Aircond 5 Bintang Paling Berbaloi: KHIND RTO x Acson dengan Perlindungan Insurans & KHIND Care Plan

Pernah tak rasa rumah panas berbahang walaupun dah pasang kipas atau air cooler? Berita baik! KHIND RTO dan Acson baru sahaja melancarkan KHIND RTO KOOL Series air conditioner iaitu penyaman udara power dari KHIND RTO & Acson yang memang cepat sejuk dan dijamin jimat elektrik dengan energy rating 5 bintang! 

KHIND RTO dan Acson bekerjasama untuk menyediakan pilihan aircond yang lebih mampu milik untuk semua rumah di Malaysia sebab kami faham cuaca kita yang panas memang memerlukan aircond! Sekarang dengan KOOL Series, semua orang boleh memiliki aircond sendiri tanpa rasa terbeban. Dengan tagline “Sejuk Syiok, Semua Settle”, KOOL Series direka khas untuk rumah yang sejuk dan nyaman, bil elektrik lebih jimat, serta semua kerisauan tentang maintenance & kerosakan selesai sebab semuanya dah disekalikan dengan pelan sewa beli KHIND RTO. Jadi, jom lengkapkan rumah anda dengan penyaman udara jimat elektrik ini melalui sewa beli KHIND RTO. Sekarang ada promosi special potongan 50% untuk 3 bulan siap 2x lucky draw dan peluang untuk menang Proton e.Mas 5! Boleh sewa beli dengan serendah RM 53* sebulan je! Aircond akan dipasang dalam tempoh lima hari selepas penerimaan order dan semuanya akan diuruskan oleh pasukan technician professional Acson tau!

*Untuk 3 bulan pertama sahaja tertakluk terma & syarat

Kenapa Pilih Aircond KHIND RTO & Acson KOOL Series?

Aircond KHIND RTO & Acson KOOL Series datang dengan 3 pilihan kuasa: 1.0 HP, 1.5 HP, dan 2.0 HP, jadi anda boleh pilih mengikut kesesuaian saiz bilik atau rumah. Tak kira bilik master, bilik anak-anak, atau ruang tamu, ada pilihan yang sesuai untuk semua.

Aircond ini bukan setakat sejuk, tapi berkualiti dan tahan lama. Pemasangan pun akan dilakukan dengan sempurna dalam tempoh 5 hari sahaja daripada penerimaan order oleh team technician Acson sendiri. Dengan rekaan moden dan rating penjimatan tenaga 5 bintang, ia sesuai untuk keluarga yang mahukan rumah nyaman selesa tanpa risau bil elektrik melambung. 

Kalau anda sedang mencari aircond yang betul-betul berbaloi, KOOL Series memang antara pilihan terbaik. Dengan gabungan teknologi inverter yang jimat tenaga, penapis Filtronz yang canggih, serta perlindungan menyeluruh melalui KHIND Care Plan dan insurans, KOOL Series oleh KHIND RTO & Acson memberikan ketenangan dan prestasi yang memang boleh dipercayai.

Penjimatan Tenaga 5 Bintang — Aircond Jimat Bil Elektrik!

Bila sebut aircond, ramai risau bil elektrik naik mendadak. Jangan risau! Aircond KHIND KOOL Series dilengkapi 5-Star energy rating (MEPS 5-Star) dan inverter compressor technology. Maksudnya? Penyejukan tetap konsisten tapi penggunaan elektrik jauh lebih rendah berbanding aircond biasa. Selain jimat elektrik, bunyi getaran pun rendah, jadi anak-anak boleh tidur nyenyak tanpa gangguan bunyi aircond. 

Untuk yang mencari aircond murah tapi jimat tenaga, KOOL Series memang menang besar. Tak perlu pilih antara harga mampu milik dan kualiti aircond terbaik – dengan pelan sewa beli KHIND RTO, semua tersedia dalam penghawa dingin KOOL series.

Filtronz⁺: Perlindungan Udara Bersih untuk Keluarga

Selain sejuk, udara rumah pun kena bersih. Lagi-lagi kalau ada anak kecil atau ahli keluarga yang sensitif dengan habuk dan mudah dijangkiti kuman. Penyaman udara KOOL Series dilengkapi Filtronz⁺ filter dengan silver ion / Ag⁺ yang membantu hapuskan sehingga 99.9% virus, bacteria, dan fungus dalam udara. Bila udara bersih dan sejuk, keluarga pun lebih sihat dan rumah lebih selesa. Tak perlu lagi risau pasal debu, bau hapak, atau mikroorganisma yang boleh ganggu kesihatan. Kalau nak aircond yang mampu milik tapi lengkap dengan features premium, KOOL Series memang win-win.

Ultra PCB Protection: Tahan Lama & Reliable

Sesetengah kawasan di Malaysia memang kerap alami masalah voltan elektrik yang tak stabil—kadang-kadang naik turun bila hujan lebat atau ribut terutamanya di kawasan kampung yang bekalan elektriknya kurang konsisten. Dalam keadaan macam ni, peralatan elektrik mudah rosak kalau tiada perlindungan yang betul.

Sebab itulah fungsi Ultra PCB dalam KOOL Series sangat penting.

Apa itu Ultra PCB?
Ia adalah papan litar (circuit board) khas dalam aircond yang direka untuk menahan kejutan voltan dan melindungi komponen elektronik daripada kerosakan. Senang cerita, kalau voltan tiba-tiba naik, turun, atau terputus secara mengejut, Ultra PCB bertindak sebagai ‘perisai’ supaya aircond tak rosak.

Dengan Ultra PCB, aircond KOOL Series lebih tahan lama, kurang risiko motherboard terbakar, dan anda tak perlu risau tentang kos repair yang mahal sebab semuanya dah covered dalam KHIND Care Plan. Rumah kekal sejuk, aircond lebih tahan, dan anda pun lebih tenang.

Blue Fin Anti-Hakisan: Pelindung Hebat Untuk Kondensor Aircond KOOL Series

Dalam cuaca Malaysia yang panas, lembap, berdebu, atau hujan lebat, komponen luar penyaman udara mudah terdedah kepada karat dan kerosakan akibat lembapan serta perubahan cuaca. Itu sebabnya teknologi Blue Fin pada kondensor aircond sangat penting. 

Apa itu Blue Fin?

Blue Fin ialah salutan pelindung epoxy (coating) berwarna biru yang dilapiskan pada sirip kondensor (condenser coils/fins). Salutan ini bersifat hydrophilic (tahan kelembapan) dan menolak air, garam, serta bahan korosif dalam udara supaya tak melekat pada logam kondensor.

Mengapa Blue Fin ini penting untuk aircond?

  • Cuaca kita sering lembap dan hujan — Blue Fin menolak air dan bersifat water repellant, jadi titisan hujan atau embun tak melekat dan menyebabkan karat.

  • Bila kondensor bersifat anti-karat, perkakas (paip, sambungan, coil) tak mudah bocor atau rosak — jadi aircond tahan lebih lama.

  • Udara lembap plus habuk atau garam (terutama di kawasan berdekatan pantai) boleh mempercepatkan pengaratan (corrosion) — Blue Fin bantu menghalang habuk, garam dan kotoran semula jadi dari masuk ke dalam sistem kompresor.

Dengan Blue Fin anti-karat dan anti-hakisan, penyaman udara KOOL Series bukan biasa-biasa — ini aircond yang dibina untuk tahan cuaca Malaysia! Bukan hanya sejukkan rumah dengan cepat, tapi tahan lasak walau berdepan panas terik, hujan lebat, ribut petir, atau kelembapan tinggi.

Blue Fin melindungi kondensor daripada karat dan kerosakan, memastikan aircond anda kekal sejuk, konsisten, dan tahan lama. Inilah kelebihan sebenar KOOL Series oleh KHIND RTO x Acson penyejukan power yang boleh diharap, setiap hari, dalam apa jua cuaca!

Mampu Milik dengan Sewa Beli Bermula RM105/Bulan

Yang paling best, semua kelebihan ni boleh dapat dengan sewa beli bermula dari RM105/bulan sahaja. Plan KHIND RTO fleksibel dan sesuai untuk semua keluarga. Tak perlu risau upfront cost tinggi atau loan susah lulus – semua mudah dan cepat. Aircond pun akan dipasang dalam tempoh 5 hari sahaja selepas order diterima oleh pasukan technician profesional Acson sendiri.

Dengan plan ni, rumah sejuk, kualiti aircond mantap, keluarga selesa, tapi kos masih mampu milik. Memang pilihan paling berbaloi untuk keluarga Malaysia yang nak aircond mesra poket tapi berkualiti.

Dan yang paling best, sehingga 31 Mac ini KHIND ada jalankan promosi potongan 50% off untuk 3 bulan dan kempen sewa beli & menang jadi anda berpeluang 2x entry untuk memenangi Proton e.Mas 5 serta pelbagai hadiah menarik seperti HABIB gold bar dan motor baru Honda! Untuk 3 bulan pertama, bayaran sewa beli aircond hanyalah RM 53 sahaja!

KHIND Care Plan & Servis Acson Certified

Beli aircond tanpa servis & maintenance memang risky. Dengan KHIND Care Plan, semua servis dan repair ditangani oleh Acson-certified technicians. Jadi tak perlu pening kepala kalau aircond ada masalah.

Segala maintenance termasuk dalam plan, dan servis pantas & professional – memang hassle-free. Anda boleh fokus pada keluarga dan rumah, tanpa perlu risau tentang aircond. KHIND Care Plan memang direka untuk pastikan setiap unit KOOL Series dijaga dengan baik, jadi cooling tetap konsisten.

Insurans Komprehensif — Perlindungan Extra untuk Keluarga

Selain cooling power & servis, aircond KOOL Series datang dengan insurans komprehensif. Cover termasuk fire, theft, flood, dan 1:1 replacement, untuk peace of mind sepenuhnya.

Kalau berlaku kejadian tak dijangka, rumah & aircond selamat. Keluarga boleh terus enjoy rumah sejuk tanpa stress tambahan. Ini memang value tambahan yang jarang ditawarkan oleh aircond lain.

Dapatkan Sekarang — Jangan Tunggu Lagi!

Kalau nak rumah sejuk, jimat elektrik, udara bersih, servis & insurance full coverage, KHIND KOOL Series aircond memang pilihan paling berbaloi. Sewa beli bermula RM105/bulan (diskaun hebat 50% off 3 bulan sehingga 31 Mac 2026 sahaja! 3 bulan hanya bayar RM53 jer setiap bulan tau), lengkap dengan KHIND Care Plan & insurans komprehensif. Sesuai untuk semua keluarga yang nak rumah sejuk, selesa & worry-free.