Tarikh 31 Ogos dan 16 September memang tarikh-tarikh istimewa yang penuh makna untuk semua rakyat Malaysia. Kita kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, kenang pengorbanan pejuang-pejuang kita, dan raikan kebebasan yang kita nikmati hari ini. Tapi kalau difikirkan balik, merdeka bukan sahaja untuk negara, ia juga tentang kebebasan dalam kehidupan kita seharian. Bebas dari beban, bebas dari stress, bebas untuk hidup lebih selesa bersama keluarga dan yang tersayang.
KHIND sebagai jenama tempatan yang dah lebih 60 tahun bersama rakyat, bangga nak sambut Merdeka kali ini bersama anda. Dan paling best, KHIND, melalui pelan sewa beli KHIND RTO, nak pastikan setiap keluarga Malaysia boleh lengkapkan rumah kediaman bahagia anda tanpa perlu risau bayaran upfront yang membebankan.
Rumah yang lengkap dengan peralatan moden bukan sekadar nampak cantik, tapi ia memberi keselesaan, kualiti hidup yang lebih baik dan penjimatan masa. Bayangkan balik kerja, tak perlu risau baju berlonggok atau peti sejuk yang sempit dan tak muat untuk menyimpan barang dapur yang baru sahaja dibeli. Itulah realiti yang dihadapi ramai di luar sana. Sebab itulah, KHIND bervisi untuk mengubah semua masalah harian yang melecehkan ini dengan lineup barangan elektrik premium sewa beli KHIND RTO. Semua yang kami ceritakan ini takkan berlaku lagi kerana dengan pelan sewa beli mampu milik KHIND RTO, rumah anda layak dilengkapi mesin basuh besar, dryer heat pump moden, dan peti sejuk canggih. Inilah lifestyle upgrade yang semua keluarga layak peroleh tanpa perlu terikat dengan beban kad kredit, penjamin dan proses dokumentasi yang leceh.
KHIND faham realiti hari ini yang memang mencabar dengan kos barang makan yang naik, bil makin tinggi, dan banyak keluarga kena berjimat cermat untuk teruskan hidup. Nak beli mesin basuh atau peti ais baru, memang kena fikir banyak kali sebab harganya boleh cecah ribu-ribu. Ramai yang sanggup tangguh beli sebab takut beban kewangan terlalu besar.
Sebab itulah KHIND wujudkan KHIND RTO (Rent-To-Own): anda tak perlu bayar semuanya sekaligus. Deposit cuma RM1, tak perlu kad kredit, dan ansuran bermula serendah RM85 sebulan sahaja. Kami tahu setiap ringgit amat bernilai, jadi pelan ni direka untuk ringankan beban tanpa kompromi pada kualiti. Dengan cara ni, semua keluarga masih boleh menikmati peralatan rumah premium seperti peti sejuk multidoor dan washer dryer canggih, tanpa rasa terbeban atau risau bajet lari.
Nak settle kerja rumah cepat, jimat masa dan kurang stress? KHIND RTO ada penyelesaiannya. Dari urusan cuci, kering sampai gosok baju, semuanya jadi lebih mudah dengan teknologi moden. Mesin basuh top load EcoWash15 (15kg) cukup besar untuk basuh pakaian seisi rumah sekali gus—uniform sekolah, tuala, comforter pun muat. Kalau nak kering cepat tanpa risau hujan panas tak menentu, ada DryMaster Heat Pump Dryer dengan dual sensor untuk elak overdry. Atau pilih je Washer Dryer WD1468 (11kg/7kg) dengan fungsi Steam Wash—basuh & kering sekali jalan, terus ready untuk dilipat. Pagi-pagi nak iron pun tak pening lagi dengan SteamGen+ Steam Generator Iron, tapak ceramic anti-burn dan tekanan wap tinggi 300g/min pastikan tudung satin, kemeja atau kain sutera siap licin dalam masa singkat.
Dapur pun tak terkecuali. Peti sejuk ChillMasterX dengan Ag+ sterilisation dan ChillMaster Side-by-Side 592L direka untuk simpan stok dapur lebih lama dan lebih segar. Metal Cooling pastikan suhu sejuk sekata, Convertible Zone fleksibel ikut keperluan—nak jadikan freezer atau chiller, dua dua boleh. Kapasiti besar memang ngam untuk musim perayaan, ditambah rekaan moden Inox Black & built-in water dispenser yang buat dapur nampak premium. Dengan semua ni, rutin harian jadi lebih smooth, rumah pun terasa lebih lengkap.
KHIND RTO bukan saja bagi anda produk premium, tapi juga perlindungan menyeluruh dengan KHIND Care Plan.
Semua ni untuk pastikan anda tenang—tak perlu risau kos tambahan kalau ada apa-apa berlaku. Sebab itulah tagline KHIND RTO, Senang Jer Semua Settle! Kami uruskan semuanya untuk anda.
Sempena bulan Merdeka ini, KHIND RTO nak bagi anda sebab extra untuk upgrade rumah. Dengan setiap langganan pelan RTO*, anda boleh Purchase With Purchase (PWP) Mistral VortexVac Wet & Dry Vacuum Cleaner dengan harga hanya RM99 (harga biasa RM935!). Vacuum moden ni boleh sedut basah dan kering, maknanya vacuum dan mop 2 dalam 1! Tapi ingat ya—promo ni sah sampai 30 September sahaja! Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan deal eksklusif ni.
(Disclaimer: Semua pelan RTO kecuali SteamGen+ Steam Generator Iron)
Jadi, jangan tunggu lagi. Merdeka kali ini, lengkapkan rumah anda dengan KHIND RTO. Bebas dari bayaran besar, bebas dari stress kerja rumah, dan nikmati masa berkualiti dengan keluarga.
KHIND RTO – Senang Jer, Semua Settle!