Teddy bear, bantal dan soft toys sering mengumpul habuk, peluh dan kotoran tanpa kita sedari. Jika tidak dicuci secara berkala, ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan bau kurang menyenangkan.
Berita baiknya, kebanyakan anak patung ini boleh dibersihkan menggunakan mesin basuh dengan langkah yang betul. Berikut ialah panduan mudah untuk memastikan ia kekal bersih, lembut dan tahan lama.

Sebelum mencuci, periksa label penjagaan pada teddy bear atau bantal. Label ini akan menunjukkan sama ada item tersebut sesuai dicuci menggunakan mesin basuh atau memerlukan cucian tangan.
Jika terdapat komponen elektronik atau bahan sensitif seperti bateri, elakkan memasukkannya ke dalam mesin basuh bagi mengelakkan kerosakan.
Pastikan tiada bahagian yang koyak atau jahitan yang longgar sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Langkah ini penting bagi mengelakkan isi teddy bear atau bantal terkeluar semasa dicuci.
Jika terdapat kerosakan kecil, jahit atau baiki terlebih dahulu supaya item kekal dalam keadaan baik selepas dicuci.
Laundry bag membantu melindungi teddy bear dan mainan lembut daripada geseran berlebihan ketika proses cucian berlangsung. Ia juga membantu mengekalkan bentuk asal teddy bear tersebut.
Selain teddy bear, laundry bag juga sesuai digunakan untuk pakaian bayi, pakaian dalam dan fabrik yang lebih halus dan memerlukan penjagaan lebih.
Gunakan mod cucian lembut atau delicate wash pada mesin basuh bagi mengelakkan kerosakan pada fabrik dan jahitan. Elakkan menggunakan putaran yang terlalu kuat kerana ia boleh mengubah bentuk teddy bear atau bantal.
Untuk cucian harian yang lebih mudah, Front Load Washer KHIND RTO dilengkapi kapasiti basuh dan spin 9KG, motor BLDC Inverter dan panel kawalan One Touch yang memudahkan rutin laundry seisi keluarga.

Selepas dicuci, teddy bear atau bantal boleh dijemur di kawasan yang mempunyai pengudaraan baik sehingga kering sepenuhnya. Pastikan ia dibalikkan dari semasa ke semasa supaya kelembapan dapat keluar dengan sekata dan mengelakkan bahagian tertentu kekal lembap.
Walau bagaimanapun, elakkan menjemur secara terus di bawah cahaya matahari yang terlalu terik kerana pendedahan berpanjangan boleh menyebabkan warna fabrik menjadi pudar dan teksturnya cepat rosak. Sebaiknya, jemur di kawasan berbumbung atau teduh yang menerima aliran udara yang baik.
Teddy bear dan mainan lembut yang sering digunakan disarankan dicuci sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Ini membantu mengurangkan pengumpulan habuk, bakteria dan bau yang tidak menyenangkan.
Selain itu, elakkan merendam item terlalu lama kerana ia boleh merosakkan struktur dalaman dan memendekkan jangka hayatnya.
Selain tips mencuci teddy bear, terdapat beberapa amalan kecil yang boleh memberikan hasil cucian laundry harian yang lebih baik. Antaranya ialah mengasingkan pakaian mengikut warna, tidak membebankan mesin basuh dengan muatan berlebihan dan menggunakan sukatan detergen yang betul mengikut jumlah cucian.
Ramai juga tidak menyedari bahawa membersihkan drum mesin basuh secara berkala dapat membantu mengurangkan bau hapak dan memastikan pakaian dicuci dengan lebih bersih. Dengan beberapa langkah mudah ini, pakaian, bantal dan teddy bear bukan sahaja lebih bersih, malah dapat bertahan lebih lama dan kekal dalam keadaan terbaik.
Jika anda sedang mencari mesin basuh atau washer dryer baharu, sekarang ialah masa terbaik untuk mendapatkannya melalui KHIND RTO. Nikmati 50% diskaun yuran langganan selama 6 bulan untuk model terpilih sehingga 30 Jun.
Front Load Washer KHIND RTO boleh dimiliki pada harga serendah RM85 sebulan, lengkap dengan kapasiti 9KG, bekalan laundry capsule selama setahun, Khind Care Plan, perlindungan insurans serta penghantaran dan pemasangan percuma. Untuk kapasiti lebih besar, Washer Dryer KHIND RTO menawarkan 11KG basuh, 7KG kering, Steam Wash, 18 program cucian dan mod Wash & Dry 1 jam pada harga hanya RM125 sebulan. Dengan hanya beberapa minggu lagi sebelum promosi tamat, inilah masa terbaik untuk menaik taraf rutin laundry anda. Jadi, jom RTO sekarang dan jangan tunggu lagi!