Pak-Teria Lawan, Bukan Kawan! Lindungi Keluarga dari Pakaian Hingga Makanan

Pak-Teria, musuh utama keluarga anda! Si jahat inilah yang diam-diam mengancam kesihatan keluarga anda setiap hari. Yup, Pak-Teria = bakteria! Mereka boleh bersembunyi dalam pakaian dan ikut anda balik dari luar dan juga bersarang dalam makanan yang disimpan terlalu lama. Tapi jangan risau, dua hero KHIND RTO iaitu Washer Dryer 2 dalam 1 WD1468 dan Peti Sejuk ChillMasterX sedia gempur Pak-Teria habis habisan!

Apa Sebenarnya Pak-Teria?

“Pak-Teria” adalah bakteria, mikroorganisma kecil yang hidup bebas di sekeliling kita dalam udara, pakaian, makanan, dapur, dan peti sejuk. Mungkin ramai yang terlepas pandang yang sebenarnya, Pak-Terialah boleh menyebabkan bau busuk, keracunan makanan, dan alahan kulit. Pendek kata, dia bukan kawan. Dia musuh nombor satu kesihatan isi rumah!

Paling membimbangkan, “Pak-Teria” adalah ancaman utama buat kanak-kanak, bayi, warga emas, malah haiwan peliharaan pun mudah terkesan terutamanya jika imuniti mereka lebih lemah atau kulit lebih sensitif. Dari ruam dan gatal-gatal sehinggalah ke cirit-birit atau jangkitan, kesan dia boleh jadi serius kalau tak dijaga betul-betul. Sebab tu penting untuk pastikan persekitaran rumah, pakaian dan makanan sentiasa bersih dan selamat!

Bakteria Dalam Makanan: Bukan Sekadar “Basi”

Makanan yang disimpan dalam peti sejuk biasa kadang-kadang cepat rosak, berair, dan busuk. Kenapa? Kerana bakteria masih boleh hidup dalam suhu sejuk biasa. Inilah yang menyebabkan isi ayam berlendir, sayur lembik dan bau pelik terhasil. Peti sejuk lama tak mampu halang pertumbuhan bakteria dengan berkesan.

Tapi dengan KHIND ChillMasterX, masalah ni boleh dilupakan. Dilengkapi teknologi 360 Metal Cooling, setiap penjuru peti sejuk disejukkan secara sekata dan bukan setakat ruang utama je. Jadi tak ada lagi zon ‘panas’ yang jadi tempat pembiakan bakteria! Ditambah pula dengan fungsi Ag+ (perak ion), peti sejuk ChillMasterX bertindak sebagai pengawal kesihatan senyap yang aktif membasmi dan menghalang pembiakan bakteria berbahaya. Ion perak terkenal kerana sifat antibakterianya yang mampu menembusi dinding sel bakteria dan mengganggu proses penting sel tersebut lalu menyebabkan bakteria mati sebelum sempat membiak. Hasilnya? Makanan kekal segar lebih lama, dan keluarga pun lebih terlindung.

Bakteria Dalam Pakaian: Kesan Tak Nampak, Tapi Bahaya

Baju kerja, baju anak main taman, tuala yang dah 3 hari tak kering, semua ni tempat kegemaran Pak-Teria! Kalau air dalam mesin basuh tak cukup panas atau sabun tak cukup bersih, bakteria terus ‘lepak’ dalam serat kain. Akhirnya, kulit jadi gatal, alergi datang, dan baju berbau walaupun baru basuh.

Tapi dengan KHIND 2 in 1 Washer Dryer, Pak-Teria memang tak ada peluang nak ‘menumpang’! Mesin basuh pengering terbaik ini dilengkapi fungsi steam wash dan hot wash yang mampu membunuh kuman dan bakteria dengan lebih menyeluruh dan hygienic. Fungsi wap panas ni bukan saja bantu tanggalkan kotoran degil, tapi juga menembusi jauh ke dalam serat kain untuk hapuskan bakteria yang tersembunyi. Lagi-lagi kalau ada haiwan peliharaan di rumah, bulu kucing, habuk dan kuman yang dibawa dari luar boleh melekat pada pakaian dan tersebar dalam rumah. Dengan cucian wap panas, pakaian dan tuala bukan saja bersih nampak, tapi juga selamat digunakan untuk seluruh keluarga. Sabun kapsul yang disertakan sekali dalam pelan RTO KHIND 2 in 1 Washer Dryer juga mempunyai fungsi 5 dalam 1 yang mampu membunuh kuman & menghilangkan kotoran degil.

Mesin Basuh Pengering KHIND Dengan Steam & Hot Wash

Memperkenalkan hero pertama kita: KHIND WD1468 Washer Dryer 2 in 1! Dengan kapasiti 11kg basuh + 7kg kering, dan teknologi Steam Wash + Hot Wash, bakteria memang tak sempat ‘membiak’. Steam Wash guna wap suhu tinggi untuk membunuh 99.9% bakteria pada pakaian, manakala Hot Wash sesuai untuk tuala, cadar & pakaian bayi. Bukan tu jer, KHIND 1468 Washer Dryer dilengkapi 18 mod preset untuk semua keperluan cucian dan dilengkapi motor Dual Inverter untuk kecekapan penggunaan tenaga yang terbaik. Mesin yang cekap = bil elektrik lebih rendah! Lagi best, dengan washer dryer, tak perlu jemur, terus kering dan bersih!

KHIND ChillMasterX: Peti Sejuk Berteknologi Ag+ Anti Pak-Teria

Kalau KHIND Washer Dryer WD1468 jaga baju, peti sejuk ChillMasterX pula jaga makanan. Dilengkapi dengan Ag+ sterilization, bakteria dalam peti sejuk langsung tak boleh survive. Metal Cooling + No Frost teknologi memastikan suhu kekal stabil & makanan kekal segar lebih lama. Tambahan pula dengan Convertible Zone (untuk ubah suhu ikut keperluan), dan kapasiti besar 466L memang cukup untuk stok satu keluarga!

Dan yang paling best, semua ni boleh dimiliki secara sewa beli (RTO) yang sangat mampu milik—bermula dari hanya RM95/sebulan, dengan deposit RM1 sahaja, tiada penjamin, dan tak perlu kad kredit pun! Mohon pun senang, hanya guna IC. Peti sejuk ChillMasterX juga direka dengan teknologi No Frost, jadi tak perlu lagi bersusah payah ketuk ais beku dari dinding peti. Ruangnya yang besar bukan saja muat untuk simpan lauk harian, malah sesuai sangat untuk ibu menyusu yang perlukan ruang khas simpan stok susu badan. Dari sayur segar sampai ke keperluan bayi, semua boleh disimpan dengan selamat dan teratur.

Dua-dua produk datang dengan KHIND Care Plan – insurans penuh kalau jadi kebakaran, banjir, kecurian atau rosak. Servis, baiki, hantar, pasang, pindah semua dah sekali! 1000 pelanggan awal peti sejuk ChillMasterX siap dapat insurans komprehensif. Sewa beli KHIND Washer Dryer pula, dapat bekalan detergen kapsul untuk 3 tahun. Tak perlu beli sabun asing-asing dah.

Jangan Tunggu Lagi, Jom #LawanPakTeria Hari Ini!

Pak-Teria tak pernah cuti. Hanya tunggu masa je nak berpesta pada makanan dan baju kotor anda. Tapi anda ada kuasa untuk lawan balik dengan KHIND 2-in-1 Washer Dryer WD1468 dan peti sejuk ChillMasterX dari KHIND RTO. Jom RTO hari ini!

Bye Pak-Teria, Semua Settle!