Anda baru beli atau tengah survey washer dryer? Mungkin anda tertanya-tanya, “Perlu ke guna fungsi Delicate ni? Bila masa sesuai nak pakai?” Dalam artikel ni, kami akan terangkan apa sebenarnya fungsi Delicate pada KHIND 2-in-1 Washer Dryer (11kg wash / 7kg dry), kenapa ia penting untuk keluarga moden, dan bila masa paling sesuai untuk guna.
Bonus: sekarang tengah promosi sewa beli RM99/sebulan jer. Amat berpatutan untuk washer dryer baru dengan kapasiti besar!
Fungsi Delicate direka khas untuk pakaian yang lebih sensitif seperti kain sutera, pakaian dalam, baju bayi, dan fabrik halus lain. Mesin basuh akan menggunakan putaran yang lebih perlahan dan suhu air yang lebih rendah untuk elakkan kerosakan atau pengecutan kain. KHIND Washer Dryer datang dengan program Delicate automatik supaya anda tak perlu risau tekan setting yang salah.
Menariknya, fungsi ini bukan sekadar untuk fabrik kain lembut seperti satin semata-mata, ia juga membantu memanjangkan jangka hayat pakaian kegemaran anda. Jika anda biasa basuh baju kerja, tudung mahal, atau jubah yang diperbuat daripada kain lembut seperti viscose atau satin, fungsi Delicate akan jadi penyelamat utama. Tanpa tekanan tinggi atau suhu berlebihan, baju kekal cantik dan tak mudah rosak walaupun dibasuh berulang kali.
Gunakan fungsi ini bila anda basuh baju dengan fabrik lembut atau yang memerlukan penjagaan tambahan (extra gentle care) agar tak mudah rosak. Contohnya: blouse satin, seluar dalam lace, baju kurung moden dari material chiffon, atau baju tidur anak yang nipis. Ini penting terutamanya untuk ibu-ibu yang ada anak kecil, tak perlu risau baju bayi lusuh terlalu cepat.
Selain itu, mode Delicate juga berguna untuk pakaian yang jarang dipakai dan perlu dijaga bentuk atau teksturnya seperti baju raya, kebaya, atau pakaian kerja formal. Bila guna mod ini, geseran antara pakaian pun berkurang, jadi manik tak mudah tanggal, kain tak mudah berbulu, dan potongan baju kekal kemas. Fungsi ini bantu anda jimat kos dalam jangka masa panjang dan tak perlu hantar ke dobi setiap kali nak cuci pakaian istimewa.
KHIND 2 in 1 Washer Dryer ini bukan sekadar dilengkapi dengan Delicate Mode untuk menjaga fabrik halus seperti sutera, lace, dan pakaian kegemaran anda, tetapi juga direka khusus untuk gaya hidup keluarga moden yang mahukan kemudahan penuh basuh & kering serta hasil cucian berkualiti.
Dengan panel sentuh mesra pengguna, semua program cucian tersedia dengan hanya satu sentuhan yang mudah, cepat, dan bebas daripada kerumitan setting manual.
Tambahan pula, kapasiti besar 11kg basuhan dan 7kg pengeringan membolehkan anda mencuci lebih banyak pakaian sekaligus, menjimatkan masa dan tenaga. Walaupun dengan muatan penuh, prestasi cucian tetap harum dan bersih.
Lebih meyakinkan, mesin ini dikuasakan oleh motor BLDC berkuasa tinggi yang tahan lasak, senyap, dan menjimatkan tenaga elektrik. Hasilnya, anda mendapat prestasi cucian konsisten, penjimatan jangka panjang, dan ketenangan fikiran untuk seisi keluarga.
KHIND RTO komited untuk pastikan semua orang boleh menikmati pengalaman sewa beli yang betul-betul hassle-free dan bebas risau dari awal langgan hingga tamat tempoh sewa beli. Dengan setiap langganan, anda bukan sahaja dilindungi oleh KHIND Care Plan yang memberi jaminan servis dan penyelenggaraan percuma, tetapi juga insurans menyeluruh yang merangkumi insurans kebakaran, kecurian, banjir serta kerosakan tanpa sengaja. Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima bekalan kapsul dobi KHIND Premium 5-in-1 untuk 3 tahun tanpa sebarang bayaran tambahan.
Tak perlu pening fikir pasal kos detergen bulanan atau kena bayar ratus ratus kalau mesin basuh rosak sebab KHIND selesaikan semua untuk anda. Baju kekal bersih dan seharum Sakura, hati pun tenang sebab semuanya KHIND settlekan!
KHIND RTO tawarkan pelan sewa beli terbaik untuk rakyat Malaysia. Tanpa kad kredit, tanpa deposit, dan proses yang senang. Anda boleh miliki mesin canggih, termasuk KHIND 2-in-1 Washer Dryer, tanpa perlu keluar ribu-ribu sekaligus. Bila-bila masa rosak, mereka akan repair. Hujan ke, banjir ke, ada insurans. Sesuai sangat untuk keluarga moden yang perlukan solusi ringkas tapi berkualiti.
Promosi tengah jalan, dan inilah peluang paling berbaloi untuk anda. KHIND 2 in 1 Washer Dryer dengan kapasiti besar, fungsi Steam Wash & Delicate, serta perlindungan menyeluruh kini hanya RM99 sebulan (harga asal RM125). Bukan setakat jimat RM26 sebulan, anda juga dapat mesin basuh pengering baru yang lebih moden, lebih canggih, dan mesra poket.
Kalau selama ini anda asyik tangguh nak tukar mesin basuh lama yang makin uzur, jangan tunggu lagi. Inilah masa paling tepat untuk upgrade dan nikmati kemudahan sewa beli terbaik dengan KHIND RTO.
Layari khindrto.com.my sekarang untuk mohon online & miliki washer dryer impian anda hari ini!