Sempena akhir tahun yang bakal menjelang, KHIND RTO melancarkan kempen KHIND Kasih sebagai satu inisiatif yang lahir daripada semangat untuk menghargai setiap pelanggan kami di seluruh Malaysia. Dari 7 hingga 30 November 2025, anda boleh menikmati ganjaran RM100 eWallet Touch ’n Go atau kad petrol Shell apabila anda melanggan 2-in-1 Washer Dryer WD1468 atau Peti Sejuk Multidoor ChillMasterX melalui pelan sewa beli (Rent to Own) KHIND RTO bermula serendah RM 95/bulan sahaja!
Kempen ini merupakan langkah KHIND dalam membina hubungan yang lebih mesra dan bermakna dengan para pelanggan kerana pada akhirnya, semuanya berbalik kepada satu nilai yang sama: kasih terhadap keluarga dan rumah yang selesa.
Kita semua tahu apabila hujung tahun tiba, banyak komitmen akan datang serentak. Anak cuti sekolah, cuaca tak menentu, dan bil pun makin meningkat. KHIND faham beban yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia, sebab itulah kami melancarkan promosi KHIND Kasih! RM 100 Touch N Go E-Wallet atau Kad Petrol Shell menanti anda dengan setiap langganan RTO 2-in-1 Washer Dryer WD1468 atau Peti Sejuk Multidoor ChillMasterX. Mulakan tahun baharu dengan produk KHIND RTO untuk hidup yang lebih selesa dan lengkap!
Dengan pelan sewa beli KHIND RTO, anda boleh miliki mesin basuh pengering atau peti sejuk besar idaman tanpa mengeluarkan du Tak perlu kad kredit, tak perlu deposit besar (serendah RM1 sahaja!), cuma bayaran bulanan rendah dan dijamin mampu milik untuk semua.
Dan yang paling penting, anda dapat miliki washer dryer & peti sejuk berkualiti KHIND RTO yang memang terkenal tahan lama dan mudah dijaga semasa promosi ini.
Tempoh promosi KHIND Kasih hanya dari 7 hingga 30 November 2025 jadi jangan tunggu lama! Rebut peluang ini sekarang, sebab kualiti kehidupan dan keselesaan yang anda dapat akan kekal bertahun-tahun dan mesin menjadi milik anda selepas tamat tempoh sewa beli.

Siapa tak suka free gift?
Dengan promosi KHIND Kasih, anda bukan hanya dapat washer dryer atau peti sejuk baru, tapi juga bonus free gift RM100 dalam bentuk Touch ’n Go eWallet top-up pin atau kad petrol Shell.
Kalau anda jenis yang suka cashless shopping, eWallet memang praktikal dan boleh guna untuk bayar bil, tol, groceries, Grab, atau minuman kopi kegemaran. Tapi kalau kerap travelling, kad petrol Shell tentu lebih berguna untuk isi minyak percuma.

Musim monsun dah hampir tiba jadi sekarang adalah masa paling sesuai untuk dapatkan KHIND RTO 2-in-1 Washer Dryer WD146 dengan load 11kg basuhan dan 7kg kering.
Tak perlu lagi risau terpaksa sidai dalam rumah. Dengan fungsi 2-in-1 wash and dry yang boleh basuh dan terus keringkan pakaian dalam satu kitaran, hidup jadi jauh lebih mudah dan selesa walau cuaca kerap hujan.
Antara ciri utama yang menjadikan washer dryer terbaik ni wajib ada di rumah:
Sewa beli KHIND RTO 2-in-1 Washer Dryer ini sepanjang promosi KHIND Kasih dan dapatkan RM 100 TnG eWallet / Kad Petrol Shell PERCUMA! Lengkapkan rumah anda untuk menghadapi musim hujan tak lama lagi. RTO hanya 3 tahun, tapi washer dryer menjadi milik anda selamanya.
Kalau mesin basuh penting untuk rutin harian, peti sejuk pula adalah seperti jantung di dapur. Tanpa peti sejuk yang baik, bahan basah cepat rosak, makanan kurang segar dan cepat basi; mengganggu rutin memasak anda.
Sebab itu KHIND tawarkan program sewa beli untuk peti sejuk multidoor ChillMasterX, iaitu peti sejuk 4 pintu yang memang sesuai untuk keluarga besar dan dapur moden. Reka bentuk elegan, kapasiti besar, dan Ag+ Sterilisation menjadikannya peti sejuk canggih yang lengkap dengan semua keperluan harian dan melindungi keluarga anda dari bakteria pada makanan.
Antara kelebihan utama yang ada pada peti sejuk multidoor ChillMasterX:
Dengan ruang luas 466L, semua barang dapur dan susu serta jajan anak ada ruang simpanannya. Kalau peti sejuk lama dah tak cukup ruang, tak cukup sejuk atau mula rosak, inilah masa terbaik untuk tukar kepada peti ais baru!
Semasa promosi KHIND Kasih, anda akan dapat RM100 eWallet TnG atau kad petrol Shell sekali tau? Memang bonus besar!

Ramai yang masih fikir beli peralatan rumah bermakna perlu bayar penuh atau berhutang kad kredit. Tapi dengan KHIND RTO (Rent To Own), semua orang boleh memiliki produk idaman dengan cara yang lebih mudah dan selamat.
Pelan sewa beli terbaik ini direka untuk semua peringkat pengguna sama ada anda baru berumah tangga, mempunyai keluarga kecil, atau tinggal seorang. Bayaran bulanan rendah, proses mudah, dan tiada yuran tersembunyi.
Paling penting, setiap pelanggan dilindungi oleh KHIND Care Plan yang termasuk servis penyelenggaraan dan insurans perlindungan produk. Jadi kalau berlaku sebarang masalah teknikal, KHIND uruskan semuanya untuk anda.
Senang jer semua settle! Itulah janji KHIND RTO.
Kalau anda tengah fikir nak tukar peralatan rumah tapi masih menunggu masa sesuai, inilah peluang yang anda tak boleh lepaskan!
Promosi KHIND Kasih yang kini berlangsung dari 7 hingga 30 November 2025 menawarkan RM100 eWallet atau kad petrol Shell percuma dengan setiap langganan pelan sewa beli KHIND RTO untuk KHIND RTO 2-in-1 Washer Dryer WD1468 dan Peti Sejuk Multidoor ChillMasterX.
Promosi ni cuma datang sekali-sekala, jadi kalau anda memang dah rancang nak tukar mesin basuh atau peti sejuk, inilah masa terbaik untuk bertindak. Dapatkan produk KHIND RTO berkualiti tinggi, nikmati free gift RM100, dan upgrade kelengkapan rumah anda sekarang! Promosi tamat pada 30 November 2025!