Dalam dunia moden hari ini yang serba sibuk, peti sejuk bukan lagi sekadar ruang penyimpanan makanan tetapi ia adalah keperluan yang penting dalam kehidupan harian. KHIND RTO memperkenalkan ChillMaster Side by Side Refrigerator, sebuah peti ais canggih dua pintu yang direka khusus untuk memenuhi keperluan keluarga moden. Sama ada anda mahu menyimpan makanan dalam kuantiti banyak, menjimatkan tenaga, atau memiliki peti sejuk tanpa kekangan bayaran muka yang besar, peti ais dua pintu KHIND ChillMaster menawarkan semuanya.
Untuk para ibu yang suka menyediakan stok makanan sejuk beku, Super Freezing Mode yang disediakan dengan peti ais KHIND ChillMaster adalah mod yang amat berguna. Dengan kemampuan penyejukan sehingga -25°C, makanan seperti daging, ayam, makanan laut, dan bahan mentah lain boleh disimpan lebih lama tanpa menjejaskan kualiti. Ini menjadikan peti sejuk ini sangat sesuai untuk keluarga yang aktif dan sibuk.
Dengan fungsi ini, anda tidak perlu risau makanan cepat rosak atau perlu keluar terlalu kerap untuk membeli barang dapur. Mod ini memberi lebih kebebasan dan kemudahan untuk merancang hidangan harian untuk jangka panjang. Malah, keluarga yang sering masak dalam jumlah besar akan lebih mudah menyimpan lebihan makanan dengan selamat dan dengan kapasiti 592L yang luas, makanan anda akan tersusun kemas dan mudah untuk dicapai.
Tak perlu lagi tutup suis peti ais bila anda bercuti. Dengan Holiday Mode, KHIND ChillMaster memastikan peti sejuk anda berfungsi pada tahap minimum untuk menjimatkan tenaga, tanpa mematikan keseluruhan sistem. Ini bukan sahaja mengelakkan peti ais daripada bau kurang menyenangkan, tetapi juga memastikan makanan kekal segar dan dalam keadaan baik.
Fungsi ini amat berguna untuk keluarga yang kerap melancong atau pulang ke kampung. Anda boleh bercuti dengan tenang tanpa risaukan peti sejuk di rumah.
Peti ais moden KHIND ChillMaster juga hadir dengan Eco Mode, satu ciri yang direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dalam masa yang sama tetap mengekalkan prestasi penyejukan optimum. Ini bukan sahaja baik untuk bil elektrik bulanan anda, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Eco Mode sangat sesuai untuk penggunaan harian, terutama bagi keluarga yang mahu gaya hidup lebih mesra alam tanpa mengorbankan fungsi penting peti sejuk. Ia juga memberikan ketenangan minda kerana anda tahu bahawa penggunaan elektrik sentiasa terkawal walaupun isi peti sejuk penuh.
Tambahan pula, Eco Mode sangat membantu apabila anda hanya menyimpan jumlah makanan yang sedikit – peti sejuk akan menyesuaikan operasi untuk menjimatkan lebih tenaga. Ini menjadikan KHIND ChillMaster bukan sekadar praktikal, malah bijak dalam pengurusan tenaga seharian keluarga anda.
Salah satu kelebihan terbesar peti ais KHIND ChillMaster adalah Convertible Zone yang boleh diubah suai mengikut keperluan anda. Perlukan ruang sejuk beku tambahan ketika musim perayaan? Atau mahu tukar semula ke ruang chiller selepas itu? Semuanya boleh dilakukan hanya dengan satu sentuhan pada panel skrin sentuh.
Fleksibiliti ini amat berguna untuk keluarga yang gemar merancang lebih awal, membeli dalam kuantiti besar, atau sering mengubah susun atur bahan dalam peti ais. Ini menjadikan peti ais KHIND ChillMaster sebagai peti ais moden yang benar-benar ideal untuk pengguna masa kini. Dengan peti ais berkapasiti besar ini juga, kita dapat mengelakkan pembaziran dan memudahkan urus stok makanan dengan lebih cekap.
Dengan reka bentuk dua pintu yang luas dan kemas, peti ais KHIND ChillMaster bukan sahaja kelihatan moden tetapi juga menawarkan kapasiti besar 592L untuk menyimpan pelbagai jenis makanan dan minuman dengan lebih teratur. Ruang dalaman yang luas disusun rapi dengan rak boleh laras dan ruang khas juga tersedia untuk sayur, buah, dan daging.
Oleh itu, peti ais besar ini sangat sesuai untuk keluarga besar atau mereka yang gemar menyimpan stok makanan mingguan. Peti ais ini membolehkan anda merancang hidangan dengan lebih baik dan menjimatkan masa di dapur. Setiap ahli keluarga pun boleh capai makanan dengan mudah tanpa perlu menyelongkar peti ais.
Dengan water dispenser built in, peti ais canggih KHIND ChillMaster menyebabkan anda tidak perlu lagi membeli penapis air berasingan yang memakan ruang. Anda boleh nikmati air sejuk dengan mudah tanpa perlu kerugian ruang dalam peti ais untuk mengisi botol-botol air yang telah dimasak dan perlu disejukkan. Ini memang menjimatkan masa dan memudahkan kerja harian terutamanya untuk kaum ibu.
Selain itu, fungsi mudah dispenser air ini memberi kelebihan besar untuk keluarga dengan anak kecil, warga emas atau sesiapa sahaja. Ia juga menjadikan dapur anda lebih kemas dan tersusun tanpa perlu menyediakan ruang tambahan untuk penapis air. Kemudahan peti ais besar dilengkapi water dispenser ini secara tidak langsung memberi impak besar dalam rutin seharian keluarga.
Jika anda mahukan peti sejuk yang bagus tanpa perlu keluarkan duit besar sekaligus, pelan sewa beli KHIND RTO adalah penyelesaian terbaik. Anda boleh miliki peti sejuk ChillMaster KHIND ini dengan deposit RM1, tanpa kad kredit, dan hanya dengan bayaran serendah RM99 sebulan.
Sama ada anda baru berpindah rumah, mahu naik taraf peti sejuk lama, atau sedang cari peti ais canggih untuk keluarga, peti ais dua pintu moden KHIND ChillMaster Side by Side adalah pilihan bijak. Jom buat hidup lebih mudah dan rutin dapur lebih teratur dengan sewa beli peti sejuk yang penuh fungsi canggih ini!