Pakaian Tercemar Pewarna? Guna Fungsi Hot Wash KHIND Washer Dryer!

Pernah tak jadi macam ni: semua baju dah siap basuh, tinggal nak sidai… tapi bila tengok, baju putih dah bertukar warna merah jambu sebab satu baju gelap turun warna? Memang stress! 


Kalau terus buang pun sayang, lagi lagi kalau baju yang terkena adalah baju yang kerap dipakai seperti uniform sekolah anak atau baju kerja. Tapi jangan risau, baju yang terkena warna luntur masih boleh diselamatkan. Dalam blog ini, KHIND  kongsikan langkah demi langkah cara untuk hilangkan kesan warna luntur dengan mudah, dan macam mana KHIND 2-in-1 Washer Dryer boleh jadi penyelamat utama dalam rutin cucian keluarga.

Bila Warna Baju “Menurun” Dalam Mesin: Panik Tapi Masih Boleh Diselamatkan!

Kejadian warna luntur ni memang boleh buat kita hilang mood terus. Kadang-kadang baju baru terutamanya yang warna terang macam merah, biru tua atau hitam, akan masih menurun warna bila direndam lama atau direndam di dalam suhu air yang terlalu panas.

Tapi berita baiknya, kalau bertindak cepat, kebanyakan kesan warna ni boleh hilang. Rahsianya cuma perlu sabar sikit dan ikut langkah yang betul (tips tambahan: guna mesin yang ada fungsi Hot Wash seperti  KHIND 2-in-1 Washer Dryer  memang membantu banyak).

Kenapa Warna Baju Boleh Luntur Semasa Mencuci?

Bila kilang hasilkan fabrik, pewarna tekstil tu sebenarnya diserap masuk ke dalam serat kain. Tapi tak semua jenis warna “melekat” sempurna. Jadi bila kita basuh, terutamanya baju baru, dengan air panas atau detergen yang banyak, warna boleh terlarut dan pindah ke kain lain.

Faktor lain termasuk:

  • Campur baju baru warna gelap dengan baju cerah dan baju putih
  • Rendam terlalu lama
  • Guna air terlalu panas tanpa kawalan suhu

Walaupun KHIND 2-in-1 Washer Dryer dilengkapi dengan fungsi Hot Wash dan Steam Wash untuk cucian lebih bersih dan mendalam, pengguna masih disarankan untuk asingkan pakaian gelap dan cerah bagi mengurangkan risiko warna luntur atau terkena kesan warna.

Langkah 1 – Asingkan Baju Yang Terkena Warna

Langkah paling penting: jangan biarkan baju yang luntur bersama dengan baju-baju lain yang baru siap dibasuh! Asingkan segera baju tersebut untuk diselamatkan. Lagi lama dibiarkan, lagi kuat warna tu “melekat” dalam serat kain.


Kalau sempat, bilas dulu bahagian yang terkena warna dengan air sejuk. Air sejuk bantu hentikan proses serapan warna pada kain lain.

Langkah 2 – Rendam Dalam Air Suam + Cuka Putih atau Garam

Ini adalah petua lama tapi masih berkesan!

Isi air suam dalam baldi, tambah satu sudu besar cuka putih atau garam, dan rendam baju yang terkena warna selama 30–60 minit. Cuka dan garam bertindak sebagai agen semula jadi untuk tarik keluar warna yang tak diingini.
Kalau nak lagi cepat, boleh tambah sedikit detergen lembut. Tapi jangan guna air terlalu panas sebab ia boleh “kunci” warna kekal di kain.

Selepas rendaman, teruskan dengan cucian Hot Wash untuk pembersihan mendalam. Inilah masa   KHIND 2-in-1 Washer Dryer   tunjuk kehebatannya.

Langkah 3 – Gunakan Fungsi Hot Wash Untuk Cucian Mendalam

Fungsi Hot Wash hingga 90°C pada  KHIND 2-in-1 Washer Dryer   memang direka untuk situasi macam ni. Suhu air panas membantu hilangkan sisa pewarna dan kotoran degil tanpa merosakkan kain.

Bukan itu saja — mesin ni dilengkapi Dual Inverter Motor yang senyap, tahan lama dan jimat tenaga, jadi anda boleh guna mod cucian air panas tanpa risau bil elektrik naik mendadak.

Cucian lebih bersih, fabrik pun tetap kekal lembut.

💡 Tip: Pilih program “Heavy” untuk kain tebal atau baju cotton, dan “Mixed” untuk baju campuran cotton dan kain synthetic (seperti microfibre) supaya warna asal tak pudar.

Langkah 4 – Gunakan Steam Wash Untuk Pulihkan Warna Kain 

Lepas kesan warna dah hilang, guna pula fungsi Steam Wash pada  KHIND 2-in-1 Washer Dryer anda.  Steam bukan sahaja bantu menyahkuman kain dari bakteria dan bau, tapi juga longgarkan serat supaya kain baju anda nampak lebih fresh, macam baru beli! Lepas cucian dengan Steam Wash, biasanya baju tak perlu digosok banyak pun sebab kedut pun sangat minimal dan anda hanya perlu kebas beberapa kali dan gantung baju tersebut.

Fungsi Steam Wash memang memudahkan untuk keluarga yang sibuk serta amat berguna untuk anda yang ada anak kecil atau ahli keluarga yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Cara Elak Warna Luntur Di Masa Akan Datang

Lepas dah berjaya selamatkan baju, kena tahu juga cara nak cegah tragedi sama berulang.Ini adalah beberapa langkah mudah:

  • Asingkan baju baru yang berwarna terang dan berpotensi menurun untuk beberapa cucian pertama
  • Gunakan air sejuk atau suam (bukan panas mendidih)
  • Jangan rendam terlalu lama
  • Gunakan detergen lembut (seperti KHIND 5 in 1 Premium Laundry Capsules yang anda dapat sekali untuk 3 tahun dengan langganan RTO   KHIND 2-in-1 Washer Dryer)
  • Guna preset cucian “Mixed” pada   KHIND 2-in-1 Washer Dryer  

KHIND 2-in-1 Washer Dryer  datang dengan 18 preset program termasuk Baby Care dan Antibacterial, jadi setiap jenis kain ada preset cucian tersendiri mengikut keperluan. Tak perlu fikir banyak, tekan je pilihan sesuai, tunggu dan siap!

Tak Perlu Bayar Banyak Upfront Untuk Miliki Washer Dryer, Pilih Pelan Sewa Beli KHIND RTO

Nak miliki washer dryer terbaik tak semestinya mahal. Dengan pelan Sewa Beli KHIND RTO (Rent-to-Own), anda boleh bawa balik mesin washer dryer berkualiti mampu milik tanpa bayaran upfront besar. Anda hanya perlu bayar bulan-bulan serendah RM 99/bulan untuk 6 bulan pertama, dan RM 125/bulan hingga tamat tempoh sewa beli 36 bulan. Tamat tempoh sewa beli, washer dryer tetap menjadi milik anda untuk digunakan seluruh keluarga.


Lagi best, pelan ini disertakan dengan KHIND Care Plan dan insurans komprehensif yang lengkap meliputi khidmat troubleshooting, sokongan mesin, serta pembaikan percuma sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal. Bukan itu sahaja, insurans KHIND turut memberi perlindungan 1:1 sekiranya berlaku kecurian, banjir, kerosakan tanpa sengaja, atau kebakaran. Jadi, anda memang tak perlu risau langsung nak cari tukang baiki semuanya KHIND uruskan untuk anda - senang jer, semua settle!

Jangan Biarkan Baju Kegemaran Rosak Sebab Warna Luntur!

Kalau baju dah terkena warna, jangan terus putus asa. Ikut langkah mudah ni dan biar KHIND 2-in-1 Washer Dryer bantu selamatkan pakaian anda dengan fungsi Hot Wash + Steam Wash yang hebat.

Nak senang hati tanpa pening kepala bab bajet?
Pilih Sewa Beli KHIND RTO, nikmati kualiti dan ketenangan yang berbaloi untuk seisi keluarga.