ChillMaster Fridge Series & Meal Prep: Cara Simpan Stok Dapur Seminggu Tanpa Risau

Kalau anda jenis yang suka meal prep semua makanan sekeluarga seminggu sekali sama ada sebab nak jimat masa, elak pembaziran, atau nak hidup lebih teratur, peti sejuk yang luas dan tersusun memang satu kemestian. Ramai yang semangat nak masak siap-siap, tapi akhirnya dapur jadi sempit sebab peti ais cepat penuh.

Dengan peti sejuk besar seperti KHIND ChillMaster Side-by-Side dan KHIND ChillMasterX, anda boleh simpan stok dapur seminggu tanpa risau. Jom kita tengok cara langkah demi langkah untuk meal prep dan tips food storage tahan lama sambil kenali kelebihan peti ais besar!

Kenapa “Meal Prep” Penting Untuk Keluarga Moden

Hidup sibuk, anak sekolah, kerja bersusun menunggu di pejabat, semuanya perlukan perancangan rapi untuk selesaikan dengan sempurna. Amalan meal prep bantu anda menjimatkan masa dengan masak sekaligus pelbagai lauk untuk beberapa hari, disejukkan di dalam peti ais, dan hanya perlu memanaskannya  di dalam microwave bila tiba waktu nak makan. Meal prep ini menjimatkan masa, dan memudahkan ahli keluarga kerana makanan siap masak sentiasa tersedia dalam peti sejuk. 

Dengan peti ais besar, anda boleh beli bahan masakan secara pukal dan simpan dengan selamat tanpa risau makanan cepat rosak. Di sinilah fungsi peti sejuk KHIND ChillMaster iaitu ruang besar, suhu sejuk sekata 360 metal cooling, dan convertible zone benar-benar menonjol! 

Kenali Ruang Peti Sejuk Anda — Kapasiti & Susun Atur

Untuk yang serius tentang meal prep, kapasiti peti sejuk sangat penting. KHIND ChillMaster Side-by-Side menampilkan seluas 592L ruang simpanan — cukup besar untuk stok seminggu bagi keluarga besar. Manakala ChillMasterX Multidoor pula dilengkapi kapasiti 466L, sesuai untuk keluarga bersaiz sederhana.

Kedua-dua model ni ada convertible zone (boleh ubah antara sejuk biasa atau beku), adjustable racks, dan metal 360° cooling untuk suhu sekata di setiap sudut. Ditambah pula dengan warna Inox black yang elegan, memang nampak mewah.

Now, lepas kita dah kenal pasti kapasiti peti sejuk, jom kita pelajari langkah untuk meal prep!

Langkah 1 – Rancang Menu & Senarai Bahan

Sebelum mula masak, rancang dulu menu untuk seminggu. Contoh: lauk ayam dua jenis, ikan, sayur, dan beberapa hidangan mudah seperti wrap atau sandwich. Senaraikan bahan di aplikasi notes yang terdapat pada telefon bimbit. Ini membantu anda untuk membeli bahan yang tepat untuk lauk yang anda pilih dan elak pembaziran.

Dengan peti sejuk besar seperti KHIND ChillMaster, anda boleh beli ayam empat kilo atau lebih, telur lebih sepapan, dan simpan semuanya tanpa berebut ruang dengan minuman atau snek anak-anak.

Langkah 2 – Bahagikan Bekas & Label Dengan Bijak

Gunakan bekas makanan yang sesuai untuk freezer dan peti sejuk. Label setiap satu dengan tarikh dan jenis lauk — contohnya “Ayam Masak Merah – Isnin”. Ini memudahkan anda untuk menyusun dan juga memudahkan ahli keluarga untuk memilih nanti.

Model peti sejuk KHIND ChillMasterX dan ChillMaster Side by Side ada adjustable racks, jadi anda boleh laras tinggi rak ikut saiz bekas. Bahagian bawah boleh jadi tempat simpan makanan beku, manakala rak tengah untuk lauk siap masak. Semuanya nampak kemas, mudah capai, dan tak bersepah bila nak ambil.

Langkah 3 – Atur Ruang Dalam Peti Sejuk Anda

Susun ikut kategori:

  • Freezer (atas/bawah) – untuk bahan mentah seperti ayam, daging, ikan.
  • Convertible Zone – boleh jadi ruang simpan makanan siap, meal prep, minuman, atau bahan yang nak digunakan segera.
  • Bahagian chiller – untuk sayur, buah, dan snek harian.

Dengan metal 360 cooling, suhu di setiap bahagian kekal konsisten jadi tak ada lagi masalah sayur cepat layu atau ais meleleh. Makanan semua tersusun kemas dan sedia untuk dimakan bila-bila perlu.

Langkah 4 – Kawalan Suhu & Penjagaan Kesegaran

Pastikan suhu peti ais sentiasa pada tahap yang optimum dan gunakan touch interface yang ada pada peti sejuk KHIND ChillMaster untuk mengubah suhu dan menukar convertible mode. 

Tip tambahan:

  • Jangan terlalu penuhkan ruang (biar udara sejuk mengalir)
  • Amalkan sistem first in, first out (guna stok lama dulu)
  • Tutup bekas dengan rapat

Dengan rutin yang betul, lauk meal prep anda boleh tahan hingga dua minggu tanpa hilang rasa!

Pelan Sewa Beli KHIND RTO: Solusi Mampu Milik Untuk Semua Keluarga

Tak perlu risau tentang harga tunai. Dengan KHIND RTO, anda boleh sewa beli (rent-to-own) peti ais besar dari serendah RM99/bulan* lengkap dengan pemasangan, servis, dan perlindungan menyeluruh.

Pelan ni sangat sesuai untuk keluarga muda atau pasangan baru berkahwin yang nak naik taraf dapur tanpa beban kewangan upfront yang besar. Pilih antara ChillMaster Side by Side atau ChillMasterX, dan bayar je secara ansuran bulanan. Pada akhir tempoh sewaan, peti sejuk itu 100% jadi milik anda.

KHIND Care Plan: Perlindungan Lengkap, Hati Pun Tenang

KHIND bukan sekadar jenama yang jual kelengkapan elektrik rumah, mereka juga jaga peace of mind anda sekeluarga. Dengan KHIND Care Plan, setiap pelanggan dilindungi secara menyeluruh: servis dan pembaikan percuma, perlindungan terhadap kebakaran, banjir, kecurian, serta kerosakan tanpa sengaja. Kalau ada sebarang isu teknikal, pasukan KHIND RTO squad sendiri akan datang bantu — cepat, mesra dan tanpa caj tersembunyi.

Bila anda pilih pelan sewa beli KHIND RTO, anda bukan saja dapat peti sejuk besar dan canggih seperti ChillMaster Side-by-Side (592 L) atau ChillMasterX Multidoor (466 L), tapi juga jaminan servis berkualiti dan perlindungan menyeluruh untuk ketenangan jangka panjang.

Tunggu apa lagi? Dengan sedikit perancangan dan peti sejuk besar yang sesuai, meal prep seminggu bukan lagi beban, tapi gaya hidup bijak untuk keluarga moden.

Jom mula sewa beli sekarang di KHIND RTO — keluarga chill, dapur pun tersusun!