KHIND Rent-to-Own (RTO) Melancarkan Pelan Sewa Beli Penyaman Udara, Dikuasakan oleh Acson untuk Menjadikan Keselesaan Mampu Dimiliki Semua

Dua jenama ikon isi rumah Malaysia, KHIND dan Acson, bergabung tenaga untuk melancarkan kempen “Sejuk Syiok, Semua Settle” iaitu pelan sewa beli (Rent-to-Own) penyaman udara yang menjadikan penyaman udara lebih mudah dimiliki melalui bayaran bulanan tanpa kos tersembunyi. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, penyaman udara bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang penting dari sudut kesihatan, keselesaan dan produktiviti seluruh keluarga. Namun, ramai keluarga yang terpaksa melepaskan keselesaan penting ini kerana kekangan ekonomi. Kerjasama kedua-dua jenama besar tempatan ini secara langsung memberi solusi tepat kepada kekangan ini, menjadikan penyaman udara satu keselesaan yang mampu dimiliki semua sama ada di bandar mahupun di kawasan kampung.

Semasa pelancaran, Pengurus Besar KHIND Customer Service, Cheng Duo-Ren, berkongsi visi di sebalik kerjasama ini, menekankan komitmen kedua-dua jenama untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang buat isi rumah di Malaysia, dan dalam masa yang sama mempromosi kearah kualiti hidup yang lebih baik. KHIND sememangnya terkenal sebagai jenama peralatan elektrik rumah yang dibina berasaskan konsep mampu milik, kebolehpercayaan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Beliau menyatakan, “Acson membawa inovasi kelestarian dan kecemerlangan kualiti servis, manakala KHIND memahami keperluan tempatan dan menterjemahkannya kepada satu bentuk penyelesaian yang meningkatkan kualiti hidup. Kedua-dua jenama saling melengkapi kelebihan masing-masing.”

Pengarah Urusan Acson, Encik Tan Chia Cheng turut menyatakan misi yang sama, “Pengalaman ini dicipta bersama untuk semua rakyat Malaysia yang menghargai keselesaan yang lebih mudah, dipercayai, dan buatan tempatan yang boleh dibanggakan.” Beliau turut menekankan komitmen Acson dalam merekabentuk sistem penyejukan cekap tenaga yang melengkapi keperluan isi rumah Malaysia.

Pelan RTO ini bukan sahaja menawarkan bayaran bulanan, malah merangkumi pakej penjagaan lengkap termasuk penghantaran dan pemasangan percuma, penyelenggaraan berkala, serta perlindungan insurans komprehensif. Acson menjanjikan profesionalisma dan kredibiliti melalui proses penyelenggaraan yang teliti dan teratur beserta peralatan canggih, termasuk alat ganti yang tulen untuk menjamin prestasi jangka panjang produk yang ditawarkan. Kerjasama ini  memastikan servis profesional dan penyelenggaraan yang berkualiti tinggi sentiasa mudah untuk didapatkan dengan ketersediaan rangkaian pusat servis nasional yang meluas. Penyelesaian serba lengkap ini sememangnya bertujuan meringankan beban kewangan rakyat Malaysia sambil memberi keselesaan seisi keluarga sepanjang tahun.

Pelan ini merangkumi Penyaman Udara Siri KOOL 5-Bintang Inverter, tersedia dalam pilihan 1HP, 1.5HP dan 2HP. Untuk masa terhad, pengguna boleh menikmati harga berbaloi serendah RM99 melalui promosi pelancaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Penyaman Udara RTO KHIND yang dikuasakan oleh Acson, layari laman web rasmi Rent-to-Own KHIND di khindrto.com.my/products/koolseries-airconditioner 

Mengenai KHIND

KHIND (disebut sebagai “Keen”) bermula secara sederhana pada tahun 1961. Diasaskan oleh Mr. Cheng King Fa, perniagaan ini bermula sebagai sebuah kedai membaiki peralatan elektrik kecil di Sekinchan dan kemudiannya berkembang menjadi KHIND Holdings Berhad, sebuah syarikat kelahiran Malaysia dalam bidang peralatan elektrik dan elektronik yang kini mengedar produknya ke lebih 58 negara. Dipandu oleh misi, “We Make Everything Easier for You”, KHIND komited untuk memudahkan pengguna Membeli, Mengguna, Membersih, Menyimpan dan Menyelenggara produk kami. Kami menawarkan peralatan elektrik yang Mampu Milik, Boleh Dipercayai dan Trendy bagi memudahkan kehidupan harian dengan matlamat utama supaya para pengguna dapat meluangkan lebih banyak masa untuk “Experience More” dalam kehidupan mereka.

KHIND RTO merupakan program sewa beli yang menawarkan rakyat Malaysia pilihan untuk memiliki peralatan rumah penting seperti mesin basuh & pengering, peti sejuk dan seterika wap secara mampu milik. Dipandu oleh cogan kata “Senang Jer, Semua Settle,” inisiatif ini bertujuan meringankan beban isi rumah serta menjadikan kehidupan berkualiti lebih mudah dicapai buat semua.

Layari www.khindrto.com.my untuk melihat semua produk yang ditawarkan!

Mengenai ACSON

Acson Malaysia Sales & Service Sdn Bhd merupakan salah satu jenama penyaman udara tempatan terkemuka di Malaysia, terkenal dengan teknologi penyejukan yang dipercayai dan direka khas mengikut gaya hidup serta cuacaMalaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Acson telah berkembang daripada pembekal penyaman udara asas kepada jenama terkemuka yang menawarkan penyelesaian penyejukan inovatif, cekap tenaga, mesra alam, dan perkhidmatan servis profesional.

 

Kini, Acson menawarkan pelbagai unit penyaman udara komprehensif untuk aplikasi kediaman, komersial, dan industri di seluruh negara melalui pasukan perkhidmatan yang berdedikasi. Acson kekal komited mengekalkan standard kualiti buatan Malaysia sambil memenuhi keperluan rumahdan perniagaan yang sentiasa berubah di seluruh negara.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.acson.com.my/