Bila bercakap tentang rutin harian di rumah, mencuci pakaian adalah antara perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dari baju kerja, uniform sekolah, pakaian sukan hinggalah cadar dan tuala, pelbagai jenis pakaian dan kain yang digunakan setiap hari semuanya perlu dicuci dengan bersih dan teratur. Sebab itulah pemilihan mesin basuh yang sesuai sangat penting untuk memastikan kerja rumah menjadi lebih mudah dan efisien.
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, KHIND RTO kini memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu KHIND Front Load Washer WM1248. Mesin basuh ini mempunyai kapasiti 9KG, 16 program cucian lengkap serta teknologi motor BLDC inverter, menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan rumah moden.
Lebih menarik lagi, anda tidak perlu mengeluarkan bayaran besar untuk memilikinya. Melalui pelan sewa beli atau rent to own KHIND RTO, mesin basuh ini boleh dimiliki dengan hanya RM85 sebulan (sekiranya anda langgan sebelum 30 Jun 2026, anda layak untuk diskaun 50% bagi 6 bulan pertama! *RM 43/bulan). Solusi yang praktikal, mampu milik, dan sesuai untuk keperluan semua keluarga dan juga yang bujang.
Model KHIND Front Load Washer WM1248 merupakan tambahan terbaru dalam rangkaian mesin basuh KHIND RTO yang direka khusus untuk pengguna yang mahukan keseimbangan antara prestasi, teknologi dan harga yang berpatutan.
Front load washer KHIND ini menawarkan cara cucian yang lebih efektif berbanding mesin basuh tradisional. Mesin basuh front load menggunakan gerakan drum yang membantu pakaian bergesel dengan lebih lembut tetapi mampu menanggalkan kotoran dengan lebih mendalam dan bersih. Selain itu, mesin basuh jenis front load ini juga terkenal dengan penggunaan air yang lebih efisien serta penjagaan fabrik yang lebih baik.
Dengan kombinasi teknologi dan harga yang praktikal melalui pelan sewa beli terbaik dari KHIND RTO, model ini sesuai untuk mereka yang mahu menaik taraf mesin basuh rumah tanpa membebankan kewangan.

Setiap rumah mempunyai keperluan cucian yang berbeza; pakaian harian, pakaian bayi atau fabrik sensitif. Atas sebab itu, KHIND Front Load Washer WM1248 dilengkapi dengan 16 program cucian yang boleh dipilih mengikut jenis pakaian.
Program cucian yang tersedia termasuk:
Mixed & Cotton – pilihan ideal untuk cucian pakaian harian keluarga
Cotton 60°C – sesuai untuk pakaian yang memerlukan cucian lebih mendalam
20°C Wash – cucian suhu rendah untuk penjagaan fabrik
Gentle & Delicates – untuk pakaian lembut atau fabrik sensitif
Wool – memastikan pakaian jenis wool dicuci dengan selamat
Shirts – menjaga bentuk pakaian kerja agar tidak mudah berkedut
Baby Care – cucian lebih bersih untuk pakaian bayi
Anti-bacterial – membantu mengurangkan bakteria pada pakaian
Selain itu, terdapat juga program yang sangat praktikal untuk gaya hidup sibuk seperti:
Quick 15’ dan Quick 30’ – cucian pantas apabila anda perlukan pakaian bersih dengan segera.
Tambahan lagi, fungsi seperti Spin, Rinse & Spin serta Tub Clean membantu memastikan mesin sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Dengan pilihan program yang lengkap ini, pengguna boleh menguruskan cucian dengan lebih fleksibel dan efektif. Tidak hairanlah mesin ini sering dianggap antara washer terbaik untuk kegunaan rumah moden.
Kapasiti mesin basuh adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli. Terlalu kecil, anda perlu mencuci terlalu kerap. Terlalu besar pula mungkin tidak praktikal untuk ruang rumah.
Dengan kapasiti cucian sebanyak 9KG, front load washer KHIND WM1248 berada pada saiz yang sangat sesuai untuk kebanyakan keluarga.
Kapasiti ini membolehkan anda mencuci:
semuanya dengan hanya satu mesin basuh.
Ini bukan sahaja membantu menjimatkan masa, malah mengurangkan penggunaan elektrik dan air kerana cucian dapat dilakukan dengan lebih efisien.
Prestasi sesebuah mesin basuh banyak bergantung kepada teknologi motor yang digunakan, dan mesin basuh front load KHIND RTO ini dilengkapi dengan BLDC Inverter Motor yang lebih maju dan efisien. Motor ini direka untuk memberikan operasi yang lebih senyap, menjadikannya sesuai digunakan pada bila-bila masa termasuk waktu malam tanpa mengganggu suasana rumah. Dalam masa yang sama, teknologi inverter membantu mengoptimumkan penggunaan tenaga dan menjadikan mesin basuh ini lebih jimat elektrik untuk penggunaan jangka panjang. Dari segi ketahanan, BLDC Inverter Motor juga lebih tahan lasak berbanding motor konvensional, memastikan prestasi cucian yang konsisten dan boleh dipercayai setiap kali digunakan.
Selain prestasi, rekaan juga menjadi nilai tambah penting, terutamanya bagi kediaman moden yang menitikberatkan estetika ruang laundry. Model KHIND Front Load Washer ini hadir dengan kemasan Jet Grey yang elegan serta pintu kaca hitam (black glass door) yang memberikan penampilan premium dan kemas. Ia turut dilengkapi dengan One Touch Control Panel yang intuitif, membolehkan pengguna memilih program cucian dengan mudah dan pantas. Gabungan teknologi pintar dan rekaan moden ini menjadikan mesin basuh sewa beli KHIND RTO bukan sahaja berfungsi dengan baik, tetapi juga melengkapkan gaya hidup yang lebih praktikal dan bergaya.
Salah satu kelebihan utama membeli melalui KHIND RTO ialah kemudahan pelan rent to own atau sewa beli yang sangat fleksibel.
Untuk model ini, anda hanya perlu membayar RM85 sebulan selama 48 bulan (RM 43/bulan untuk 6 bulan pertama dengan promosi Lagi Jimat Deals*) dan mesin basuh ini akan terus menjadi milik anda setelah tamat tempoh sewa beli. Dengan pelan sewa beli yang memudahkan ini, anda boleh menikmati mesin basuh canggih dan berkualiti premium tanpa perlu membuat bayaran penuh sekaligus.
Bagi ramai pengguna, konsep sewa beli mesin basuh seperti ini sangat membantu kerana ia membolehkan mereka mendapatkan peralatan rumah yang berkualiti dengan cara yang lebih mudah dan mampu milik.
Tidak hairanlah pelan dari KHIND RTO sering dianggap sebagai antara pilihan sewa beli terbaik untuk peralatan elektrik rumah di Malaysia.

Untuk menjadikan tawaran ini lebih menarik, langganan sewa beli mesin basuh ini turut disertakan dengan bekalan laundry capsule selama setahun. Bonus seperti ini menambah nilai kepada pembelian dan menjadikan pakej ini lebih berbaloi untuk pengguna. Sabun kapsul yang mempunyai wangian harum sakura menjamin hasil cucian yang lebih bersih & harum bunga yang menyegarkan.
Dengan bonus ini, anda boleh terus menggunakan mesin basuh tanpa perlu membeli sabun basuh baju tambahan untuk setahun. Ia juga membantu mengurangkan kos cucian bulanan, terutamanya bagi keluarga yang mencuci pakaian dengan kerap.

Setiap pembelian melalui KHIND RTO turut disertakan dengan KHIND Care Plan, satu pelan perlindungan yang direka untuk memberikan ketenangan kepada pengguna sepanjang tempoh penggunaan.
Pelan perlindungan ini merangkumi beberapa manfaat penting seperti:
Dengan perlindungan ini, pengguna boleh menggunakan mesin basuh tanpa perlu risau tentang kos tambahan sekiranya berlaku sebarang masalah yang tidak dijangka.
Jika anda sedang mencari front load washer terbaik yang praktikal, berkualiti dan mampu milik, KHIND Front Load Washer WM1248 adalah pilihan yang sangat sesuai untuk rumah anda.
Dengan kapasiti 9KG, 16 program cucian, teknologi motor BLDC inverter serta rekaan moden, mesin basuh front load ini direka untuk menjadikan rutin cucian lebih mudah dan efisien untuk kegunaan seluruh keluarga.
Tambahan pula dengan pelan rent to own atau sewa beli KHIND RTO, anda boleh mula menikmati mesin basuh ini dengan hanya RM85 sebulan (RM 43/bulan untuk 6 bulan pertama dengan promo Lagi Jimat Deals!)*.
Kini masa yang sesuai untuk menaik taraf pengalaman cucian rumah anda dengan mesin basuh keluaran terbaharu KHIND RTO yang berkualiti dan dipercayai oleh rakyat Malaysia selama lebih 60 tahun.
*Promosi diskaun 50% sewa beli untuk 6 bulan pertama sah sehingga 30 Jun 2026 sahaja