Kalau cerita pasal peti sejuk canggih, orang selalu bayangkan peti sejuk besar multidoor, jimat tenaga, design canggih dan moden. Tapi tahu tak, ada satu ciri kecil tapi penting yang boleh buat hidup anda sekeluarga jadi lebih mudah? Jawapannya: water dispenser! Bila-bila masa nak air sejuk, terus tekan je – senang, cepat, tak payah susah-susah simpan berbotol-botol air dalam peti ais.
Itulah yang buat peti sejuk canggih KHIND ChillMaster Side-by-Side lain daripada yang lain. Bukan setakat kapasiti besar 592L, tapi ada sekali built-in water dispenser siap sedia dekat pintu. Best kan?
Jom kita tengok kenapa fungsi ni memang upgrade terbaik untuk rumah anda.

Tak perlu lagi simpan botol besar dalam peti ais atau tunggu air masak sejuk. Dengan water dispenser terus pada pintu sejuk, anda boleh refill botol atau ambil segelas air sejuk bila-bila masa. Anak-anak pun mudah nak ambil sendiri tanpa tumpah merata.
Cuma, kena ingat ya — water dispenser built in tetap perlukan pengisian semula tangki air secara manual. Jadi pastikan untuk top-up air supaya air sejuk sentiasa ready bila anda perlukan.

Kajian tunjuk, bila air senang dicapai, kita memang lebih rajin minum. Logiknya simple, kalau air ada depan mata, confirm tangan pun lagi laju capai gelas. Ini sangat penting untuk kesihatan keluarga. Anak-anak yang cukup air lebih mudah fokus masa belajar dan kurang rasa letih bila buat aktiviti. Ibu ayah pula lebih bertenaga untuk kerja seharian dan settlekan rutin kerja rumah. Tambahan pula, minum air kosong dengan cukup boleh bantu kawal berat badan dan jaga kulit supaya lebih sihat.
Dengan peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side, air sejuk segar sentiasa ada di hujung jari. Tak perlu lagi simpan botol besar atau berebut nak isi bekas. Sekali tekan je, satu keluarga boleh jadikan minum air sebagai sebahagian gaya hidup harian — mudah, cepat, dan tiada alasan lagi untuk skip hydration.
Siapa yang selalu pening sebab rak peti sejuk penuh dengan botol air? Dengan adanya built-in water dispenser di dinding peti sejuk, ruang itu boleh digunakan untuk benda lain yang lebih penting seperti simpan jus buah, susu kotak untuk anak, atau minuman berkarbonat kegemaran keluarga. Tambahan lagi, peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side menawarkan kapasiti besar 592L dengan adjustable racks yang fleksibel, jadi mudah nak susun stok lauk basah, sayur, atau minuman tanpa rasa sempit.
Siri peti sejuk KHIND ChillMaster dilengkapi dengan Dual Inverter dan Metal 360 Cooling. Maksudnya, penyejukan lebih cepat, stabil, dan jimat elektrik. Jadi walaupun ada fungsi tambahan macam water dispenser, bil elektrik masih terkawal. Sesuai untuk anda yang cari peti sejuk jimat tenaga tapi tak kompromi dengan kualiti.
Selain fungsi, design pun penting kan? Warna Inox Black dengan pintu kembar (side-by-side) menjadikan dapur nampak eksklusif, seakan dapur moden dalam rancangan home & living. Fungsi yang canggih seperti convertible zone pula bagi fleksibiliti – boleh guna ikut keperluan, sama ada nak tambah ruang beku atau sejuk.
Untuk beli peti ais besar dan canggih macam ni, memang ramai yang risau bab bajet. Harga ribu-ribu selalunya jadi penghalang utama. Tapi dengan KHIND RTO Rent to Own plan, anda boleh nikmati sewa beli peti sejuk terbaik tanpa perlu bayar mahal sekaligus. Bayar sikit-sikit je, ikut bulan bermula serendah RM99! Lebih mampu milik, lebih mudah rancang kewangan.
Plan ni memang sesuai untuk keluarga muda atau sesiapa yang nak upgrade lifestyle tanpa rasa terbeban. Bayangkan, dengan kos yang mesra poket, anda dah boleh miliki peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side lengkap dengan fungsi water dispenser, kapasiti besar, dan teknologi jimat tenaga — semua dalam satu.
Beli barangan elektrik besar selalu risau kalau rosak kan? Tapi dengan KHIND Care Plan, semua dah cover – dari fire, theft, flood, sampai service & repair. Anda boleh guna peti sejuk dengan tenang sebab tahu ada perlindungan menyeluruh. Ini yang buat sewa beli peti ais KHIND RTO betul-betul berbaloi.
Nak hidup lebih mudah & sihat dengan peti sejuk ada water dispenser?Langgan RTO KHIND ChillMaster Side-by-Side hari ini melalui KHIND RTO sewa beli terbaik – mampu milik, bergaya, dan lengkap dengan perlindungan KHIND Care Plan.