Kalau keluarga anda guna washer dryer hari-hari, mesti pernah lalui situasi baju keluar dari mesin tapi… eh kenapa tak berapa wangi? Atau pintu mesin basuh mula berbau hapak? Ramai tak sedar bahawa washer dryer memang perlukan rutin pembersihan yang betul supaya ia kekal berprestasi tinggi, jimat tenaga, dan yang paling penting tak rosakkan pakaian kesayangan.
Blog ini akan bantu anda jaga dan bersihkan washer dryer dengan cara paling senang, paling “low-effort”, dan sesuai untuk pengguna harian. Kalau anda guna KHIND 2-in-1 Washer Dryer di bawah pelan KHIND RTO (rent-to-own), lagilah mudah ada KHIND Care Plan yang boleh hantar technician terus ke rumah bila-bila masa untuk servis tanpa sebarang kos tambahan.
Ramai keluarga ingat washer dryer “basuh sendiri” setiap kali cycle jalan. Tapi sebenarnya, sabun, pelembut, habuk, kelembapan dan sisa detergent akan melekat pada drum, gasket, dan paip dalaman. Bila lama tak cuci, ia kumpul bakteria dan kulat sebab itu bau hapak timbul.
Bila mesin basuh tidak bersih, prestasi mencuci menurun, cycle jadi lebih panjang, dan penggunaan tenaga meningkat. Washer dryer pula lebih sensitif kerana air berkumpul di bahagian pintu. Dengan penjagaan mudah setiap beberapa minggu, anda bukan saja jimat duit jangka panjang, tapi pakaian keluarga pun sentiasa wangi dan bersih.
Drum adalah “hati” mesin. Kalau bahagian ini kotor, baju pun takkan bersih. Anda boleh lakukan deep cleaning dua atau tiga kali sebulan. Caranya simple:
Isikan drum dengan air panas (melalui preset Tub Clean). Tambahkan sedikit baking soda atau tablet drum cleaner. Jalankan preset “Tub Clean” yang dah sedia ada pada washer dryer anda. Langkah ini akan mencairkan sisa sabun yang melekat yang biasanya punca bau busuk. Mesin basuh seperti KHIND 2-in-1 Washer Dryer ada pilihan cycle tub cleaning yang membantu mensteril drum secara automatik, jadi tak perlu risau mesin cepat rosak.
Bila drum sentiasa bersih, prestasi dryer juga jadi lebih bagus dan cepat.

Kalau bau hapak muncul, bahagian pertama yang perlu diperiksa ialah gasket getah sekeliling pintu. Bahagian ini selalu “trap” air, pasir, daki sabun, rambut, tisu hancur dan segala sisa halus.
Lap bahagian lipatan gasket dengan kain microfiber, kemudian sembur campuran air suam + sedikit cuka. Biarkan beberapa minit untuk membunuh bakteria. Gasket yang bersih mengelakkan kulat, sekaligus memastikan baju keluar lebih bersih dan wangi.
Untuk pengguna KHIND RTO, kalau gasket koyak atau longgar, KHIND Care Plan boleh gantikan tanpa pening kepala tanpa sebarang kos tambahan. Hanya perlu hubungi KHIND RTO Squad, nanti technician berpengalaman kami akan terus datang ke rumah anda!

Ramai salah sangka bahawa dispenser atau laci sabun tak perlukan penjagaan. Sebenarnya, tempat ini paling banyak mendapan pelembut, sabun pekat dan lendir.
Keluarkan tray dispenser, rendam dalam air panas 10 minit, dan gosok dengan berus kecil. Bila dispenser bersih, mesin dapat mengalirkan sabun dengan lebih baik. Ini penting untuk keluarga yang ada bayi atau kulit sensitif.
Kalau anda langgan pelan RTO KHIND 2-in-1 Washer Dryer, anda akan dapat bekalan sabun kapsul 5 dalam 1 untuk 3 tahun. Dengan menggunakan sabun kapsul, anda hanya perlu baling ke dalam drum bersama baju yang nak dibasuh. Ini bermaksud, laci sabun anda akan sentiasa kekal bersih sebab sabun tidak turun daripada laci sabun. Lebih mudah, lebih bersih.

Ramai tak tahu bahawa washer dryer tidak ada penapis lint traditional seperti tumble dryer biasa. Sebaliknya, lint dan serat kain akan melalui sistem saliran (drain system) dan berkumpul sedikit demi sedikit pada bahagian bawah drum, paip, dan di sekitar pintu. Jika tidak dibersihkan secara berkala, aliran udara dan saliran menjadi kurang efisien dan menyebabkan baju kadang-kadang terasa masih lembap walaupun cycle dry dah tamat.
Apa yang anda boleh buat? Selepas beberapa penggunaan, lap kawasan pintu dan gasket untuk buang serat halus yang terkumpul. Pastikan anda juga bersihkan pump filter / drain filter (biasanya terletak di bahagian bawah mesin). Buka penutup kecil itu, keluarkan penapis, dan bersihkan sisa kain atau apa-apa yang tersangkut. Langkah ini membantu air mengalir lancar semasa drying cycle.
Bagi model seperti KHIND 2-in-1 Washer Dryer, airflow dalaman direka lebih efisien supaya pengeringan lebih cepat walaupun tanpa lint filter khas. Tapi penjagaan manual tetap penting untuk memastikan mesin sentiasa dalam keadaan terbaik dan cycle pengering berfungsi pada prestasi optimum.
Tak ada masa nak buat semua ni? Jangan risau, KHIND Care Plan ada servis berkala yang akan settlekan semua ni. Technician kami akan datang dan maintainkan mesin anda supaya sentiasa tiptop. Tapi sekiranya ada masa, anda boleh amalkan sendiri langkah pembersihan ini untuk prestasi yang terbaik sepanjang masa dan jangka hayat mesin yang lebih panjang.
Untuk jaga kesegaran drum washer dryer, jalankan cycle Tub Cleaning setiap 1–2 minggu dan pastikan suhu air menggunakan air panas. Anda juga boleh tambah sedikit cuka atau cleaner khas mesin basuh untuk pembersihan yang lebih mendalam.
Tub cleaning membantu:
Ini routine paling simple tapi paling memberi kesan jangka panjang. Pengguna rent-to-own pula senang sebab mesin KHIND RTO 2-in-1 Washer Dryer menggunakan teknologi wash dan dry yang lebih energy-efficient walaupun dengan cycle air panas.
Selain deep clean, langkah kecil setiap hari pun beri impak besar. Selepas mencuci, buka pintu washer dryer selama 20–30 minit untuk mengeringkan kelembapan. Lap pintu dan gasket dengan kain kering. Jangan biarkan baju basah duduk dalam drum terlalu lama kerana ia mempercepatkan pembentukan bau.
Gunakan detergent berkualiti mengikut sukatan, bukan tuang “agak-agak”. Terlalu banyak sabun akan tinggalkan sisa dan mengundang bakteria. Ini juga membantu memanjangkan hayat mesin dan menjaga kualiti pakaian.
Jika anda perasan bunyi pelik, bau masih kuat walaupun sudah cuci, atau mesin menunjukkan ralat pada panel, itu tanda anda perlu servis profesional.
Pengguna biasa mungkin perlu bayar kos servis yang agak tinggi. Tetapi dengan KHIND RTO dan KHIND Care Plan, anda boleh just call dan technician terus datang ke rumah untuk pemeriksaan, pembaikan atau penukaran bahagian tanpa sebarang caj tambahan.
Inilah kelebihan sewa beli terbaik untuk keluarga yang nak washer dryer berkualiti tetapi masih mahu pilihan yang mampu milik, mesra poket dan tidak membebankan.

Anda juga nak washer dryer yang senang dijaga, prestasi mantap, dan ada technician standby bila-bila masa? Jom dapatkan KHIND 2-in-1 Washer Dryer melalui pelan KHIND RTO dengan hanya RM99/bulan! Mampu milik, berkualiti, dilindungi insurans dan lengkap dengan KHIND Care Plan untuk keselesaan keluarga anda. Jom bertindak sebelum baju tak kering menghantui anda di musim hujan ini!