Washer Dryer 2-in-1 Paling Berbaloi? KHIND RTO Jawapannya!

Bayangkan, anda telah penat menghadap kerja seharian dan memandu pulang daripada pejabat. Sepanjang hari, anda lihat cuaca mendung dan tiada matahari. Akibatnya, anda terpaksa mengangkat kain baju sekolah yang masih lembap kerana anak anda perlu memakainya esok. Terpaksa pulak jemur bawah kipas dengan harapan sempat kering untuk dipakai. Tuala juga tak kering walau dah dijemur seharian. Anda mengeluh, alangkah indahnya kalau ada penyelesaian untuk masalah ini! 

Jawapannya, ada! Di sinilah hadirnya KHIND 2-in-1 Washer Dryer, bukan sekadar mesin basuh, tetapi penyelesaian paling berbaloi untuk keperluan rutin laundry keluarga anda.  Hanya dengan satu sentuhan di touch screen panel, pakaian dicuci dan terus dikeringkan tanpa perlu menunggu panas matahari atau memindahkan ke mesin dryer lain!

Dengan KHIND 2-in-1 Washer Dryer, anda tak perlu lagi risaukan kain yang lembap kerana cuaca tak menentu atau terpaksa ke dobi layan diri dan memikul bakul baju yang berat dari pintu rumah, turun lif dan ke kereta. KHIND RTO memberi anda cara mudah dan semua mampu memilikinya melalui pelan sewa beli Rent to Own. 

Sewa Beli Washer Dryer Tanpa Kad Kredit? Hanya Dengan KHIND RTO!

Dulu, ramai merasakan mesin washer dryer adalah satu kemewahan yang sukar dimiliki buat keluarga berkehidupan sederhana. Tetapi di zaman serba moden kini, washer dryer seperti KHIND 2-in-1 Washer Dryer telah menjadi salah satu keperluan penting dalam kehidupan seharian. Dengan pelan sewa beli washer dryer bulanan bermula serendah RM 125/bulan, tanpa deposit dan tanpa kad kredit, kini sesiapa pun boleh nikmati kemudahan teknologi moden cuci & kering di rumah sendiri.

Lagi best, setiap langganan datang sekali dengan bekalan kapsul pencuci selama setahun jadi anda tak perlu risau untuk keluarkan kos tambahan membeli sabun pencuci baju. Dengan KHIND RTO, mendobi baju jadi lebih mudah, lebih bersih, dan yang penting, semua orang mampu untuk menikmati kemudahannya.

Revolusi Cuci dan Kering dalam Satu Langkah

Bagi ramai pengguna, kelebihan paling ketara pada washer dryer adalah keupayaannya untuk mencuci dan mengeringkan pakaian dalam satu kitaran sahaja. Tiada lagi proses memindahkan pakaian dari mesin basuh ke mesin pengering. Dengan hanya menyentuh beberapa butang, baju kotor anda boleh kembali bersih, wangi dan kering! Pakaian anda sedia untuk digantung atau boleh terus dipakai.

Lebih menarik lagi, model KHIND 2-in-1 Washer Dryer ini direka khas untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia. Dengan reka bentuk kompak dan bergaya, ia sesuai untuk diletakkan di mana-mana ruang – sama ada di dapur, bilik air atau sudut laundry. Untuk mereka yang tinggal di apartment atau rumah bersaiz sederhana, ini adalah solusi ideal—washer dryer yang mempunyai dwi fungsi cuci dan kering bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi turut memudahkan rutin cucian harian serta menjadikan hidup sekeluarga lebih teratur dan selesa.

Washer Dryer Berteknologi Moden & Dilengkapi Fungsi Mesra Keluarga

Salah satu kekuatan utama KHIND 2-in-1 Washer Dryer ini adalah mesin washer dryer ini dicipta untuk memudahkan kerja mencuci pakaian harian anda sekeluarga—praktikal, jimat masa tak perlu jemur kain seharian di bawah matahari, dilengkapi dengan touch control panel yang sangat mesra pengguna. Hanya perlu masukkan kain dan sabun, tutup pintu dan sentuh butang start, tanpa perlu runsing dengan control panel yang memeningkan seperti sesetengah model washer dryer lain di luar sana. 

Selain itu, dengan kapasiti basuhan 10kg dan pengeringan 6kg, mesin washer dryer ini mempunyai kapasiti yang sesuai untuk menampung cucian baju anda sekeluarga, termasuk cadar, comforter dan pakaian tebal. Tak perlu lagi jalankan mesin basuh berulang kali atau hantar cadar ke dobi kerana KHIND 2-in-1 Washer Dryer boleh urus semuanya terus di rumah, menawarkan anda kemudahan tanpa kompromi dan penjimatan masa.

Dikuasakan oleh motor inverter BLDC, mesin washer dryer ini menjimatkan tenaga, lebih senyap semasa beroperasi dan tahan lasak. Malah, penggunaan tenaga yang lebih rendah juga membantu mengurangkan bil elektrik setiap bulan – satu kelebihan besar bagi keluarga besar atau pengguna yang perlu mencuci baju dengan lebih kerap.

Satu lagi ciri yang membuatkan KHIND 2-in-1 Washer Dryer ini lebih istimewa adalah ia bukan sahaja mencuci dengan bersih, tetapi turut membantu menghapuskan bakteria dan alergen – menjadikannya sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil atau ahli yang sensitif terhadap habuk dan hama.

Cucian Kering Sempurna, Kain Juga Tak Rosak

Pernah tak anda hadapi masalah baju masih basah selepas dikeringkan? Atau kain rosak kerana suhu pengering terlalu panas? Dengan KHIND 2-in-1 Washer Dryer, semua itu bukan lagi isu. Teknologi pengeringannya disesuaikan mengikut jumlah beban cucian. Setiap cucian pakaian anda bukan sahaja kering sempurna, malah kekal cantik tanpa risiko luntur warna, yang seringkali berlaku kepada pakaian yang dijemur di bawah matahari terik berulang kali.

Mesin KHIND 2-in-1 Washer Dryer ini juga dilengkapi dengan 16 mod cucian pintar, termasuk cucian ekspres 15 minit untuk load cucian kurang 1 kilogram, mod Quick 30, mod antibakteria, mod cucian untuk fabrik tebal (Wool) serta mod pembersihan drum secara automatik. Semua mod ini membantu menjadikan rutin cucian anda lebih cekap dan menyenangkan.

Beli atau Sewa Milik Washer Dryer? Dua Pilihan Mudah

KHIND RTO menawarkan dua cara untuk memiliki washer dryer canggih ini: secara pembelian terus (outright purchase), atau pelan Sewa Milik (Rent To Own) yang sangat fleksibel.

Untuk pembelian terus, harganya adalah RM3,500, manakala bagi pengguna yang mencari pilihan yang lebih mesra poket dan fleksibiliti bayaran bulanan, anda boleh memilih pelan RM125/sebulan selama 36 bulan, tanpa sebarang kad kredit diperlukan.

Apa yang menjadikan pelan KHIND RTO ini lebih menarik adalah ia turut disertakan dengan pelbagai kelebihan tambahan:

  • KHIND Care Planservis penyelenggaraan tahunan & sokongan teknikal selama 3 tahun
  • Pakej sabun detergen kapsul premium 5-dalam-1 selama 3 tahun
  • Insurans produk & servis pemindahan percuma
  • Jaminan motor 10 tahun dan produk 3 tahun

Dengan pakej lengkap seperti ini, anda bukan sahaja membeli mesin washer dryer, anda juga membeli ketenangan minda. Tunggu apa lagi? Jom sewa milik KHIND 2-in-1 Washer Dryer melalui link ini sekarang!