Panduan Lengkap: Cara Guna Convertible Zone Pada Peti Sejuk KHIND ChillMaster & ChillMasterX (Bonus: Tips Penjagaan!)

Adakah anda tertanya-tanya, macam mana agaknya Convertible Zone berfungsi? Dalam coretan blog kali ini,  KHIND akan kongsikan panduan mudah tapi lengkap tentang cara guna fungsi Convertible Zone yang terdapat pada kedua-dua peti sejuk canggih KHIND ChillMaster Side-by-Side dan ChillMasterX. Kalau anda selalu pening nak susun makanan dalam peti sejuk atau kadang-kadang rasa ruang freezer tak cukup, fungsi ini memang penyelamat!

Apa Itu Convertible Zone?

Convertible Zone ni ibarat ruang serbaguna dalam peti sejuk KHIND ChillMaster Side by Side & ChillMasterX. Dengan hanya satu sentuhan pada soft touch control panel, anda boleh tukar fungsinya sama ada nak jadi freezer atau chiller ikut keperluan harian.

Ruang khas ini boleh dilaras dari -3°C hingga +5°C, menjadikannya super fleksibel. Contohnya, kalau baru balik pasar dengan stok ayam, ikan, atau daging beku, set je pada suhu beku untuk simpan semua dengan selesa. Tapi bila tiba musim perayaan, open house, atau nak simpan kek, minuman, dan sayuran segar, anda boleh ubah terus ke mod chiller. Tak perlu pening susun padat dalam ruang terhad—semua jadi lebih mudah dan teratur.

Bagaimana Convertible Zone Peti Sejuk Memudahkan Kehidupan Anda?

  1. Ruang Lebih Fleksibel – Tak perlu risau kalau stok beku atau stok makanan sesuai suhu chiller seperti sayur atau buah-buahan bertambah secara tiba-tiba. Satu ruang boleh bertukar untuk dua jenis kegunaan.
  2. Kurangkan Pembaziran Makanan – Suhu yang sesuai membantu makanan tahan lebih lama. Anda boleh simpan bahan basah atau kering tanpa risau cepat rosak.
  3. Memudahkan untuk Semua Situasi – Dari sambutan Hari Raya, rumah terbuka, majlis keluarga, sampai ke rutin harian, Convertible Zone sentiasa memudahkan anda untuk muatkan semua stok makanan tanpa perlu bermain tetris di depan pintu peti sejuk!

Cara Guna Convertible Zone

  1. Kenal Pasti Kawasan Convertible Zone
    Pastikan anda kenal pasti kawasan khas Convertible Zone. Lokasinya berbeza bergantung pada model—untuk peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side, ia biasanya di bahagian bawah sebelah kanan, manakala untuk KHIND ChillMasterX, lokasinya di bahagian beku boleh ubah dan ditulis jelas “Convertible Zone” pada laci rak tersebut. 
  2. Tetapkan Suhu yang Diinginkan
    Gunakan panel kawalan pada peti sejuk untuk menetapkan suhu yang sesuai.
  • -3°C hingga 0°C: Sesuai untuk simpan daging, ayam, ikan atau ais supaya kekal segar lebih lama.
  • +2°C hingga +5°C: Sesuai untuk simpan minuman, buah, sayur atau makanan siap masak tanpa membeku.
  1. Susun Makanan Mengikut Jenis
    Untuk memastikan penyejukan optimum, susun makanan mengikut kategori. Pastikan juga makanan panas disejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Tips Penjagaan Peti Sejuk KHIND ChillMaster Supaya Tahan Lama & Bersih

Now, setelah kita dah kupas tentang convertible zone dan fungsinya yang memudahkan, KHIND RTO nak berkongsi tips penjagaan peti sejuk supaya konfem sentiasa bersih dan function tiptop!  

1. Lap Secara Berkala
Setiap minggu, luangkan masa 5–10 minit untuk lap bahagian dalam peti sejuk dengan kain lembap. Ini membantu mengelakkan bau kurang menyenangkan dan kotoran degil. Gunakan campuran air suam dan sedikit cuka untuk membersihkan kotoran ringan secara semula jadi. Untuk pastikan peti ais sentiasa kekal bersih dan bebas bakteria, sewa beli je KHIND ChillMasterX dengan KHIND RTO - dah dilengkapi teknologi Ag+ yang memang bebas bau dan bakteria! 

2. Jangan Masukkan Makanan Panas Terus ke Peti Sejuk
Suhu makanan panas boleh menyebabkan wap air berkumpul dan membentuk kelembapan berlebihan dalam ruang peti sejuk. Biarkan makanan sejuk ke suhu bilik terlebih dahulu sebelum disimpan. Ini bukan sahaja menjaga kebersihan, tapi juga memanjangkan jangka hayat peti sejuk anda.

3. Elakkan Pengisian Terlalu Penuh
Walaupun peti sejuk luas, pastikan masih ada ruang untuk udara sejuk bergerak. Jika terlalu padat, penyejukan tidak sekata dan makanan akan cepat rosak. Susun makanan supaya jarak di antara setiap bekas tidak terlalu rapat. Tapi dengan KHIND ChillMaster Side by Side yang berkapasiti 592L atau peti sejuk ChillMasterX yang berkapasiti 466L, kami jamin mesti ada ruang punya untuk susun semuanya dengan kemas dan teratur! 

4. Guna Bekas Bertutup
Bekas bertutup membantu mengelakkan bau bercampur dan memudahkan susunan. Lebih mudah lagi jika guna bekas lutsinar supaya anda nampak isi di dalamnya tanpa perlu membuka setiap bekas untuk mengambil makanan yang dicari.

5. Bersihkan Getah Pintu
Getah pintu (door seal) sering diabaikan, padahal ia penting untuk mengekalkan suhu dalaman peti sejuk. Lap dengan kain lembap setiap 2–3 minggu untuk mengelakkan habuk dan kotoran terkumpul.

Miliki Peti Sejuk Impian Anda Hari Ini dengan KHIND RTO

Convertible Zone pada peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side dan KHIND ChillMasterX memang dicipta untuk memudahkan hidup anda. Tak kisah musim perayaan, majlis rumah terbuka, atau sekadar keperluan harian, ruang ini akan sentiasa membantu anda urus makanan dengan lebih bijak.

Jadi, kalau anda sedang mencari peti sejuk yang fleksibel, moden, dan mudah dijaga (KHIND RTO jagakan tau dengan KHIND Care Plan!), KHIND ChillMaster & ChillMasterX adalah pilihan terbaik.

KHIND RTO juga memudahkan anda memilikinya melalui pelan sewa beli serendah RM95/sebulan – tanpa kad kredit, deposit cuma RM1, dan proses yang cepat & memudahkan! Tunggu apa lagi? Jom RTO sekarang!