Potongan 50% Sewa Beli 6 Bulan, Jimat Berbaloi-Baloi!
Musim perayaan telah tiba, dan kemeriahan musim aidilfitri hangat terasa dengan jemputan rumah terbuka dimana-mana. Dalam menyambut bulan yang penuh mulia ini, ini adalah masa paling sesuai untuk menaik taraf peralatan rumah dan menjadikan rumah anda lebih selesa, moden, dan efisien. Sempena musim perayaan yang meriah, KHIND RTO melancarkan Promosi 50% Off Lagi Jimat Deals KHIND RTO dan anda boleh menikmati diskaun hebat 50% bayaran bulanan sewa beli untuk 6 bulan pertama. Ini bermakna, anda boleh dapatkan peti sejuk baru dengan serendah RM 38/bulan sahaja! Jangan tunggu lagi kerana peluang ini hanya sah hingga 30 Jun 2026.

Untuk promosi kali ini, KHIND RTO memberikan tawaran paling menarik iaitu potongan 50% untuk bayaran bulanan sewa beli selama ENAM BULAN PERTAMA! Ini bermakna anda boleh mula memiliki peralatan elektrik premium seperti aircond KOOL Series, peti sejuk ChillMaster Side by Side, atau washer dryer 2-in-1 KHIND RTO dengan hanya separuh daripada bayaran biasa untuk 6 bulan pertama, menjadikan bayaran bulanan anda serendah dua angka sahaja. Dengan KHIND RTO, tiada bayaran pendahuluan yang tinggi dan tiada komitmen kewangan yang membebankan.
Rumah anda boleh dilengkapi peralatan moden yang memudahkan urusan harian sekeluarga tanpa tekanan kewangan yang berat. Malah, dengan bayaran serendah RM53 sebulan untuk aircond KOOL Series, kini semua orang boleh menikmati keselesaan sejuk, sambil mengekalkan bajet bulanan yang terkawal.
Ini adalah peluang sempurna untuk mereka yang ingin menjadikan rumah lebih selesa dan moden menjelang perayaan yang meriah ini.
Dengan kempen 50% Lagi Jimat Deals, anda kini boleh menaik taraf peti sejuk dan mesin basuh atau pengering dengan lebih mudah dan semuanya pada diskaun 50% untuk 6 bulan pertama.
Untuk rutin mendobi yang lebih mudah, 2 in 1 Washer Dryer KHIND RTO menggabungkan fungsi basuh dan kering dalam satu mesin dengan kapasiti 11KG basuh dan 7KG kering, jadi anda tak perlu lagi bergantung pada jemuran untuk keringkan kain. Jika anda sudah memiliki mesin basuh dan hanya perlukan pengering khusus, DryMaster Heat Pump Dryer menawarkan kapasiti 9KG dengan teknologi heat pump yang lebih jimat tenaga dan memastikan pakaian sentiasa kering, walaupun ketika musim hujan.
Bagi keluarga yang lebih besar, EcoWash15 Top Load Washer dengan kapasiti 15KG membolehkan cucian dalam jumlah besar dilakukan sekali gus, menjimatkan masa dan tenaga. Alternatifnya, KHIND 9KG Front Load Washer memberikan cucian yang lebih bersih dan efisien, sesuai untuk kegunaan isi rumah sederhana.
Di bahagian dapur pula, rangkaian peti sejuk ChillMaster memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup. ChillMaster Side-by-Side hadir dengan kapasiti besar 592L serta water dispenser terbina untuk kemudahan harian. Peti sejuk ChillMasterX pula menampilkan reka bentuk multidoor bersama teknologi Ag+ sterilisation dan deodorisation, memastikan makanan kekal segar dan lebih higienik. Untuk ruang yang lebih minimalis, ChillMaster Lite menawarkan kapasiti sehingga 480L dalam reka bentuk dua pintu yang compact tetapi praktikal.
Untuk keselesaan rumah pula, KOOL Series Aircond memberikan penyejukan pantas dengan kualiti terjamin Acson serta penarafan jimat tenaga 5 bintang, tersedia dalam pilihan 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP. Manakala untuk penjagaan pakaian yang lebih rapi, SteamGen+ Steam Generator Iron memudahkan proses menggosok dengan tangki air besar dan tekanan stim sehingga 300g/min — sekali lalu, terus licin.
KHIND RTO menyediakan pilihan produk lengkap dan promosi hebat untuk kehidupan yang lebih selesa dan memudahkan rutin harian seluruh keluarga. Jom sewa beli dengan KHIND RTO dan ambil peluang sambar promosi ini!

Apa yang membezakan KHIND RTO daripada pilihan lain ialah ketenangan fikiran jangka panjang yang ditawarkan melalui KHIND Care Plan. Setiap langganan disertakan dengan perlindungan komprehensif termasuk servis dan pembaikan oleh juruteknik bertauliah ACSON, serta insurans yang meliputi kebakaran, kecurian, dan banjir. Ini bermakna peralatan rumah anda sentiasa dijaga dengan profesional dan risiko kerosakan atau kehilangan dapat diminimalkan.
Dengan pelan ini, KHIND RTO bukan sahaja menjadikan rumah anda lebih selesa dan moden, tetapi juga selamat dan dipercayai untuk penggunaan harian, menjadikan ia pelaburan yang bernilai untuk setiap keluarga Malaysia.
Dengan promosi terbaru 50% Lagi Jimat Deals, semua orang kini boleh menikmati 50% diskaun bayaran bulanan selama 6 bulan pertama yang bukan sekadar jimat, tapi lebih berbaloi untuk jangka panjang.
Lebih menarik, promosi ini terbuka kepada semua. Sama ada anda pelanggan baharu atau pelanggan setia KHIND RTO, semua layak menikmati tawaran ini. Tanpa syarat rumit atau pengecualian, semua produk KHIND RTO termasuk dalam promosi ini jadi anda bebas untuk memilih peti sejuk atau mesin basuh yang paling sesuai dengan keperluan rumah anda.
Tak perlu tunggu lagi. Jadikan musim perayaan ini lebih bermakna dengan rumah yang lebih selesa, teratur dan bersedia untuk menyambut tetamu.
Langgan KHIND RTO sekarang dan nikmati 50% diskaun selama 6 bulan, sebelum promosi ini berakhir!