Multi-Door Fridge KHIND ChillMasterX: Betul Ke Peti Sejuk Perlukan Ruang Luas?

Kalau sebut multi-door fridge, ramai terus bayangkan rumah besar, dapur luas, kabinet mahal. Tapi sebenarnya, dengan teknologi dan rekaan moden sekarang, peti sejuk canggih dah tak semestinya perlukan ruang besar.

Contohnya, Peti Sejuk Multi Door KHIND ChillMasterX direka khas untuk terletak elok dalam dapur kecil macam unit apartment, flat, atau kondominium, tapi tetap dengan kapasiti besar 466L. Saiznya hanya 795 x 740 x 1800mm — kompak, tinggi dan nampak premium. Rekaan slim dan sleek tapi storage size tetap dijamin luas. 

Ramai Ingat Peti Ais Multi-Door Perlukan Dapur Besar – Tapi Sebenarnya Tak!

Sebenarnya, ramai yang tersilap anggap bila fikir peti ais 4 pintu hanya sesuai untuk rumah landed atau dapur besar. Padahal, dengan reka bentuk vertikal dan dimensi yang lebih tirus, model seperti KHIND ChillMasterX boleh muat elok walau di ruang yang agak terhad.

Reka bentuknya tinggi dan slim, jadi tak mengganggu laluan dapur. Malah, kemudahan multi-door membantu anda asingkan makanan ikut kategori — bahagian atas untuk makanan harian, bawah untuk frozen dan minuman. Jadi, dapur nampak kemas dan teratur walaupun ruangnya kecil.

Reka Bentuk Kompak, Kapasiti 466L Cukup Untuk Satu Keluarga!

Jangan pandang saiz peti sejuk berdasarkan reka bentuk luar sebab kapasiti 466L KHIND ChillMasterX ni memang luar biasa! Anda boleh simpan stok sayur, bahan masakan, air botol, dan snek tanpa perlu sumbat sampai pintu susah tutup.

Lagi best, peti sejuk KHIND ChillMasterX dilengkapi adjustable racks yang boleh laras ikut ketinggian bekas atau botol jadi kalau nak simpan kek hari jadi atau tupperware besar pun tak ada masalah. Sesuai sangat untuk keluarga kecil atau pasangan muda yang suka beli barang dapur sekaligus untuk seminggu dan stock up dapur.

Rasa Macam Dapur Hotel – Design Inox Black Yang Nampak Premium

Bukan setakat fungsi, peti sejuk KHIND ChillMasterX juga menang dari segi gaya. Warna Inox Black memang nampak eksklusif — tak cepat kotor, senang lap, dan mudah match dengan mana-mana konsep dapur, dari moden sampai minimalis.

Orang kata, bila dapur nampak kemas dan stylish, semangat nak masak pun datang. Bila setiap kali buka peti sejuk nampak susunan kemas dan warna hitam sleek tu, memang rasa macam tengah shooting rancangan masak sendiri dekat TV!

Teknologi Canggih Untuk Ruang Lebih Efisien & Segar Lebih Lama

Yang buat peti sejuk KHIND ChillMasterX lain dari yang lain ialah gabungan teknologi smart cooling pintar yang bantu jaga kesegaran makanan lebih lama:

  • Metal 360 Cooling – pastikan setiap sudut peti sejuk dapat suhu seimbang. Tiada lagi sejuk seperti beku di satu sudut, dan bucu di tepi suam suam kuku.
  • Ag+ Sterilization & Deodorization – udara dalam peti sejuk lebih bersih dengan perlindungan Ag+, bebas bakteria dan bau ikan atau sambal tumis semalam.
  • Dual Inverter System – operasi lebih senyap dan jimat tenaga, jadi bil elektrik pun tak melambung.
  • Convertible Zone – ruang bawah boleh tukar fungsi ikut keperluan: nak beku atau sejuk chiller, semua boleh.

Teknologi ni bukan saja jaga makanan, tapi jaga peace of mind — sebab anda tahu stok makanan keluarga sentiasa segar dan selamat.

Kenapa Penting Ada Peti Sejuk Berkualiti Walaupun Rumah Kecil

Ramai fikir, “Ala, rumah aku kecik je, peti ais biasa pun cukup.” Tapi sebenarnya, pelaburan untuk dapatkan peti sejuk berkualiti tinggi ialah satu langkah bijak untuk jangka panjang.

Dengan peti sejuk kapasiti besar, anda boleh beli barang lebih banyak setiap kali shopping barang dapur & dapat jimat masa, minyak, dan tenaga. Tambahan pula, dengan teknologi yang ada pada peti ais moden, makanan tahan lebih lama jadi dapat mengurangkan pembaziran. Bila semua bahan tersedia di rumah, anda pun lebih rajin masak dan kawal pemakanan keluarga.
Paling penting, hidup jadi lebih teratur dan tenang bila tak perlu risau “barang penuh, nak letak mana ni?”

Tak Perlu Risau Ruang – Cipta Sudut “Fridge Corner” Yang Bijak

Walaupun dapur apartment atau flat kecil, ada banyak cara untuk buat peti ais nampak “fit” dan kemas:

  • Letakkan di hujung dapur, dekat soket elektrik supaya kemas dan praktikal.
  • Gunakan rak gantung (hanging rack) atau kabinet tinggi untuk jimat ruang bawah.
  • Pilih peti sejuk multi-door yang tinggi tapi tak lebar, macam KHIND ChillMasterX.

Dengan perancangan susun atur yang betul, setiap dapur boleh nampak luas — it’s all about smart space, not big space.

Pelan Sewa Beli KHIND RTO – Miliki Peti Sejuk Idaman Serendah RM99 Sebulan

Nak miliki peti sejuk besar dan canggih macam peti sejuk KHIND ChillMasterX tak semestinya kena keluar duit banyak sekaligus. Dengan pelan Sewa Beli KHIND RTO (Rent-to-Own), anda boleh bayar serendah RM99 sebulan — terus guna sekarang & peti sejuk jadi milik anda sepenuhnya lepas tempoh pelan tamat!

Yang bestnya, anda bukan sekadar dapat peti sejuk 4 pintu berkapasiti 466L dengan reka bentuk compact dan elegan, tapi juga perlindungan menyeluruh melalui KHIND Care Plan. Ia lindung daripada kebakaran, banjir, kecurian dan kerosakan, jadi tak perlu risau tentang kos tambahan.

Dapur kecil pun boleh nampak mewah dengan peti sejuk KHIND ChillMasterX!
Miliki sekarang melalui pelan Sewa Beli KHIND RTO serendah RM99 sebulan dan nikmati gaya hidup lebih selesa tanpa kos upfront ribu ribu. 

Layari www.khindrto.com.my untuk ketahui lebih lanjut & mohon hari ini!