Kita semua pernah hadapi satu masalah yang sama: buka peti sejuk, bau tak menyenangkan sampai dulu, menusuk hidung. Sayur layu, susu basi, lauk macam dah berubah warna jadi ‘hulk’. Tapi… pernah tak terfikir siapa dalang sebenar di sebalik pembiakan ni?
Kenalkan: Pak-Teria, 'bakteria' yang hidup senyap-senyap dalam peti sejuk kita. Dialah punca makanan cepat rosak, bau tak menyenangkan, dan lebih serius lagi, boleh menjejaskan kesihatan keluarga serta menyebabkan keracunan makanan.
Tapi berita baiknya? Teknologi KHIND ChillMasterX direka khas untuk menghapuskan Pak-Teria dan segala masalah yang datang bersamanya. Jom tengok bagaimana peti sejuk pintar ni jadi hero dapur anda!
Antara ciri utama peti ais moden KHIND ChillMasterX ialah Ag+ Active Sterilization & Deodorization. Dalam bahasa mudahnya, sistem ini mensteril dan nyah bau ruang dalam peti sejuk secara aktif. Ag+ atau perak ionik ini bekerja 24/7 untuk membasmi kuman dan bau busuk, justeru membantu makanan tahan lebih lama, kekal segar, dan tak cepat rosak.
Teknologi Ag+ ini adalah perlindungan tambahan yang penting untuk kesejahteraan keluarga anda. Bila ruang peti sejuk bebas bakteria, risiko pencemaran silang (cross contamination) antara makanan pun jadi lebih rendah, terutamanya antara makanan mentah dan ready to eat. Habit suka simpan makanan dengan cara yang tak betul dan bercampur-campur juga menyebabkan peti ais mudah menghasilkan bau yang tak menyenangkan. Tapi dengan teknologi Ag+, bau-bauan kuat seperti durian, ikan masin, atau lauk siap masak pun akan dinyah secara aktif, jadi tak perlu lagi buka peti ais sambil tahan nafas lagi.
Permukaan rak dalaman peti ais juga kekal bersih lebih lama, jadi anda tak perlu kerap lap atau cuci. Tambahan pula, rak ruangan dalaman peti sejuk yang bersih dan bebas bau bantu peti sejuk kekal pada suhu stabil dan secara tak langsung menjadikan peti sejuk ini lebih cekap tenaga dan seterusnya menjimatkan bil elektrik anda.
Pendek kata, teknologi Ag+ ni bukan saja jaga kesegaran makanan, tapi bantu lindungi kesihatan seisi keluarga, terutamanya anak kecil dan warga emas yang lebih mudah terdedah kepada penyakit bawaan makanan.
Pernah dengar nasihat orang kata “jangan simpan telur kat bahagian pintu peti ais”? Sebabnya, suhu kat pintu tu tak stabil. Tapi dengan teknologi 360° Metal Cooling Duct dari peti ais multi door KHIND ChillMasterX, isu ni tak jadi masalah lagi. Sistem ini mengagih udara sejuk secara sekata ke seluruh ruang peti dari atas sampai bawah. Bahagian pintu pun kekal sejuk macam bahagian dalam jadi suhu lebih konsisten dan stabil.
Lapisan logam dalam sistem ni bantu serap dan pantulkan sejuk dengan lebih efisien, jadi bila kita buka-tutup pintu, suhu tak ‘terkejut’ dan kembali stabil dengan cepat. Ini bukan saja bantu makanan tahan lebih lama dan kekal segar, ia juga menyumbang kepada penjimatan tenaga sebab kompresor tak perlu kerja lebih. Sayur-sayur tak cepat layu, daging kekal segar, dan nutrisi makanan pun lebih terpelihara. Pendek kata, semua sudut dalam peti ais KHIND ChillMasterX sejuk sama rata tak kira penjuru mana!
Ais di dinding peti sejuk lama yang menebal menjadi hal sulit nak kena bersihkan, sampai kena ketuk dengan sudip kuat kuat. Perbuatan ni memang outdated, memenatkan, dan bukan tu jer, boleh merosakkan dinding peti ais tau! Ice tebal tu juga simpan macam-macam bakteria, kadang bila kita tak perasan, dah berbau pelik, macam ikan, campur lauk basi yang tertinggal minggu lepas. Buka pintu peti sejuk, terus naik bau tak sedap. Eww!
Dengan peti ais KHIND ChillMasterX, semua ni tinggal kenangan je. Teknologi No Frost Cooling memastikan tak ada dah lapisan ais melekat di dinding peti dan memang tak perlu lagi dah nak defrost manual. Bukan je senang nak susun barang, tapi makanan pun tahan lebih lama sebab suhu kekal stabil. Moisture pun terjaga, so makanan tak jadi keras membatu atau kering sebab sejuk melampau.
Dengan teknologi Dual Inverter, peti ais KHIND ChillMasterX bukan je lebih cekap tenaga, tapi juga beroperasi dengan senyap dan konsisten. Bila kurang beban kerja yang tak perlu, bukan je jangka hayat peti lebih panjang, tapi bunyi bising pun berkurang ketara. Dalam jangka masa panjang, teknologi ini bantu anda untuk menjimatkan bil elektrik bulanan tanpa mengorbankan prestasi penyejukan. Pendek kata, peti ais KHIND ChillMasterX lebih sejuk, lebih senyap, lebih jimat.
Peti sejuk KHIND ChillMasterX direka dengan kapasiti besar 466 liter dan ruang Convertible Zone yang boleh diubah suhu antara -3°C hingga +5°C untuk keluarga yang memerlukan ruang simpanan serba boleh. Sama ada nak simpan ayam mentah, kek hari jadi, seafood dari pasar atau bekal ready to eat untuk seminggu, semuanya boleh muat dan disusun kemas. Rak dalam peti ais pun boleh diubah suai ikut saiz hidangan, tak perlu lagi main Tetris dengan bekas lauk dan air kotak! Bukan tu je, bila freezer terlalu penuh atau anda lebih perlukan ruang untuk chiller, anda boleh menggunakan convertible zone untuk mengubah suhu daripada chiller ke freezer mengikut keperluan. Pendek kata, KHIND ChillMasterX adalah peti ais terbaik yang boleh mengikut keperluan gaya hidup anda yang sentiasa berubah.
KHIND RTO menawarkan pelan sewa beli terbaik untuk peti sejuk canggih KHIND ChillMasterX, serendah RM95/sebulan tanpa memerlukan kad kredit, deposit hanya serendah RM1, dan proses permohonan yang mudah. Dilengkapi teknologi hebat seperti Ag+ sterilisation, Metal Cooling, No Frost, Convertible Zone dan ruang besar 466L, ia memastikan makanan kekal segar sambil melengkapkan gaya hidup moden. Dengan perlindungan insurans 1:1, servis berkala melalui KHIND Care Plan, dan hak milik penuh selepas tamat tempoh sewa, ia bukan sekadar peti sejuk, ia adalah pelaburan jangka panjang paling berbaloi untuk keselesaan anda sekeluarga. Jangan tunggu sampai Pak-Teria menghantui hidup keluarga anda! Jom RTO dan miliki peti sejuk KHIND ChillMasterX hari ini!