Promo Gempak KHIND RTO: Nikmati Kempen Gemilang 65 Dengan Diskaun Sehingga 50%

Daripada sebuah kedai membaiki peralatan elektrik di Sekinchan pada tahun 1961, KHIND berkembang sedikit demi sedikit menjadi salah satu jenama peralatan elektrik yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Selama lebih enam dekad, KHIND terus berkembang mengikut perubahan keperluan pengguna, daripada menyediakan peralatan elektrik untuk kegunaan harian sehinggalah memperluaskan kehadirannya ke pasaran antarabangsa.

Kini, sempena ulang tahun ke-65 KHIND, perjalanan panjang ini diraikan menerusi Kempen Lagi Gempak Gemilang 65 KHIND RTO. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, KHIND RTO menawarkan pelbagai tawaran istimewa untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia melengkapkan rumah dengan peralatan rumah yang diperlukan, tanpa perlu membebankan bajet.

Daripada keperluan mencuci dan mengeringkan pakaian, memastikan makanan kekal segar, hinggalah mewujudkan ruang rumah yang lebih selesa, kempen ini menjadikan proses melengkapkan rumah lebih mudah dan berbaloi. Inilah masanya untuk menikmati kemudahan peralatan rumah KHIND sambil turut meraikan 65 tahun perjalanan sebuah jenama tempatan yang terus berkembang bersama rakyat Malaysia.

‍

Dari Sekinchan, Untuk Semua Keluarga Malaysia

Setiap jenama mempunyai permulaan. Bagi KHIND, semuanya bermula dengan usaha seorang usahawan, Cheng King Fa, yang memulakan perniagaan membaiki peralatan elektrik di Sekinchan dengan ruang yang kecil, meja dan beberapa peralatan asas.

Daripada pengalaman membaiki peralatan elektrik, lahirlah idea untuk menghasilkan produk sendiri. Perniagaan tersebut berkembang, kemudiannya dikenali sebagai Kee Hin Industries, sebelum nama KHIND diperkenalkan pada tahun 1989.

Lebih enam dekad kemudian, kisah kecil dari Sekinchan itu telah berkembang menjadi sebuah jenama Malaysia dengan perjalanan yang panjang.

Itulah yang menjadikan ulang tahun ke-65 ini begitu bermakna. Ia bukan sekadar meraikan usia sebuah syarikat, tetapi meraikan perjalanan bersama generasi rakyat Malaysia yang membesar, berkeluarga dan membina kehidupan di rumah masing-masing.

‍

65 Tahun Menjadi Sebahagian Daripada Kehidupan Di Rumah

Rumah berubah mengikut zaman. Cara kita memasak, mencuci pakaian, menyimpan makanan dan menyejukkan kediaman juga berubah.

Namun satu perkara tetap sama, iaitu kita sentiasa mencari cara untuk menjadikan kehidupan di rumah lebih mudah.

Itulah antara fokus KHIND sejak dahulu. Daripada peralatan elektrik asas sehinggalah kepada pelbagai peralatan rumah moden hari ini, misi KHIND adalah untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dengan produk yang mampu milik, boleh dipercayai dan relevan dengan gaya hidup pengguna.

Kini, sempena 65 tahun KHIND, prinsip tersebut diteruskan melalui Kempen Gemilang 65 KHIND RTO.

‍

Nikmati Diskaun 50% Untuk 6 Bulan Pertama

Bagi anda yang hanya memerlukan satu peralatan rumah, Kempen Gemilang 65 menawarkan diskaun 50% untuk 6 bulan pertama bagi produk tunggal yang mengambil bahagian.

Jadi, kalau peti ais lama sudah mula meragam, mesin basuh tidak lagi mampu menampung keperluan keluarga atau rumah baharu anda masih memerlukan aircond, inilah peluang untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan dengan komitmen bulanan yang lebih rendah pada enam bulan pertama.

Tidak perlu menunggu sehingga semua simpanan terkumpul sebelum melengkapkan rumah. Dengan KHIND RTO, anda mempunyai pilihan untuk mengurus keperluan tersebut secara lebih fleksibel.

‍

7 Combo Istimewa KHIND RTO, RM65 Sebulan

Kalau anda memerlukan lebih daripada satu peralatan, Combo KHIND RTO pula memberikan pilihan yang lebih menarik.

Sempena Kempen Gemilang 65, terdapat 7 pilihan combo yang ditawarkan pada RM65 sebulan untuk 6 bulan pertama.

Combo Dobi menggabungkan mesin basuh dan dryer — sesuai untuk mereka yang mahu menjimatkan masa dan mengurangkan kebergantungan kepada dobi layan diri.

Combo Keluarga pula menggabungkan peti ais Side-by-Side dengan washer dryer, sesuai untuk keluarga yang memerlukan lebih banyak ruang dan kemudahan.

Untuk mereka yang baru membeli rumah, Combo Rumah Pertama menawarkan Multi-door Refrigerator bersama 11/7kg Washer Dryer.

Manakala Combo Sejuk Syiok memberikan empat pilihan kombinasi aircond — 1.0HP + 1.0HP, 1.0HP + 1.5HP, 1.5HP + 1.5HP atau 2.0HP + 2.0HP — supaya anda boleh memilih berdasarkan keperluan ruang di rumah.

‍

Bukan Sekadar Promosi, Tetapi Lebih Banyak Nilai Untuk Rumah Anda

Apa yang menjadikan Kempen Gemilang 65 KHIND RTO lebih menarik bukan sekadar harga promosi.

Sepanjang tempoh Rent-To-Own, pelanggan turut menikmati penghantaran dan pemasangan percuma, selain penyelenggaraan dan pembaikan yang disediakan sepanjang tempoh pelan.

Untuk combo yang melibatkan washer dryer, pelanggan juga menerima bekalan kapsul pencuci pakaian selama 3 tahun.

Perlindungan insurans turut disediakan bagi perkara seperti kebakaran, kecurian, kerosakan tidak sengaja dan bencana alam, dengan penggantian 1-ke-1 tertakluk kepada terma dan syarat.

Dengan kata lain, anda bukan sekadar membawa pulang peralatan baharu — anda turut mendapat sokongan dan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan Rent-To-Own.

‍

Raikan 65 Tahun KHIND dengan Lagi Gempak Gemilang

Barang rumah nak kena upgrade? Inilah masanya!

Sempena Kempen Gemilang 65 KHIND RTO, nikmati diskaun sehingga 50% untuk 6 bulan pertama bagi produk terpilih, atau pilih daripada 7 combo istimewa serendah RM65 sebulan untuk 6 bulan pertama.

Nak lengkapkan rumah, upgrade peralatan lama atau tambah keselesaan harian? Jangan lepaskan tawaran ini — pilih combo anda dan nikmati lebih banyak dengan bajet yang lebih mudah.

Jom rebut sekarang!

‍