Nak Jimat Kos Servis Aircond? Ini Sebab Ramai Pilih Aircond KOOL Series KHIND RTO

Ramai yang sangka membeli aircond baru hanyalah tentang harga unit semata-mata. Hakikatnya, selepas aircond dipasang, masih ada pelbagai kos lain yang perlu ditanggung seperti servis berkala, penyelenggaraan dan pembaikan sekiranya berlaku kerosakan. Lama-kelamaan, kos-kos ini boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit.

Kalau anda sedang mencari aircond inverter yang lebih berbaloi dan tidak mahu pening memikirkan kos tambahan setiap kali aircond bermasalah, KHIND RTO menawarkan penyelesaian yang lebih bijak. Lebih menarik, sekarang anda boleh menikmati promosi Sejuk Syiok Combo, dua unit aircond inverter Acson KOOL Series pada harga serendah RM65 sebulan untuk 6 bulan pertama!

Kenapa Aircond Perlu Diservis Secara Berkala?

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, aircond biasanya digunakan setiap hari. Semakin kerap digunakan, semakin banyak habuk dan kotoran terkumpul pada penapis, coil dan komponen dalaman.

Servis berkala membantu memastikan aircond terus menghasilkan udara yang sejuk, menjimatkan penggunaan elektrik dan mengurangkan risiko kerosakan yang lebih serius. Selain itu, aircond yang dijaga dengan baik juga mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding unit yang langsung tidak pernah diselenggara.

Ramai hanya servis aircond apabila ia sudah tidak sejuk. Sebenarnya ketika itu, kerosakan mungkin sudah mula berlaku dan kos membaikinya juga menjadi lebih tinggi.

Kos Tersembunyi Yang Ramai Tak Sedar Bila Servis Aircond

Harga membeli aircond hanyalah permulaan. Selepas beberapa bulan penggunaan, anda mungkin akan mula mengeluarkan belanja untuk servis biasa yang boleh menelan kos sekitar RM100 hingga RM200 bagi setiap unit, bergantung kepada jenis servis.

Jika aircond mengalami masalah seperti kebocoran gas, saluran tersumbat atau compressor rosak, kos pembaikan pula boleh meningkat sehingga beberapa ratus atau ribuan ringgit. Itu belum termasuk caj pemeriksaan, caj pengangkutan juruteknik serta kos alat ganti yang perlu ditukar.

Lebih banyak unit aircond di rumah, lebih tinggi kos penyelenggaraan yang perlu disediakan setiap tahun. Inilah kos tersembunyi yang sering tidak diambil kira ketika membeli aircond baru.

Bila Aircond Rosak, Dompet Pun Ikut 'Panas'

Pernah tak aircond tiba-tiba tak sejuk ketika cuaca sedang panas? Atau keluar bunyi pelik, berbau kurang menyenangkan ataupun menitis air?

Semua simptom ini biasanya menandakan aircond memerlukan pemeriksaan segera. Malangnya, ramai hanya bertindak selepas kerosakan menjadi semakin serius.

Selalunya bagi pemilik aircond, setiap panggilan servis bermaksud anda perlu menyediakan bajet tambahan. Jika kerosakan melibatkan komponen utama seperti compressor atau papan litar elektronik, kosnya boleh menjadi jauh lebih mahal berbanding kos servis berkala.

Tapi kini, dah ada alternatif untuk memiliki aircond tanpa perlu risaukan kos tambahan servis atau alat ganti yang tak terjangka. 

Dengan KHIND RTO, Servis & Penyelenggaraan Semua Dah Termasuk

Inilah kelebihan yang membezakan KHIND RTO daripada pembelian biasa.

Apabila anda melanggan KOOL Series Aircond Inverter KHIND RTO, anda bukan sahaja mendapat aircond berkualiti, pelan anda juga turut merangkumi penyelenggaraan berkala, servis, serta pembaikan yang diperlukan sepanjang tempoh langganan mengikut terma dan syarat.

Ini bermakna anda tidak perlu lagi risau tentang kos servis yang datang mengejut atau pening memikirkan bajet tambahan apabila aircond mengalami masalah.

Semuanya sudah termasuk dalam satu bayaran bulanan yang tetap serendah RM 65 sahaja dan mudah dirancang. Lebih tenang, lebih mudah dan lebih menjimatkan.

Berbaloi Berbanding Membeli Aircond Secara Outright

Ramai pengguna membandingkan harga aircond inverter sebelum membuat keputusan. Namun, harga pembelian sahaja tidak memberikan gambaran keseluruhan kos pemilikan.

Apabila mengambil kira kos pemasangan, servis berkala, penyelenggaraan serta kemungkinan pembaikan sepanjang beberapa tahun penggunaan, jumlah sebenar yang dibelanjakan sebenarnya jauh lebih tinggi daripada yang disangka.

Dengan KHIND RTO, anda menikmati satu pelan yang lebih menyeluruh. Tiada kejutan setiap kali perlu servis, tiada kebimbangan tentang kos pembaikan yang mahal, dan semuanya diuruskan dengan lebih mudah melalui satu bayaran bulanan yang berpatutan.

Sejuk Syiok Combo: 2 Aircond Serendah RM65/Bulan Untuk 6 Bulan Pertama

[Note to designer]Picture: sejuk syiok kv resize

Kalau memang sedang merancang memasang dua unit aircond di rumah, sekarang adalah masa terbaik.

Melalui promosi Sejuk Syiok Combo, anda boleh memiliki dua unit KOOL Series Aircond Inverter KHIND RTO dengan bayaran serendah RM65 sebulan bagi 6 bulan pertama.

Ini merupakan peluang terbaik untuk menaik taraf keselesaan rumah tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar sekaligus. Lebih menarik, anda turut menikmati manfaat penyelenggaraan dan servis yang sudah termasuk dalam pelan, menjadikan pemilikan aircond jauh lebih mudah dan bebas daripada kos tersembunyi.

Jangan tunggu sehingga aircond lama rosak atau bil pembaikan semakin tinggi. Beralih kepada penyelesaian yang lebih bijak bersama KHIND RTO hari ini dan nikmati udara sejuk tanpa risau tentang kos servis pada masa hadapan.

Daftar sekarang dan rebut promosi Sejuk Syiok Combo sebelum tawaran ini tamat!