Setiap malam, bila anak-anak sudah tidur dan rumah mula senyap, ramai ibu bapa akan ambil peluang untuk siapkan uniform sekolah dan baju kerja esok. Tapi kalau guna seterika biasa, proses yang sepatutnya ringkas boleh jadi memenatkan sebab kedut degil tak hilang, air spray cepat habis, dan risau pula kalau kain tiba-tiba terbakar bila kita berpaling sekejap.
Hakikatnya, menggosok baju bukan sekadar kerja rutin. Ia menentukan sama ada anda boleh rehat awal, atau terpaksa berjaga lebih lama. Bayangkan kalau rutin malam ini boleh jadi lebih tenang, cepat dan efisien tanpa perlu berdiri lama depan iron.
Di sinilah steam generator iron seperti KHIND SteamGen+ mengubah segalanya. KHIND RTO ingin kongsikan bagaimana memiliki steam generator iron boleh memudahkan kerja menggosok uniform sekolah dan memberi ruang untuk ibu bapa berehat dengan lebih puas setiap malam.
Kebanyakan ibu bapa memang sediakan pakaian anak pada malam sebelumnya untuk kurangkan kelam-kabut pagi esok. Dengan teknik menggosok yang betul, semuanya boleh siap cepat dan anda boleh dapatkan lebih masa untuk berehat, kurang masa depan iron. Jom amalkan tips di bawah!
Mulakan dengan asingkan baju mengikut jenis fabrik. Uniform sekolah biasanya diperbuat daripada kain kapas atau campuran polyester, jadi pastikan suhu seterika anda sesuai – tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Gunakan fungsi Steam Boost seperti yang ada pada KHIND SteamGen+ steam generator iron untuk hilangkan kedut degil dengan cepat, tanpa perlu tekan kuat.
Tip tambahan: gosok baju sejurus lepas basuh dan jemur — kain masih tak kering sepenuhnya jadi lebih senang untuk melicinkan kedut. Kalau guna steam generator iron seperti KHIND SteamGen+, anda boleh gosok uniform sambil tergantung, tak perlu buka papan seterika pun.
Untuk ibu bapa yang sibuk, ini bukan sekadar jimat masa tapi juga jimat tenaga. Dengan teknik dan iron yang terbaik, kerja gosok baju boleh jadi mudah dan cepat, dan anak-anak kekal kemas sepanjang minggu sekolah.
Kadang-kadang ibu bapa risau nak bagi anak remaja cuba gosok baju sendiri sebab takut terbakar dan takut tertinggal suis tak tutup. Tapi dengan KHIND SteamGen+, kerja menggosok jadi lebih selamat dan mudah untuk semua ahli keluarga.
Steam iron generator ini dilengkapi dengan fungsi Auto Shut-Off, yang akan mati secara automatik bila dibiarkan terlalu lama. Jadi, kalau anak anda terlupa cabut plug pun, tak perlu panik!
Tambahan pula, tapak ceramic soleplate KHIND SteamGen+ direka untuk mengelakkan kain melekat atau terbakar, walaupun digunakan pada suhu tinggi. Ia licin, cepat panas, dan sesuai untuk segala jenis fabrik termasuk uniform sekolah dan pakaian pejabat. Dengan reka bentuk moden dan ciri keselamatan pintar ni, remaja pun boleh belajar berdikari dan gosok baju sendiri setiap hujung minggu, tanpa perlu ibu bapa risau.

Secara mudahnya, keluarga besar = banyak baju nak gosok. Untungnya KHIND SteamGen+ ni, dia ada tangki air besar 1.5 liter yang boleh detach dan ditanggalkan bila nak isi semula. Tak perlu padamkan seterika atau tunggu sejuk.
Maknanya, anda boleh habiskan satu sesi menggosok 5 uniform sekolah, baju kerja ayah, tudung, dan sehelai dua baju kurung tanpa perlu berhenti untuk top up tangki air.
Kalau anda pernah gosok blazer, kain cotton tebal, atau tudung linen — mesti tahu betapa degilnya kedut kain tu. Dengan tekanan 8 bar dan steam boost 300g/min, KHIND SteamGen+ mampu menembusi kain dan longgarkan seratnya dari dalam.
Hasilnya, kedut hilang dalam sekelip mata tanpa perlu tekan kuat. Anda pun tak letih tangan, dan kain tak mudah rosak sebab haba diagih sekata.
Lagi best — wapnya konsisten. Takde isu “steam keluar kejap, lepas tu hilang”. Jadi setiap gosokan lebih licin dan profesional.

Kalau risau pasal bajet, kami ada berita baik! Dengan KHIND RTO, anda tak perlu beli bayar ribu ribu sekaligus. Anda boleh sewa beli KHIND SteamGen+ dari serendah RM70 sebulan, tanpa kad kredit!
Konsepnya mudah: bayar secara bulanan, guna terus, dan selepas tempoh RTO, seterika jadi milik anda sepenuhnya.
Tambahan pula, semua KHIND SteamGen+ dilindungi insurans yang menawarkan gantian 1:1 untuk kes banjir, kerosakan tanpa sengaja, kebakaran dan kecurian. Untung kan?
Jom jadikan rutin gosok baju jadi lebih cepat, licin dan tenang dengan KHIND SteamGen+. RTO sekarang dan amalkan rutin gosokan tanpa stress!