Kalau ada satu kerja rumah yang tak pernah habis, mesti semua akan setuju: basuh baju!
Setiap kali rasa dah settle satu bakul, muncul pula timbunan baru. Baju sekolah anak, cadar bilik, tuala mandi, baju kerja suami, belum masuk lagi semua alas kaki dan alas meja bila tiba musim nak deep clean rumah. Kalau guna mesin basuh kecil, memang kena ulang cycle 2-3 kali sehari. Penat, kan?
Untuk keluarga besar yang sentiasa sibuk, rutin laundry boleh jadi cabaran besar. Tapi sebenarnya, ada cara nak mudahkan semua ni! Rutin lebih mudah dengan KHIND EcoWash15 Top Load Washer, mesin basuh kapasiti besar yang direka khas untuk kehidupan keluarga Malaysia yang padat dan pantas.
Cuba bayangkan: baru lipat baju semalam, hari ini dah ada timbunan baru. Uniform sekolah, baju sukan anak, cadar dan tuala semua campur sekali. Kalau mesin basuh kecil, kena ulang banyak kali sampai rasa seharian habis cuci kain baju je. Tak sempat nak rehat pun!
Inilah realiti ramai keluarga Malaysia. Kadang-kadang kita perlukan sesuatu yang boleh bantu jimat masa dan tenaga supaya hujung minggu bukan lagi hari “mencuci nonstop”.
Dengan mesin basuh kapasiti besar, efisien, dan mudah digunakan, kerja mencuci boleh jadi jauh lebih cepat. Dan itulah sebabnya topload washer macam KHIND EcoWash15 makin digemari ramai keluarga.

Ramai orang fikir semua mesin basuh sama je, janji boleh basuh baju, betul tak? Tapi bila dah guna topload washer, baru sedar sebenarnya banyak kelebihan yang buat hidup jauh lebih senang, terutama untuk keluarga besar dan ibu bapa yang sibuk.

Pertama sekali, dengan topload washer macam KHIND EcoWash15, tak perlu tunduk-tunduk nak keluarkan atau masukkan baju. Untuk mak ayah atau warga emas yang dah mula rasa sakit belakang atau lutut, ini memang lifesaver. Tak perlu bongkok setiap kali nak ambil baju dari bahagian bawah drum macam mesin basuh front load. Dengan mesin basuh top load, semua boleh buat sambil berdiri. Ini lebih selesa dan mesra untuk semua peringkat umur.
Senang cerita, KHIND EcoWash15 Top Load Washer memang direka dengan gaya hidup keluarga moden Malaysia. Cepat, mudah, dan sesuai untuk semua, termasuk mak ayah warga emas, ibu bekerja, dan keluarga besar yang nak rutin mencuci lebih ringan tapi hasilnya tetap bersih sempurna.
Kalau dulu kena basuh cadar asing, comforter asing, tuala asing, sekarang semua boleh basuh sekaligus! Dengan kapasiti 15kg, KHIND EcoWash15 boleh menampung cucian seisi rumah. Bayangkan, boleh masuk 3 helai comforter atau semua baju anak-anak dalam satu cucian. Tak perlu ulang cycle sampai tiga kali.
Lebih jimat masa, lebih jimat air, dan yang penting, lebih tenang sebab kerja rumah cepat siap. Mesin basuh kapasiti besar ini memang sesuai untuk keluarga besar yang nak hidup lebih efisien.
Kadang-kadang kita risau nak basuh benda besar macam langsir, sarung kusyen sofa, atau selimut gebu, takut mesin tak mampu tampung. Tapi KHIND EcoWash15 dicipta dengan motor yang kuat dan sistem Pulsator Wash, yang membantu mencuci kain tebal dengan bersih tanpa rosakkan fabrik.
Hasilnya? Semua barang rumah dari kecil sampai besar boleh cuci sendiri di rumah, tanpa perlu ke dobi layan diri. Jimat masa, jimat minyak, dan lebih mudah uruskan semua cucian dalam satu tempat.
Selain kapasiti besar, mesin basuh topload ini juga dilengkapi dengan teknologi pintar penjimatan tenaga 5 bintang. Maknanya, setiap cucian bukan saja bersih tapi juga mesra dompet dan mesra alam! Bila mesin basuh ada penarafan tenaga 5 bintang, ia menggunakan kurang elektrik untuk hasil cucian maksimum, jadi bil elektrik tak melambung walaupun guna setiap hari.
Cucian lebih bersih, jimat tenaga, dan tak perlu risau pakaian rosak sebab mesin ini direka dengan jaminan KHIND yang dah terkenal berzaman menghasilkan produk berkualiti.

Ramai ingat mesin besar dan canggih ni mesti mahal. Tapi sebenarnya, melalui KHIND RTO (Rent-To-Own), semua orang boleh memiliki mesin basuh premium!
Bayar serendah RM99 sebulan, anda dah boleh guna mesin basuh KHIND EcoWash15 di rumah. Lepas habis tempoh bayaran, mesin basuh terus jadi milik anda. Tak perlu risau beban kewangan besar, KHIND RTO jadikan kualiti premium mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.
Dengan melanggan pelan sewa beli KHIND RTO ini, rasa tenang semestinya adalah milik anda kerana anda dilindungi insurans dan KHIND Care Plan. Setiap produk KHIND RTO dilindungi secara menyeluruh dengan pelan penjagaan khas:
Maknanya, kalau apa-apa berlaku, KHIND RTO settlekan. Tak perlu risau kos tersembunyi atau caj servis tambahan.
Dengan mesin basuh kapasiti besar, semua baju, tuala, dan cadar siap dicuci sebelum tengah hari. Itulah sebab KHIND EcoWash15 Top Load Washer patut menjadi pilihan anda sebab kerja mencuci jadi lebih pantas, mudah, dan tenang.
Sewa beli sekarang dengan KHIND RTO, serendah RM99/bulan, tanpa perlukan kad kredit.
Nikmati washer top load terbaik untuk keluarga besar dan rasai bezanya!