Baru balik pasar raya, troli penuh dengan bahan masak lauk seminggu. Sampai rumah buka peti ais… alamak, space tak cukup! Sayur bertindih macam main Jenga, air kotak bersusun macam puzzle Tetris, ikan pula kena sumbat celah mana yang ada. Esoknya, ada yang dah layu & berbau. Pernah kena macam ni, kan?
Walaupun ada peti ais besar, kalau tak pandai susun tetap rasa sempit. Sebab tu penting untuk kita belajar cara susun barang makanan dalam peti sejuk macam pro. Lagi best bila guna peti sejuk moden macam KHIND ChillMaster Side-by-Side (592L) dan KHIND ChillMasterX (466L) yang bukan setakat luas, tapi ada fungsi pintar seperti Ag+ Sterilization dan Metal Cooling yang buat stok dapur kekal segar, teratur, dan tahan lebih lama.
Ramai fikir kalau dah ada peti ais besar, masalah peti ais penuh settle tapi tak semestinya kalau hanya main letak je tanpa fikirkan susunan ruang di dalam peti. Sebenarnya, cara kita susun memainkan peranan penting. Bila tersusun elok, makanan lebih tahan lama, mudah dicari, dan tak berlaku pembaziran. Dengan kapasiti besar 592L peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side atau 466L ChillMasterX, anda ada kelebihan ruang yang luas tapi kalau pandai susun, hasilnya memang double win.

Jangan campur aduk semua jenis makanan dalam satu ruang. Asingkan sayur, buah, daging, produk tenusu, minuman, dan leftovers dalam bekas berbeza. Kalau rajin, labelkan bekas atau rak supaya senang nak cari bila perlu. Hasilnya, bukan saja nampak lebih kemas, tapi anda juga boleh elak barang makanan tersorok sampai lupa nak guna. Dengan fungsi Ag+ Sterilisation & Deodorisation dalam ChillMasterX, bakteria dan bau tak sedap akan dihapuskan 24/7. Jadi stok sayur & buah tahan lebih lama, kekal rangup, dan tak cepat lembik.
Inilah ciri paling best dalam peti sejuk KHIND ChillMasterX & Side-by-Side iaitu Convertible Zone yang boleh dilaras dari -3°C hingga +5°C ikut keperluan. Contohnya, kalau baru balik pasar dengan stok ayam & ikan banyak, setkan sebagai freezer. Bila nak raya atau buat open house, tukar je ke chiller untuk simpan kek, minuman, dan sayur segar. Fungsi ini membuatkan hidup lebih fleksibel sebab satu ruang boleh jadi macam dua dalam satu. Tak perlu beli peti sejuk tambahan bila ada majlis besar, dengan KHIND ChillMasterX dan ChillMaster Side by Side semua dah settle dengan satu peti sejuk sahaja!
Ramai orang lupa yang rak dalam peti sejuk boleh diadjust. Padahal fungsi adjustable racks & compartments ini memudahkan kita susun botol air tinggi, tupperware besar, atau kek hari jadi tanpa struggle. Dengan kapasiti besar 592L (KHIND ChillMaster Side-by-Side) dan 466L (KHIND ChillMasterX), keluarga sederhana hingga besar memang boleh simpan stok seminggu dengan tenang. Tak ada lagi drama “tak muat” bila nak simpan makanan untuk kenduri atau cuti sekolah. Semua masuk kemas, semua nampak tersusun.
Bahagian pintu peti sejuk ialah kawasan yang paling kerap berubah suhu sebab sering dibuka tutup. Jadi bahagian ini sesuai untuk sos, minuman, atau makanan yang tak cepat rosak kerana perubahan suhu seperti jem. Elakkan simpan susu segar atau telur di situ kerana susu atau telur boleh rosak dengan cepat kalau suhu tak stabil. Tapi dengan teknologi Metal 360 Cooling pada peti sejuk KHIND ChillMaster, suhu sejuk diedarkan lebih sekata di seluruh peti, jadi walaupun letak kat pintu, suhu lebih konsisten berbanding peti sejuk biasa. Walaupun begitu, sebaiknya gunakan ruang ini untuk barang yang kurang sensitif pada suhu.

Prinsip mudah: guna barang lama dulu sebelum barang baru. Caranya, susun stok makanan di dalam peti sejuk dengan meletakkan barang lama di depan, barang baru di belakang. Teknik ini bukan sahaja kurangkan pembaziran, tapi juga pastikan semua stok digunakan dalam keadaan segar dan sebaiknya.
KHIND faham hidup sekarang makin mencabar—nak beli peti ais ribu-ribu sekaligus memang berat. Sebab itulah ada KHIND RTO (Rent-To-Own). Dengan deposit RM1 je, tanpa kad kredit, anda boleh sewa beli peti sejuk impian serendah RM95/bulan.
Lebih best, semua datang dengan:
Pendek kata, ini bukan saja sewa beli terbaik, tapi juga cara paling mesra poket untuk upgrade dapur anda sekeluarga.
Bila peti ais tersusun kemas, stok dapur tahan lebih lama, dan masa kita pun lebih teratur. Dengan peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side atau ChillMasterX, semua jadi lebih mudah—kapasiti besar, fungsi pintar, rekaan moden, dan jaminan perlindungan menyeluruh.
Jangan tunggu lagi. Layari khindrto.com.my hari ini & mula sewa beli peti sejuk impian anda. Lepas ni, setiap kali buka peti ais, anda akan rasa puas hati tengok stok dapur kemas, segar & penuh gaya.