Dunia penuh warna, begitu juga dengan pakaian kita! Dari t-shirt harian yang simple, uniform sekolah anak yang ceria, sampailah baju kerja yang buat kita nampak profesional, semua warna-warna di pakaian kita adalah cara kita ekspresikan diri. Tapi masalahnya, bila selalu dibasuh, warna baju boleh cepat pudar, kain nampak lusuh, dan hilang seri. Sayang kan?
Jangan risau, kali ini KHIND akan kongsikan cara basuh baju berwarna supaya tak luntur & kekal macam baru. Lagi best, kami juga akan kenalkan anda dengan KHIND 2-in-1 Washer Dryer WD1468 yang memang power untuk jaga pakaian seisi keluarga agar warna kekal terang, kain kekal lembut, dan cucian lebih bersih berseri.

Banyak faktor yang buat warna pakaian cepat hilang. Antara sebab utama ialah penggunaan sabun yang terlalu kuat, air panas yang tak terkawal, atau basuhan terlalu kerap. Tambah pula kalau basuh sekaligus dengan baju putih, alamatnya warna pun bercampur! Bila warna dah mula pudar, baju nampak lama walaupun baru beli. Sebab itulah penting untuk kita jaga cara basuhan daripada awal, dan pilih mesin basuh yang ada teknologi moden untuk kawal suhu serta program basuhan lebih selamat.

Tip paling basic tapi ramai yang malas buat adalah asingkan pakaian ikut warna dan jenis kain. Pakaian gelap, cerah, dan putih jangan sekali-kali dicampur dalam satu load. Begitu juga dengan fabrik lembut macam satin atau chiffon, elok masukkan dalam laundry mesh bag supaya tak cepat rosak.
Dengan KHIND Washer Dryer WD1468, anda boleh pilih program preset yang sesuai ikut jenis kain. Jadi tak ada alasan lagi nak campur aduk sebab mesin dah siap sediakan mode untuk anda.
Bukan semua sabun sesuai untuk baju berwarna. Ada detergen yang mengandungi bahan pemutih yang boleh cepatkan warna pudar. Sebaiknya, pilih deterjen yang memang diformulakan untuk colour care. Lagi best kalau guna KHIND Laundry Capsule 5-in-1 (percuma 3 tahun dengan pelan sewa beli washer dryer 2-in-1 WD1468!). Kapsul ini dah siap ada sabun, pelembut, sanitizer, agen pencuci & penjaga warna. Senang, cepat, dan lebih mesra pakaian berwarna.
Ramai tak tahu, air panas boleh percepatkan warna luntur. Air sejuk atau suhu rendah lebih sesuai untuk kekalkan warna pakaian. Tapi kalau baju tu memang perlukan cucian deep clean, contohnya sebab kotoran degil atau ada bakteria, gunakan fungsi Hot Wash & Steam Wash pada KHIND Washer Dryer. Teknologi wap dan suhu tinggi bukan sahaja bersihkan lebih dalam, tapi masih jaga tekstur kain supaya tak rosak.
Kalau sumbat terlalu banyak pakaian dalam satu load, bukan saja susah nak bersih, tapi warna pun boleh cepat luntur sebab kain berlaga sesama sendiri. Ingat, jumlah load yang sesuai juga memberikan peranan untuk meningkatkan ketahanan warna baju. Washer dryer KHIND RTO WD1468 datang dengan kapasiti besar 11kg basuh & 7kg kering, jadi anda boleh basuh banyak baju dalam satu sesi tanpa perlu overload. Sesuai sangat untuk keluarga yang perlu mencuci banyak laundry setiap minggu.
Inilah kelebihan mesin basuh pengering moden KHIND RTO 2-in-1 Washer Dryer. Steam Wash boleh bunuh bakteria, hilangkan bau hapak dari pakaian lembap, dan kurangkan kedut supaya tak perlu gosok banyak. Hot Wash pula sesuai untuk pakaian kerja, tuala, atau baju anak yang perlukan cucian lebih bersih dan mendalam. Gabungan dua fungsi ini bukan sahaja pastikan pakaian bersih luar dalam, tapi juga kekal warna & kualiti macam baru beli.
Cuaca Malaysia memang tak menentu. Kadang panas terik, tiba-tiba hujan lebat. Jemur baju bawah matahari terik boleh buat warna cepat pudar. Dengan fungsi dryer yang ada pada washer dryer 2-in-1 KHIND RTO WD1468, baju kering sekata tanpa overdry. Lagi selamat untuk warna kain, lagi senang untuk anda sebab tak perlu risau cuaca. Baju keluar dari mesin basuh pun “just nice”, ready untuk dipakai atau terus dilipat.
KHIND faham bukan semua mampu bayar ribu-ribu sekaligus untuk mesin basuh premium. Dengan KHIND RTO (Rent-To-Own), anda boleh memiliki 2-in-1 Washer Dryer WD1468 bermula serendah RM99/bulan sahaja! Bayar deposit RM1 je, tak perlu kad kredit, dan siap dapat:
Warna pakaian mencerminkan gaya & keyakinan kita. Dengan tips basuhan yang betul dan teknologi moden dari 2-in-1 Washer Dryer KHIND RTO, anda boleh pastikan baju berwarna kekal macam baru lebih lama. Tak perlu risau lagi tentang luntur, bau hapak, atau cuaca hujan.
Tunggu apa lagi? Upgrade mesin basuh anda dengan KHIND RTO hari ini! Layari khindrto.com.my untuk mohon online & rasai sendiri kemudahan 2-in-1 washer dryer terbaik untuk keluarga seluruh Malaysia.