban kewangan mengejut.

Dah Sedia Upgrade Rutin Dobi Anda?

Kalau mesin basuh lama anda makin kerap rosak, atau anda dah bosan tunggu baju kering hari-hari, KHIND 2-in-1 Washer Dryer adalah upgrade yang anda perlukan.

Dengan pelan sewa beli mampu milik, perlindungan insurans, dan bekalan laundry capsule selama 3 tahun, tak ada alasan lagi nak tunggu.

Klik di sini untuk mula sekarang.