Fahami Fungsi Program Basuhan: Tips Penggunaan Washer Dryer KHIND

Ramai antara kita yang hanya guna satu atau dua program basuhan setiap kali mencuci, tanpa sedar mesin basuh moden seperti KHIND 2 in 1 Washer Dryer sebenarnya mempunyai banyak preset program berguna yang boleh memudahkan hidup seharian, jimat masa dan hasilkan cucian yang lebih bersih. Artikel ini akan bantu anda fahami fungsi-fungsi utama yang tersedia pada model KHIND RTO 2 in 1 Washer Dryer WD1468 supaya anda boleh maksimumkan penggunaannya, di samping berkongsi tentang pelan sewa beli terbaik dengan pelbagai faedah menarik untuk seisi keluarga.

Kenapa Penting Untuk Fahami Program Basuhan Mesin Basuh Anda?

Dengan 18 program cucian yang tersedia, washer dryer KHIND bukan sekadar mesin biasa. Bila anda tahu apa fungsi setiap mod, anda boleh pilih program yang paling sesuai dengan jenis pakaian, keperluan harian, dan juga masa yang anda ada. Tak semua pakaian boleh tahan dengan cucian & spin yang kuat, dan tak semua boleh dicuci secara biasa. Jadi, dengan pemahaman yang betul, anda boleh jaga pakaian anda dengan lebih lama dan jimat banyak dalam jangka panjang.

Washer Dryer 2-in-1 KHIND dilengkapi 18 mod iaitu: 

  1. Eco 40-60
  2. Quick 15
  3. 1 Hour Wash & Dry
  4. Mixed
  5. Turbo Wash
  6. Heavy
  7. Dry
  8. Spin
  9. Tub Clean
  10. 20 C
  11. Wool
  12. Silk
  13. Baby Care
  14. Delicates
  15. Air Wash
  16. Antibacterial
  17. Steam Wash
  18. Hot Wash

Jadi harini jom kita kenali pasal beberapa program istimewa yang buat mesin basuh pengering KHIND ini memang power gila. Biar kami tunjuk dan terangkan fungsi-fungsi ni satu-satu supaya lepas ni, anda boleh guna dengan lebih yakin dan bijak.

Hot Wash – Hapus Kotoran Degil dengan Suhu Tinggi

Fungsi Hot Wash yang ada pada 2 in 1 washer dryer KHIND ini sangat ideal untuk cucian pakaian yang terdedah kepada kotoran tebal dan bakteria seperti tuala mandi, pakaian kerja, atau pakaian senaman. Dengan air bersuhu tinggi, kotoran mudah tanggal dan bakteria dibunuh secara semula jadi tanpa perlu sabun berlebihan. Fungsi ni sangat berguna untuk keluarga yang aktif atau ada anak kecil yang lasak bermain luar.

Hot Wash bukan sekadar untuk kegunaan pakaian harian. Fungsi ni juga sangat berguna bila cuci cadar, sarung bantal dan tuala yang digunakan setiap hari. Untuk mereka yang ada kulit sensitif, alahan habuk, atau mudah naik ruam, cucian air panas bantu hapuskan tungau debu dan bakteria yang tersembunyi dalam fabrik. Hasilnya, tidur lebih lena dan kulit pun lebih selamat dari iritasi.

Steam Wash & Antibacterial – Cucian Lebih Bersih & Segar

Kalau anda sensitif terhadap habuk, alahan, atau mudah selsema, dua fungsi ni adalah pilihan terbaik. Steam Wash menggunakan wap panas untuk masuk jauh ke dalam fabrik dan menghapuskan kuman serta bau yang terperangkap. Manakala Antibacterial Mode bantu pastikan pakaian benar-benar bersih, bebas bakteria dan lebih selamat untuk kulit sensitif – sangat sesuai digunakan untuk pakaian bayi, cadar atau pakaian dalam.

Tak semestinya semua pakaian kena guna fungsi ni setiap kali. Anda boleh asingkan cucian dan guna Steam Wash atau Antibacterial Mode khusus untuk item tertentu seperti sarung bantal, tuala muka, pakaian bayi, atau baju yang dipakai masa sakit, terutamanya penyakit berjangkit seperti HFMD atau COVID-19. 

Air Wash – Segarkan Tanpa Perlu Air atau Sabun

Pernah tak ada kemeja linen atau baju kemeja cotton yang baru pakai sekali tapi dah berbau? Tak semestinya perlu cuci guna air, guna jer fungsi Air Wash! Program ini menggunakan udara panas untuk menyegarkan pakaian dan menghapuskan bau tanpa merosakkan fabrik. Jimat air, cepat, dan praktikal, terutamanya untuk item premium atau fabrik yang tak boleh basah.

Baby Care & Silk – Lembut, Teliti & Selamat untuk Si Kecil

Program Baby Care direka dengan kitaran lembut dan suhu terkawal untuk pastikan pakaian bayi dibersihkan dengan selamat tanpa merosakkan tekstur kain. Kulit bayi sangat sensitif, jadi pakaian mereka tak boleh dicuci bersama pakaian dewasa yang mungkin ada sisa peluh, habuk dari luar, atau bahan pencuci berlebihan. Sebab itu, program ini mengelakkan putaran kasar dan suhu tinggi yang boleh rosakkan serat halus baju bayi. Kalau dicampur dalam mod Mixed, cucian mungkin tak cukup bersih atau terlalu kuat dan ini boleh jejaskan keselesaan si kecil.

Fungsi Silk pula sesuai untuk fabrik mewah seperti satin, sutera dan chiffon. Program ini menjaga kelembutan dan fa tanpa risiko koyak atau mengecut. Ideal untuk anda yang sayang koleksi tudung atau pakaian formal.

Bukan Sekadar Mesin Basuh – Nikmati 3 Tahun Sabun & Perlindungan Menyeluruh

Selain fungsi hebat, washer dryer KHIND ini juga hadir dengan 3 tahun bekalan detergen kapsul - memang berbaloi! Anda juga dilindungi oleh KHIND Care Plan, yang termasuk servis, baik pulih, serta insurans dan gantian 1:1 sekiranya berlaku kebakaran, banjir, kerosakan tanpa sengaja dan kecurian mesin basuh. Jadi anda boleh guna dengan yakin, tanpa risau tentang kos tambahan atau kerosakan luar jangka.

Facelift Baru, Kapasiti Lebih Besar – Masa Terbaik Untuk Dapatkan Washer Dryer Sekarang!

Kini dengan penampilan facelift baru yang lebih moden, 2-in-1 washer dryer ini juga menawarkan kapasiti 11kg untuk cucian dan 7kg untuk pengeringan dan sesuai sangat untuk keluarga besar atau anda yang inginkan mesin basuh pengering yang bukan sahaja boleh mencuci pakaian anda sekeluarga, tetapi juga boleh mencuci langsir, cadar dan tuala dalam satu kitaran. Lebih besar, lebih efisien, lebih menjimatkan masa.

Jangan lepaskan peluang! Dapatkan KHIND 2-in-1 Washer Dryer dengan pelan sewa beli mampu milik hari ini.

Dengan hanya RM99/bulan, anda akan menerima KHIND 2-in-1 Washer Dryer, bekalan 3 tahun detergen kapsul, dan perlindungan KHIND Care Plan – ini memang masa terbaik untuk upgrade rutin cucian anda.

Sign up sekarang di www.khindrto.com.my dan jadi antara yang terawal miliki washer dryer terbaik ini!