Comforter atau selimut tebal memang best bila dipakai waktu malam terutamanya bila cuaca hujan. Tapi bila tiba masa nak basuh, semua orang mula pening kepala. Jemur biasa kat ampaian ambil masa berhari-hari nak kering, tambah pula kalau musim hujan, atau jemur indoor sebab tiada balkoni, risiko bau hapak dan kulat memang tinggi. Nasib baik sekarang ada teknologi moden macam 2 in 1 Washer Dryer KHIND yang boleh memudahkan kerja kita.
Dalam artikel ini, KHIND nak kongsikan cara betul untuk keringkan comforter besar dalam dryer supaya kekal bersih, wangi, dan tahan lama.
Comforter diperbuat daripada lapisan tebal yang ada isi kapas, fiber, atau bulu sintetik. Bila dijemur, bahagian luar mungkin nampak kering, tapi dalamnya masih lembap. Lagi parah kalau cuaca Malaysia yang tak menentu sebab pagi panas, petang hujan. Inilah yang menyebabkan bau hapak, bakteria, malah boleh menyebabkan alahan untuk anak-anak.
Dengan dryer moden, airflow panas diagihkan sekata, jadi comforter betul-betul kering hingga ke bahagian dalam. Tak ada lagi isu lembap tersembunyi yang bahaya untuk kesihatan.
Jawapannya: boleh sangat! Asalkan ikut cara yang betul. Dengan kapasiti 11kg basuhan & 7kg pengeringan, KHIND 2-in-1 Washer Dryer WD1468 memang sesuai untuk handle comforter besar, termasuk saiz queen atau king. Tak payah lagi pening nak angkat comforter berat ke dobi atau jemur berhari-hari dekat ampaian.
Lebih best, bila guna washer dryer berkapasiti besar macam KHIND 2 in 1 washer dryer ni, comforter anda kering sekata dan terjaga fabriknya. Tak ada lagi bau hapak sebab cuaca lembap, atau risau comforter tak cukup kering bila nak digunakan. Ringkasnya, dengan washer dryer kapasiti besar ni, kerja rumah jadi lebih senang, cepat, dan mudah untuk seisi keluarga.

Sebelum terus masuk dryer, semak dulu care label pada comforter. Ada yang hanya sesuai dry clean, ada yang boleh masuk mesin. Fabrik seperti polyester biasanya selamat, tapi bulu angsa mungkin perlukan penjagaan khas.
KHIND 2 in 1 Washer Dryer ada 18 preset program ikut jenis kain, jadi anda tak perlu risau salah pilih. Tekan je mode yang sesuai, mesin akan uruskan suhu dan masa basuhan untuk hasil optimum.
Jangan terus set suhu paling tinggi. Comforter lebih sesuai dikeringkan pada medium heat supaya lapisan dalam kering sempurna tanpa merosakkan tekstur.
Lebih mudah lagi, KHIND Washer Dryer dilengkapi teknologi sensor automatik yang kesan kelembapan fabrik. Bila cukup kering, mesin akan berhenti sendiri—tak ada risiko overdry yang boleh buat comforter jadi keras atau mengecut.
Satu load, satu comforter. Jangan sumbat sekali dengan baju lain. Bila overload, aliran udara terganggu, jadi comforter tak kering sekata dan risiko berketul.
Dengan kapasiti besar 11kg basuh & 7kg kering, washer dryer KHIND memang ngam untuk muatkan comforter saiz queen atau king. Anda tak perlu ulang dryer banyak kali—sekali jalan, settle.

Ini tip simple tapi sangat berkesan. Bila anda masukkan dryer balls atau 2–3 helai tuala kecil bersama comforter, ia sebenarnya berfungsi untuk “pecahkan” lapisan comforter yang tebal. Comforter biasanya mudah melekat sesama sendiri bila kering dalam mesin, jadi airflow tak dapat menembusi semua bahagian dengan baik.
Dengan adanya dryer balls atau tuala kecil ni, comforter akan sentiasa bergerak lebih bebas dalam drum. Hasilnya, udara panas dapat beredar sekata, comforter kering lebih cepat, dan paling penting—jadi gebu secara semula jadi macam baru beli. Tak ada lagi isu comforter keluar mesin dalam keadaan berketul atau ada bahagian lembap. Bonusnya, kalau guna dryer balls, ia juga bantu kurangkan statik elektrik pada kain, jadi comforter lebih selesa dipakai.
Comforter yang nampak kering luar tapi lembap dalam sangat berisiko untuk berkulat. Jangan terus lipat & simpan. Pastikan comforter betul-betul kering hingga ke lapisan tengah.
Untuk memastikan cucian anda betul betul bersih dan bebas bakteria atau kuman berisiko, gunakan fungsi Steam Wash yang ada pada KHIND 2 in 1 Washer Dryer! Fungsi pintar ini membantu hilangkan bakteria, debu, dan bau hapak sekali gus, jadi comforter bukan sahaja kering tapi juga lebih hygienic untuk seluruh keluarga.
Comforter bukan sekadar selimut, ia sebahagian daripada keselesaan anda setiap malam. Dengan penjagaan yang betul dan teknologi moden dari KHIND 2-in-1 Washer Dryer, anda boleh pastikan comforter sentiasa kering, bersih, dan tahan lama tanpa perlu risau cuaca hujan atau tunggu berhari-hari untuk jemur.
KHIND faham tak semua orang mampu bayar ribu-ribu sekali gus untuk mesin premium, sebab itulah ada KHIND RTO (Rent-To-Own). Deposit hanya RM1, tanpa kad kredit atau penjamin, dan ansuran bulanan serendah RM99 sahaja. Lagi best, setiap langganan datang dengan KHIND Care Plan yang merangkumi servis & repair percuma serta insurans menyeluruh (banjir, kebakaran, kecurian, kerosakan tanpa sengaja). Dengan pelan sewa beli terbaik ini, setiap keluarga boleh upgrade lifestyle mereka dan nikmati kemudahan washer dryer berkualiti tinggi dengan cara paling mampu milik.
Jadi tunggu apa lagi? Jom RTO washer dryer canggih KHIND RTO hari ini & tingkatkan kualiti hidup keluarga anda!