Peti Sejuk Keluarga: KHIND ChillMasterX vs Side-by-Side, Mana Lebih Sesuai untuk Dapur Anda?

Memilih peti sejuk terbaik untuk rumah bukan sekadar soal saiz dan harga – ia tentang gaya hidup, keperluan keluarga, dan kualiti jangka panjang. KHIND RTO memperkenalkan dua model peti sejuk canggih: KHIND ChillMasterX dan peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side. Kedua-duanya tersedia melalui pelan sewa beli terbaik KHIND RTO, dan dilengkapi teknologi terkini serta perlindungan menyeluruh. Jadi, mana satu peti sejuk paling sesuai untuk dapur anda? Jom kita find out!

Dua Pilihan Peti Sejuk Canggih KHIND RTO

KHIND RTO, jenama yang dikenali di Malaysia dengan produk berkualiti tinggi dan mampu milik, kini tampil dengan dua model peti sejuk menarik: ChillMasterX dan ChillMaster Side-by-Side. Kedua-duanya direka khas untuk memenuhi keperluan isi rumah moden, dengan pelan Rent-to-Own yang fleksibel. Kalau anda tengah cari peti sejuk yang sesuai untuk keluarga anda, jom kita bandingkan dua pilihan peti sejuk terbaik dari KHIND RTO ini.

Saiz & Kapasiti – Mana Lebih Sesuai dengan Gaya Hidup Anda?

Dari segi kapasiti, peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side memang menang besar dengan 592 liter, ideal untuk keluarga besar atau yang suka simpan banyak stok makanan. Peti sejuk KHIND ChillMasterX pula datang dengan kapasiti 466 liter, cukup selesa untuk keluarga sederhana.

Kalau dapur anda kompak atau minimalist, peti sejuk ChillMasterX lebih sesuai. Tapi kalau anda perlukan ruang beku dan sejuk yang luas, peti sejuk ChillMaster Side-by-Side jadi pilihan terbaik.

Teknologi Penyejukan: Perlindungan Ag+ atau Water Dispenser?

Satu keunikan utama peti sejuk ChillMasterX ialah Ag+ Active Sterilization & Deodorisation yang bantu bunuh bakteria dan kekalkan makanan segar lebih lama. Teknologi ini menjadikan model peti sejuk canggih ChillMasterX pilihan ideal untuk keluarga yang mementingkan kebersihan dan kesihatan makanan.

Sebaliknya, peti sejuk ChillMaster Side-by-Side tampil dengan ciri premium iaitu built in water dispenser, sangat praktikal untuk akses air sejuk tanpa buka pintu. Ditambah pula dengan teknologi No-Frost, ia membantu elak pembentukan ais berlebihan.

Reka Bentuk & Fungsi – Elegan, Praktikal dan Moden

Dari segi gaya, kedua dua peti sejuk ChillMasterX dan ChillMaster Side by Side KHIND RTO menampilkan warna Inox Black yang elegan dan moden serta mudah dipadankan dengan mana-mana konsep dapur. Kedua dua peti sejuk juga dilengkapi rak boleh laras dan teknologi Metal 360 Cooling yang memberikan penyejukan sekata di setiap ruang.

Manakala peti sejuk ChillMaster Side-by-Side pula menonjol dengan reka bentuk pintu berganda (double door) berbanding peti sejuk ChillMasterX yang mempunyai 4 pintu (multidoor) dan Soft Touch Control Panel yang dilengkapi Child Lock untuk rumah yang ada anak kecil dan mahu kawalan yang lebih selamat.

Penjimatan Tenaga & Inverter – Jimat Elektrik, Senang Hati

Kedua-dua model peti sejuk ChillMasterX & ChillMaster Side by Side dilengkapi dengan Dual Inverter Technology, menjadikan kedua dua peti sejuk KHIND RTO ini peti sejuk jimat tenaga. Ini sangat penting untuk pengguna sewa beli yang nak kurangkan bil elektrik bulanan tapi tetap mahukan peti sejuk moden yang dilengkapi teknologi terkini untuk kegunaan seluruh ahli keluarga. 

Dengan sistem inverter, suhu kekal stabil dan penggunaan tenaga jadi lebih efisien – bunyi yang senyap dan lebih tahan lasak. Teknologi ini bukan sahaja menjimatkan bil elektrik, malah membantu mengekalkan kesegaran makanan secara konsisten. Selain itu, ia juga mengurangkan kehausan komponen dalaman peti sejuk, menjadikan jangka hayat produk lebih panjang dan penyelenggaraan lebih mudah.

Penyelenggaraan pun anda tak perlu risau, sebab kedua-dua model peti sejuk KHIND ChillMasterX dan ChillMaster Side-by-Side dilengkapi dengan perlindungan KHIND Care Plan yang menyeluruh. Pelan ini merangkumi servis berkala dan pembaikan percuma, jadi anda tak perlu keluarkan kos tambahan jika berlaku sebarang kerosakan. 

Zon Boleh Ubah – Suhu Fleksibel Ikut Keperluan Keluarga

Satu lagi kelebihan utama peti sejuk KHIND RTO adalah Convertible Zone yang boleh tukar dari peti beku kepada peti sejuk, ikut keperluan pengguna. ChillMasterX dan Side-by-Side dua-dua ada fungsi ni yang sangat membantu semasa musim perayaan, kenduri, atau bila stok makanan bertambah. Contohnya, waktu nak sambut Hari Raya, anda mungkin beli banyak bahan mentah untuk masak lemang, rendang, dan kuih-muih. Bila ruang sejuk sedia ada dah penuh, anda boleh tukar zon beku jadi ruang sejuk tambahan tanpa perlu beli peti ais kedua. Lepas musim raya, boleh tukar semula jadi freezer untuk simpan daging atau makanan sejuk beku seperti biasa.

Fleksibiliti ini membuatkan kedua-dua model peti sejuk KHIND RTO ni mesra keluarga dan sesuai untuk gaya hidup yang sentiasa berubah sama ada untuk keluarga besar, pasangan muda, atau individu yang sering memasak di rumah.

KHIND Care Plan & Insurans – Perlindungan Tambahan untuk Ketenangan Fikiran

Tak perlu risau kalau ada kerosakan – kedua-dua model peti sejuk KHIND RTO dilindungi KHIND Care Plan yang merangkumi servis dan baik pulih, serta perlindungan insurans yang menawarkan penggantian 1:1 sekiranya berlaku kerosakan akibat banjir, kebakaran, kerosakan tanpa sengaja, dan kecurian.

Dan berita baik! 1000 pelanggan pertama yang buat pembelian KHIND ChillMasterX melalui pelan sewa beli akan dapat insurans percuma. Ini nilai tambah luar biasa yang jarang ditawarkan oleh jenama lain.

Mana Satu Sesuai untuk Anda? Peti Sejuk ChillMasterX atau Side-by-Side?

Berikut ringkasan ciri utama untuk bantu anda buat pilihan:

Kalau anda perlukan peti ais besar, bergaya dan lengkap dengan water dispenser, peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side sesuai. Tapi kalau anda pentingkan kesegaran makanan, reka bentuk sleek dan ciri anti-bakteria, peti sejuk KHIND ChillMasterX adalah jawapannya.

Tunggu Apa Lagi? Jom Upgrade Peti Sejuk KHIND RTO!

Dah bersedia nak upgrade peti ais anda? Pilih antara peti sejuk KHIND ChillMasterX atau peti sejuk KHIND ChillMaster Side-by-Side dengan pelan sewa beli KHIND RTO bermula serendah RM95/bulan! Bayaran bulanan mampu milik, deposit hanya RM1, dan penuh keuntungan. Untuk 1000 pelanggan pertama peti sejuk KHIND ChillMasterX, nikmati insurans PERCUMA dan KHIND Care Plan lengkap tanpa sebarang bayaran tambahan!

Klik sekarang di www.khindrto.com.my untuk ketahui lebih lanjut dan jom RTO peti sejuk baru hari ini!!