Jenama Tempatan, Hati Rakyat – Nostalgia KHIND & Cerita Di Sebalik KHIND RTO

Kalau kita imbau balik detik-detik membesar di rumah mak, kipas berpusing di ruang tamu, periuk nasi elektrik berasap dengan harumnya bau nasi baru masak, bunyi mesin basuh berputar di dapur, besar kemungkinan salah satu peralatan itu ada logo KHIND.

Jenama ini bukan asing. Ia sebahagian daripada memori kolektif rakyat Malaysia. Tapi tahukah anda, di sebalik jenama yang dah sebati dengan hidup kita, ada sebuah kisah penuh inspirasi yang bermula dari sebuah kedai kecil di Sekinchan, hingga kini muncul dengan inovasi baru iaitu KHIND RTO. Untuk menyemarakkan semangat pada bulan kemerdekaan ini, blog kali ini menceritakan tentang kisah nostalgia KHIND dan bagaimana KHIND serta KHIND RTO mendapat tempat di hati rakyat.  

Dari Bengkel Kecil di Sekinchan ke Nama Global

Kisah KHIND bermula pada tahun 1961. Ketika negara masih muda dan baru sahaja memperoleh kemerdekaan, seorang anak tempatan bernama Cheng King Fa membuka bengkel kecil di Sekinchan. Modalnya sederhana sahaja, hanya sebuah meja kerja, beberapa alat, dan semangat nak bantu orang kampung baiki peralatan elektrik.

Lama-kelamaan, dari hanya membaiki, beliau mula menghasilkan sendiri komponen elektrik. Barang yang dibuat tangan itu mula mendapat sambutan, dan tak lama kemudian perniagaannya berkembang. Bila anak beliau, Cheng Ping Keat, menyertai syarikat pada tahun 1980-an, nama baru dilahirkan: KHIND.

Nama ini mudah, ringkas, tapi penuh makna. KHIND adalah lambang kesinambungan dari sebuah impian kecil yang berkembang menjadi besar. Dari situ, KHIND mula melangkah lebih jauh dengan membina kilang, menghasilkan produk sendiri, dan mula menembusi pasaran antarabangsa.

Nostalgia Bersama KHIND

Kalau tanya generasi ibu bapa kita, ramai boleh ingat peralatan KHIND pertama di rumah mereka. Ada yang kata, “Kipas KHIND ni lah teman setia masa study dulu.” Ada juga yang masih guna periuk nasi KHIND lama sampai sekarang – masih elok, masih berfungsi.

Itulah keistimewaan KHIND. Ia bukan sekadar jenama, tapi sebahagian daripada nostalgia rumah Malaysia. Dari suasana raya dengan dapur yang dilengkapi peralatan KHIND, hingga ke bunyi kipas berputar di bilik tidur, KHIND bersama dalam memori kita.

Satu Jenama, Satu Misi

Sejak enam dekad lalu, banyak yang berubah. Tapi satu perkara yang kekal utuh ialah janji KHIND: nak terus jadi pilihan nombor satu di hati rakyat, dari generasi ke generasi. KHIND RTO percaya bahawa setiap keluarga berhak menikmati kehidupan yang lebih mudah, selesa dan bahagia. Sebab itulah kami sediakan pelan sewa beli yang mesra poket supaya semua orang boleh miliki peralatan rumah berkualiti tanpa rasa terbeban. Dengan KHIND RTO, anda bebas fokus pada perkara yang paling penting: menikmati masa masa indah bersama keluarga. Dengan KHIND RTO, hanya RM1 deposit diperlukan dan permohonan boleh dilakukan dengan menggunakan IC sahaja! Mudah kan?

Sebab itulah slogan KHIND adalah “Experience More”, dan KHIND RTO pula menggunakan slogan “Senang Jer, Semua Settle!”. Bukan sekadar kata-kata, mesej ini benar-benar dicerminkan dalam semua produk dan harga yang ditawarkan oleh KHIND.  

KHIND RTO: Solusi Peralatan Elektrik Mampu Milik Zaman Kini

Pada akhir tahun 2024, KHIND sekali lagi buktikan kenapa ia dekat dengan hati rakyat. Dalam keadaan kos sara hidup makin tinggi, ramai rasa terbeban nak beli peralatan besar macam mesin basuh atau peti sejuk.

KHIND memperkenalkan KHIND RTO (Rent-To-Own) iaitu cara mudah sewa beli barangan elektrik premium dengan bayaran bulanan mampu milik dan tanpa kad kredit. Semua diurus terus dengan KHIND, tak perlu orang tengah, tak perlu penjamin.

Produk yang ditawarkan pun semua berteknologi canggih dan berkualiti premium. Melalui KHIND RTO, anda boleh memiliki:

KHIND RTO lahir daripada falsafah mudah: “Peralatan asas sepatutnya bukan kemewahan, tapi keperluan semua keluarga.”

KHIND & Semangat Merdeka

Kalau kita fikir balik, cerita KHIND ini sangat dekat dengan jiwa Merdeka. Ia bermula dari kecil dan melalui perjalanan yang penuh cabaran, tapi dengan kerja keras, inovasi dan keikhlasan, ia membesar jadi sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia.

Hari ini, walaupun kita hidup dalam rumah moden dengan teknologi serba canggih, KHIND tetap ada dan setia menemani kita. Bezanya, kini ia hadir dengan solusi lebih kreatif, seperti KHIND RTO, untuk pastikan semua keluarga di Malaysia boleh menikmati kemudahan kelengkapan elektrik tanpa terbeban dengan kos kewangan.

Dan begitulah, sama seperti negara kita yang membangun sejak 1957, KHIND juga membesar bersama rakyat. Dari sawah padi Sekinchan ke bandar-bandar besar, dari kampung ke rumah moden, KHIND kekal jenama tempatan di hati rakyat.

Bila tibanya bulan Merdeka ni, cuba pandang sekeliling rumah kita dan perhatikan, kipas masih setia berpusing, peti ais penuh dengan makanan, dan mesin basuh tak pernah berhenti berkhidmat. Di situlah kita sedar, dari dulu sampai sekarang, KHIND memang setia menjadi sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia.