Musim hujan dah datang balik, kan? KL sekarang hampir setiap petang hujan. Kadang ribut, kadang renyai… tapi satu benda yang confirm bila tiba musim ‘winter’ kita ni, baju memang tak kering!
Kalau rumah jenis apartment, ruang nak jemur pun dah terhad. Tingkap tutup sebab tempias hujan, kipas pun tak cukup kuat nak keringkan. Keadaan rumah terkuap tanpa pengudaraan dan ventilasi. Akhirnya, satu rumah bau tak sedap. Nak pakai baju pun rasa kain tu masih lembap dan yang tak best, bau hapak!
Ramai yang dah give up, ada yang dah park ampai baju dalam ruang tamu, depan TV pun jadi. Tapi ada satu cara nak selesaikan semua ni tanpa pening kepala. Nak tahu apa dia?

Dengan KHIND DryMaster Heat Pump Dryer, anda boleh keringkan baju dalam masa kurang daripada 1 jam! Pagi basuh, tengah hari dah boleh pakai. Tak perlu risau lagi kalau tiba-tiba hujan turun atau cuaca mendung sepanjang minggu. Anda hanya perlu masukkan baju ke dalam dryer lepas cycle mesin basuh tamat, dan biar dryer buat kerjanya.
Teknologi Dual Sensor dalam mesin pengering KHIND DryMaster ini bijak mengesan tahap kelembapan pakaian dan dryer akan berhenti sendiri secara automatik bila baju dah cukup kering. Tak buang elektrik, tak overheat, dan yang paling penting, jimat masa. Tak perlu tunggu panas matahari, tak perlu on kipas 24 jam dalam ruang tamu. Untuk ibu bapa yang sibuk sentiasa mencari rezeki, ini memang dryer terbaik yang boleh dianggap penyelamat. Tak ada lagi drama “Mak, baju sekolah tak kering!” atau bau hapak yang tak menyenangkan sebab jemur dalam rumah. Dengan KHIND DryMaster Heat Pump Dryer, semua konfem kering, cepat dan menjadikan rutin harian keluarga lebih tenang dan teratur walaupun musim hujan panjang.

Ramai orang fikir dryer semua sama. Tapi heat pump dryer ni lain sikit sebab dia guna teknologi moden yang jimat tenaga dan lembut pada kain.
Paling best, teknologi Heat Pump yang digunakan dalam KHIND DryMaster ni bukan biasa-biasa. Ia direka khas untuk mengitar semula haba panas semasa proses pengeringan. Ini bermaksud tenaga yang digunakan diguna semula berulang kali, bukan dibazirkan keluar macam dryer konvensional. Dryer biasa (terutama yang jenis vented atau condenser) akan hasilkan haba tinggi secara berterusan dan lepaskan ke udara luar. Tapi dengan Heat Pump, udara panas dikitar balik untuk mengekalkan suhu optimum, sambil memastikan pakaian kering sempurna dan tidak rosak.
Apakah hasilnya bila gunakan sistem heat pump ni? Jimat elektrik hingga 50%* berbanding dryer biasa! Kalau sebelum ni risau bil naik melambung bila guna dryer setiap minggu, kini tak perlu risau lagi. KHIND DryMaster bekerja dengan tenaga rendah tetapi hasil kering tetap sempurna jadi anda boleh keringkan baju sekolah, cadar, atau tuala tebal sekalipun tanpa rasa bersalah bila tengok bil hujung bulan.
Selain itu, suhu pengeringan yang lebih rendah menjadikan ia lebih mesra fabrik dan lebih selamat untuk kegunaan harian keluarga. Baju tak cepat lusuh, warna tak cepat pudar, dan paling penting, anda dapat penjimatan jangka panjang dari segi masa, tenaga, dan kos elektrik.
Nak jimat masa, tenaga, dan duit? KHIND DryMaster Heat Pump Dryer memang pilihan paling bijak untuk keluarga moden hari ini.

Sebab dia besar, pintar, semua orang mampu milik dan tahan lama. DryMaster datang dengan:
Nak gosok pun senang. Kain tak keras, tak berbau hapak. Memang puas hati.
Ramai yang ingat dryer ni mahal. Tapi sebenarnya, dengan KHIND RTO, semua orang boleh ada dryer sendiri!
Bayar serendah RM105 sebulan, tak perlu kad kredit pun. Lepas habis tempoh bayaran, dryer terbaik ini terus jadi milik anda.
Ini sebab ramai keluarga Malaysia suka pelan sewa beli KHIND RTO sebab proses permohonan mudah, bayaran bulanan pun rendah dan mampu milik. Dengan KHIND RTO, semua rakyat Malaysia boleh nikmati kualiti premium tanpa beban kewangan yang besar.
Lagi satu sebab kenapa ramai yakin beli dengan KHIND RTO, sebab servis dia memang tip top.
Setiap produk KHIND RTO dilindungi dengan KHIND Care Plan, termasuk:
✅ Perlindungan kerosakan tanpa sengaja
✅ Perlindungan dari kebakaran, banjir, dan kecurian
✅ Servis & pembaikan percuma sepanjang tempoh pelan
Maknanya, tak ada risiko, tak ada caj tambahan. KHIND jaga dari A sampai Z.
Hujan tak akan berhenti… tapi rutin mencuci anda boleh berubah.
Dengan KHIND DryMaster Heat Pump Dryer, tak ada lagi stres baju tak kering atau bau hapak sebab jemur dalam rumah. Hidup jadi lebih senang, lebih cepat, dan lebih teratur.
Mulakan langkah pertama hari ini! Sewa beli KHIND DryMaster serendah RM105/bulan dan rasai sendiri perbezaannya. Jom KHIND RTO sekarang!