6 Sebab Kenapa Keluarga Perlukan Peti Sejuk Baharu Pada Musim Open House

Musim Raya memang musim paling “sibuk” untuk dapur rakyat Malaysia. Setiap hari kena ada menu untuk standby sekiranya ada yang nak datang beraya, dan juga stok makanan untuk yang nak buat open house, semuanya kena simpan dalam peti sejuk. 

Kalau sekarang pun dah rasa sempit dengan peti sejuk lama, inilah masa yang terbaik untuk upgrade!

Berikut ialah 6 sebab kenapa sekarang waktu paling sesuai untuk tukar ke peti sejuk KHIND RTO melalui pelan sewa beli / rent to own yang sangat mampu milik untuk keluarga Malaysia.

1. Stok Makanan Memang Berganda

Sepanjang bulan raya, rutin dapur berubah sepenuhnya. Bahan mentah kena beli lebih kerap dan dalam kuantiti besar terutamanya kalau anda jenis yang ramai kawan dan keluarga datang beraya di hujung minggu.

Masalahnya, peti sejuk lama cepat padat, susah nak susun, makanan jadi bertindih, akhirnya membazir. Jadi, upgrade ke peti ais dengan ruang lebih besar memang logik.

Contohnya model seperti KHIND ChillMaster Side By Side Refrigerator yang menawarkan ruang luas hingga 592L, cukup ruang untuk semua lauk pauk, sayuran dan bahan mentah.

2. Ruang Fleksibel & Adjustable Racks Lebih Praktikal

Bukan sekadar luas, ruang dalam peti sejuk juga kena fleksibel. Dengan peti sejuk seperti ChillMaster Lite Refrigerator (kapasiti 480L) yang ada crisper drawer besar dan adjustable racks, bahan makanan boleh disusun ikut keperluan. Lebih kemas, lebih mudah urus dan boleh muat semua hasil masakan anda termasuklah ayam sos plum dan puding karamel viral.

3. Convertible Zone & Metal 360 Cooling — Makanan Kekal Segar Lebih Lama

Fungsi convertible zone membolehkan anda tukar zon tertentu antara ruang sejuk dan beku ikut keperluan simpanan. Ini sangat berguna bila stok ayam dan daging bertambah.

Teknologi Metal 360 Cooling pula memastikan udara sejuk diedarkan secara sekata ke semua sudut. Makanan tahan lebih lama, tak cepat rosak. Ciri ini sangat penting untuk mengurangkan pembaziran ketika musim ramai membeli.

Kedua-dua ciri ini boleh didapati dalam model seperti KHIND ChillMaster Side By Side Refrigerator dan ChillMasterX Multi-Door Refrigerator

4. Built-In Water Dispenser Untuk Raya Lebih Selesa

Bila musim open house Raya, tetamu datang tak berhenti. Nak ambil air sejuk pun kena buka pintu peti ais berkali-kali.

Dengan KHIND ChillMaster Side By Side Refrigerator, anda ada built-in water dispenser terus pada pintu peti ais — senang nak dapat air sejuk bila-bila masa tanpa buka pintu peti sejuk setiap kali. 

Ciri kecil tapi berbaloi ini menjadikan dapur lebih praktikal dan Raya lebih smooth tanpa gangguan.

5. Teknologi Ag+ Sterilization Untuk Keluarga Prihatin Kesihatan

Bagi yang mementingkan kebersihan makanan, ChillMasterX Multi‑Door Refrigerator hadir dengan Ag+ Active Sterilization & Deodorisation — membantu kurangkan bakteria dan bau tak best dalam ruang simpanan.

Teknologi ini membuatkan makanan lebih bersih, tahan segar lebih lama dan keluarga lebih yakin dengan kualiti simpanan. Sangat sesuai kalau rumah anda kerap buat prep makanan awal minggu sepanjang Ramadan. 

6. Harga Serendah RM38 — Tiada Lagi Alasan Mahal

Ramai masih fikir beli peti ais baharu perlukan ribuan ringgit sekaligus. Hakikatnya, dengan skim sewa beli peti ais melalui KHIND RTO, anda boleh miliki peti sejuk canggih dengan bayaran bulanan yang sangat mampu milik.

Anggaran bayaran serendah:

Ini menjadikan pilihan sewa beli terbaik kalau nak upgrade peti ais tanpa bebanan duit besar di awal.

Lebih Tenang Dengan Perlindungan KHIND Care Plan

Bukan sekadar beli peti ais — anda juga dilindungi dengan KHIND Care Plan yang merangkumi perlindungan terhadap kebakaran, kecurian, banjir dan situasi tidak dijangka lain. Servis pembaikan juga termasuk dalam pelan ini.

Ini bermakna anda bukan sahaja dapat produk berkualiti tapi juga ketenangan jangka panjang sepanjang Ramadan dan untuk tahun-tahun seterusnya.

Upgrade Bukan Lagi Kehendak, Tapi Keperluan

Bulan Raya bukan masa untuk stres fikir ruang simpanan tak cukup atau makanan cepat rosak.

Dengan pilihan peti ais dua pintu atau side-by-side berkapasiti besar (466L, 480L, 592L), teknologi moden, ruang fleksibel dan skim sewa beli yang mampu milik, inilah masa paling strategik untuk upgrade.

Pilih model yang sesuai untuk keluarga anda sekarang & subscribe melalui KHIND RTO sekarang!