Mesin basuh adalah nadi di setiap rumah. Oleh itu, penting untuk memahami cara penjagaannya supaya ia kekal berfungsi dengan cekap dan tahan digunakan bertahun-tahun.
Mesin basuh automatik hadir dalam dua jenis utama: top load dan front load. Walau kedua-duanya adalah untuk menjadikan rutin mencuci pakaian lebih mudah dan cepat, namun terdapat beberapa perbezaan dari segi kadar penggunaan tenaga elektrik, air dan fungsi tambahan. Sebelum kita berkongsi tips penjagaan, penting untuk kita kenali dahulu komponen asas sebuah mesin basuh.
Panel Kawalan Digital
Panel ini adalah pusat kawalan mesin. Anda boleh pilih mod cucian, suhu air dan masa dengan mudah—menjadikan proses mencuci lebih cepat dan efisien.
Drum
Drum memutar pakaian untuk mencuci dan membilas. Jangan terlalu padatkan pakaian dan bersihkannya secara berkala untuk elak bau dan kotoran tersembunyi.
Hos Getah (Saluran Air)
Hos mengalirkan air masuk dan keluar. Pastikan ia tidak tersumbat, bengkok atau longgar untuk elak kebocoran dan limpahan.
Motor & Pam
Motor gerakkan drum, pam keluarkan air kotor. Jangan overload mesin atau guna sabun berlebihan agar motor dan pam kekal berfungsi dengan baik.
Menggunakan detergen kapsul atau cecair pencuci adalah cara paling bersih dan mudah. Deterjen jenis cecair akan larut sepenuhnya dalam air tanpa meninggalkan sebarang sisa (residue) dalam mesin basuh. Selain itu, ia juga membantu menjaga jangka hayat mesin basuh kerana tidak meninggalkan sisa sabun yang boleh menyebabkan bau hapak atau kerosakan komponen dalaman.
Kalau nak lebih jimat masa dan hasil cucian yang segar setiap kali cuci baju, pakej mesin basuh & pengering 2 dalam 1 KHIND RTO siap didatangkan dengan KHIND 5-in-1 Premium Laundry Capsules—sabun pencuci pakaian yang diformulasi khas untuk mesin basuh front load, lengkap dengan haruman Sakura yang lembut dan menyegarkan. Senang, bersih dan berbaloi!
Untuk mesin front load, penggunaan sabun yang berlebihan adalah tidak digalakkan. Mesin front load biasanya menggunakan sedikit air berbanding mesin top load. Jadi air tidak dapat mengalir dengan baik, menyebabkan buih terkumpul di dalam mesin dan tidak dapat dibersihkan dengan sempurna. Ini juga akan menyebabkan sisa tertinggal pada pakaian yang menjadi punca bau hapak kepada baju dan drum mesin. Komponen dalaman mesin akan turut terjejas, yang juga boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang.
Santiasa pastikan sabun dituang mengikut sukatan yang disarankan untuk memastikan prestasi cucian optimum dan kesihatan mesin anda.
Untuk mengelakkan kerosakan kerana sabun berlebihan, gunakan KHIND 5-in-1 Premium Laundry Capsules! Tak perlu lagi risau untuk ‘agak-agak’ berapa banyak sabun perlu diguna. Setiap kapsul dah cukup untuk satu cucian*. Mudah, cepat dan bersih.
*Cucian berkapasiti 6kg adalah disarankan
Elakkan membasuh benda berat seperti kasut sukan atau karpet yang boleh menjejaskan imbangan drum. Sebelum mesin beroperasi, pastikan juga anda periksa setiap poket seluar dan baju untuk memastikan tiada bendasing yang berpotensi merosakkan mesin seperti pisau lipat, kunci, kerongsang, kertas dan lain-lain dibasuh bersama.
Barangan berat yang dibasuh ini akan memaksa motor bekerja lebih kuat atau akan menyebabkan drum menjadi tidak seimbang, lalu menghasilkan bunyi yang kuat ketika operasi.
Setiap mesin basuh mempunyai kapasiti muatannya yang tersendiri. Memuatkan pakaian berlebihan menyebabkan prestasi cucian menurun kerana motor mesin terpaksa bekerja lebih kuat lagi dalam satu masa. Penggunaan tenaga dan air juga turut meningkat dan sekaligus menjejaskan kadar bil rumah anda.
Pastikan external hos getah diletakkan lebih rendah daripada paras mesin. Ini untuk memastikan air yang disalur keluar daripada dalam mesin lebih lancar dan tidak akan mengalir semula ke dalam dan akan menjejaskan mana-mana komponen elektronik mesin basuh.
Sekiranya anda mencuci setiap hari, berikan satu hari rehat dalam seminggu. Ini membantu memanjangkan jangka hayat mesin dan mengelakkan motor cepat haus kerana penggunaan yang berlebihan.
Walaupun mesin jenis automatik moden ada mode standby, mematikan suis dan mencabut plug adalah amalan baik untuk mencegah sebarang kerosakan akibat arus tidak stabil atau litar pintas.
Tak perlu risau lagi tentang masalah teknikal atau penyelenggaraan kerana dengan KHIND Care Plan, segala servis dan pemeriksaan akan diuruskan dengan mudah oleh pihak KHIND RTO Squad.
KHIND RTO menyediakan khidmat sokongan pantas untuk semua pelanggan. Hanya buat panggilan di talian 03-7839 2090 / 018-2233389 (WhatsApp Only) dan team teknikal professional kami akan bantu selesaikan.
Dengan memilih mesin basuh KHIND RTO, anda bukan sahaja dapat menggunakan mesin basuh moden, tetapi juga dapat menikmati KHIND Care Plan yang lengkap untuk memastikan mesin basuh sentiasa berfungsi dengan baik tanpa perlu pening kepala!
KHIND Care Plan Merangkumi:
Pelan KHIND RTO juga turut merangkumi insurans komprehensif untuk melindungi mesin anda daripada terjejas dengan bencana atau kemalangan tidak sengaja. Rumah anda terjejas ketika musim banjir? Takut mesin anda ditenggelami banjir? Jangan risau, sekiranya ini berlaku, insurans ini cover mesin ada dan penggantian secara 1:1 akan dilaksanakan. Selain itu, insurans komprehensif ini juga boleh digunapakai sekiranya mesin anda terlibat dalam kebakaran, kerosakan tidak sengaja, kilat serta kecurian.
Tertakluk kepada terma & syarat. Untuk info lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KHIND di 03-7839 2090 / 018-2233389 (WhatsApp Only).
Menjaga mesin basuh bukanlah sesuatu yang rumit. 7 tips mudah ini pastinya dapat membantu anda untuk menjadi pengguna bijak dan lebih cermat setiap kali mencuci pakaian menggunakan mesin basuh dirumah. Jika anda menjaga mesin anda dengan lebih baik, lebih lama lagilah mesin basuh anda dapat berkhidmat! Pilih mesin basuh terbaik daripada KHIND RTO, dan nikmati kelegaan minda dengan sokongan KHIND Care Plan dan perlindungan insurans yang memang berbaloi!