Peti ais memang antara kelengkapan dapur yang kita guna setiap hari untuk simpan lauk, minuman, bahan masak, ais krim, dan macam-macam makanan lagi! Tapi ramai tak sedar, walaupun nampak bersih di luar, bahagian dalam peti ais boleh jadi tempat pembiakan bakteria, kulat, dan bau yang kurang menyenangkan kalau tak dijaga.
Kalau anda pengguna KHIND ChillMasterX, berita baiknya, peti ais ni memang dah ada teknologi Ag+ Deodorization & Sterilization yang membantu kekalkan kebersihan dan kesegaran makanan lebih lama. Tapi, penjagaan dan pembersihan secara berkala tetap penting untuk prestasi optimum.
Jom kita tengok panduan lengkap cuci peti ais supaya kekal segar, bersih, dan tahan lama.
Peti ais yang jarang dicuci boleh jadi tempat bakteria membiak, terutamanya dari tumpahan makanan atau bahan yang dah rosak. Selain bau yang kurang menyenangkan, ia juga boleh menjejaskan kualiti makanan lain.
Dengan KHIND ChillMasterX, anda memang dah ada kelebihan Ag+ Sterilisation & Deodorization - teknologi yang membunuh bakteria dan mengurangkan bau secara automatik. Tapi bila anda gabungkan teknologi ini dengan rutin pembersihan yang betul, hasilnya memang tip-top.
Sebelum mula cuci, matikan suis peti ais untuk keselamatan dan jimat tenaga. Keluarkan semua makanan dan periksa satu persatu. Selepas itu, asingkan bahan yang masih elok dan buang yang dah rosak.
Dengan kapasiti besar 466L peti sejuk ChillMasterX, proses keluarkan dan susun makanan sementara pembersihan lebih mudah sebab ada ruang yang luas untuk atur semula bila siap nanti.
Lepas kosongkan peti ais, keluarkan semua rak dan laci. Gunakan air suam dan sabun lembut untuk membersihkannya. Elakkan guna span kasar yang boleh calarkan permukaan.
Rak boleh laras (adjustable racks) peti sejuk ChillMasterX memang memudahkan kerja ni. Lagi mudah dibuka dan dipasang balik mengikut keperluan.
Lap bahagian dalam peti ais dengan kain lembap yang direndam dalam larutan pembersih mesra makanan. Kalau ada kesan kotoran degil, guna campuran baking soda dan air suam untuk gosok perlahan.
Peti sejuk KHIND ChillMasterX dilengkapi Metal 360 Cooling, yang memastikan suhu sejuk sekata di setiap sudut walaupun selepas pembersihan. Jadi, lepas cuci dan hidupkan semula, peti ais akan cepat kembali ke suhu ideal.
Ramai yang lupa bahagian ni, tapi sebenarnya penting. Vents yang kotor boleh menghalang aliran udara sejuk, manakala door seal yang berhabuk atau berkulat boleh buat pintu tak tertutup rapat dan menyebabkan tenaga terbuang dan bil elektrik naik.
Dengan teknologi Dual Inverter, peti sejuk KHIND ChillMasterX memang jimat tenaga, tapi seal pintu yang bersih akan memastikan kecekapan kekal maksimum.
Selain rutin cuci, anda boleh letakkan baking soda atau hirisan lemon untuk neutralize bau. Tapi pengguna KHIND ChillMasterX ada kelebihan besar iaitu Ag+ Deodorization yang bekerja 24/7 untuk kurangkan bau dan kekalkan kesegaran makanan tanpa perlu aksesori tambahan.
Cadangan terbaik: cuci setiap 1–2 bulan sekali, atau sebelum musim perayaan bila stok makanan akan bertambah.
Kalau anda guna Convertible Zone pada KHIND ChillMasterX, lagi mudah sebab anda boleh simpan bahan mentah atau frozen di ruang khas tu sementara bahagian utama dibersihkan, tanpa risau rosakkan makanan.
Sekarang memang masa terbaik untuk upgrade peti ais anda. Dengan peti sejuk KHIND ChillMasterX, anda dapat:
Lebih menarik, bila anda pilih KHIND RTO (Rent-to-Own), anda dapat KHIND Care Plan yang melindungi daripada kebakaran, kecurian, banjir, dan kerosakan tak sengaja. Bukan setakat tu je tau! Untuk 1000 pelanggan pertama, anda akan menerima pelan perlindungan insurans secara percuma - betul betul peace of mind.
Dengan pelan sewa beli yang mampu milik, tak perlu keluar modal besar pun dan anda terus boleh guna peti ais canggih di rumah anda. Jadi, kalau nak peti sejuk yang bukan sahaja cantik tapi berkualiti tinggi, inilah masanya. Jom KHIND RTO hari ini!