KHIND RTO
Kempen “Sewa Beli & Menang Besar” 2026

Terma & Syarat Kempen

1) Penganjur

● (“Kempen”) “Sewa Beli & Menang Besar” dianjurkan oleh KHIND CustomerService 198301013621 (109015-W) (“Penganjur”).

2) Tempoh Kempen

● Kempen diadakan dari 1 Januari 2026, 12:00:00 pagi sehingga 31 Mac 2026,11:59:59 malam (merujuk kepada “Tempoh Kempen”).

● Penganjur berhak untuk memendekkan, melanjutkan, menangguhkan ataumenamatkan Kempen pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

● Sebarang langganan yang dibuat sebelum atau selepas Tempoh Kempen tidakakan layak.

3) Kelayakan

• Kempen ini terbuka kepada semua warganegara berumur 18 tahun dan ke atas,kecuali kakitangan Penganjur, syarikat berkaitan, anak syarikat, agensi pengiklanan,pengedar, peniaga, ejen jualan serta ahli keluarga terdekat mereka.

• Sekiranya mana-mana Peserta yang didapati tidak layak menyertai semasa atau selepasTempoh Kempen, Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan dan menarik semulahadiah yang dimenangi oleh Peserta tersebut. Sekiranya Peserta gagal mematuhi kriteriakelayakan yang ditentukan oleh pihak Penganjur, Peserta bersetuju untukbertanggungjawab atas sebarang ganti rugi kepada pihak Penganjur untuk kos hadiahmingguan dan hadiah utama. Pihak Penganjur juga berhak mengambil sebarang tindakanyang perlu kepada Peserta terbabit.

4) Cara Penyertaan

Penyertaan Automatik

• Setiap langganan berjaya mana-mana produk KHIND Rent-to-Own (RTO) dalamTempoh Kempen akan menerima satu (1) penyertaan cabutan bertuah.

• Setiap langganan berjaya KHIND x Acson KOOL Series 5-Star Inverter AirConditioner akan menerima dua (2) penyertaan cabutan bertuah.

• Tiada pendaftaran manual diperlukan. Semua penyertaan akan dijana secara automatikberdasarkan rekod langganan RTO yang sah.

• Langganan yang dibatalkan, dipulangkan, tidak lengkap atau disyaki penipuan akandibatalkan kelayakannya.

• Setiap langganan yang layak hanya akan dikira sekali sahaja mengikut mekanik yangditetapkan.

5) Hadiah Kempen

• Setiap penyertaan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah mingguan, bulananatau hadiah utama sepanjang Tempoh Kempen seperti berikut:

5.1 Hadiah Mingguan

• Jumlah 70 orang pemenang akan menerima Baucar Diskaun RM10 untukpembelian di Laman Web Rasmi KHIND (www.khind.com.my) sepanjangtempoh kempen

• Baucar sah dengan minimum pembelian RM50

• Tempoh sah laku dan terma penggunaan baucar tertakluk kepada ketetapan Penganjur

• Bilangan pemenang mingguan dan kaedah pemilihan adalah tertakluk kepadaperincian dalam Seksyen 6.

5.2 Hadiah Bulanan

• 6 unit Habib 1g Emas 999.9- 2 orang pemenang setiap bulan akan menerima Habib 1g Emas 999.9

• 30 unit Kipas Berdiri KHIND 16” (Model: SF1610M)- 10 orang pemenang setiap bulan akan menerima Kipas Berdiri KHIND 16”(Model: SF1610M)

5.3 Hadiah Utama & Hadiah Kedua

• Pemilihan pemenang bagi Hadiah Utama dan Hadiah Kedua akan dibuat melaluicabutan bertuah dan diumumkan pada April 2026.

• Hadiah Utama – Proton e.MAS 5o 1 pemenang akan menerima Proton e.MAS 5 dalam sepanjang tempohkempen

• Hadiah Kedua – Honda BeAT 110c.co 1 pemenang akan menerima Honda BeAT dalam sepanjang tempoh kempen

• Warna kenderaan bagi Hadiah Utama dan Hadiah Kedua adalah tertakluk kepadaketersediaan stok dan akan ditentukan oleh pihak Penganjur.

• Penganjur berhak menggantikan model, spesifikasi atau warna hadiah kenderaandengan hadiah lain yang mempunyai nilai setara tanpa notis terlebih dahulu.

• Visual hadiah yang dipamerkan dalam mana-mana iklan, publisiti promosi dan bahanlain yang berkaitan dengan Kempen ini adalah tujuan ilustrasi sahaja dan tidak bolehmenggambarkan hadiah yang sebenar.

• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditebusdalam bentuk wang tunai.

• Pihak Penganjur berhak untuk menentukan, mengubah atau melanjutkanpengumuman pemenang tanpa memberi sebarang notis.

• Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dansebarang bantahan tidak akan dilayan.

6) Proses Penebusan Hadiah

● Peserta akan dihubungi melalui panggilan telefon/WhatsApp atau mediumbersesuaian yang ditentukan oleh pihak Penganjur selepas pengumumanpemenang.

● Mengikut butiran yang diberikan oleh Peserta yang sah, hadiah mingguan akandihantar dalam masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh pengumuman.Hadiah Bulanan akan dihantar dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja daritarikh pengumuman.

● Penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa yang lebih lamabergantung kepada servis penghantaran. Pihak Penganjur akan menentukankaedah penghantaran yang paling sesuai.

● Penyerahan Hadiah Utama dan Kedua akan mengambil masa sehingga enam (6)bulan dari tarikh pengumuman, tertakluk kepada dokumentasi, pendaftaran,ketersediaan stok dan kelulusan pihak berkaitan.Penganjur tidakbertanggungjawab ke atas kelewatan akibat faktor di luar kawalan Penganjur ataukegagalan pemenang mengemukakan dokumen yang diperlukan.

● Sekiranya pemenang Hadiah Utama dan Hadiah Kedua didapati mempunyaitunggakan bayaran, gagal membuat bayaran bulanan, atau melanggar termaperjanjian Rent-to-Own pada bila-bila masa sebelum penyerahan hadiah, pihakPenganjur berhak membatalkan kelayakan pemenang dan menarik balik hadiahtanpa pampasan.

● Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 018-2233389 (WhatsApp) atau e- melkepada khindonline@khind.com.

Tarikh pengumuman pemenang cabutan bertuah:

7) Terma & Syarat Tambahan

● Semua keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur mengenai dengan Kempenini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilihan penebusan yang sah (jika ada)adalah muktamad. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang surat-menyuratatau rayuan.

● Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiahyang bernilai setara pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak dapat dikembalikan dan tidakboleh ditukar dengan wang tunai dan hanya akan disampaikan kepada pemenangyang layak.

● Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarangpenangguhan maklumat dalam sebarang bentuk kepada para Peserta.

● Pihak Penganjur tidak akan menanggung mana-mana perbelanjaan tambahan yangdilakukan oleh Peserta selain perbelanjaan yang telah ditanggung dalam Kempenini.

● Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakandan/atau sebarang kejadian yang di luar jangkaan yang mungkin melibatkankecederaan, kecacatan atau kematian Peserta akibat penyertaan dalam Kempenini.

● Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menolak manamana Peserta yang didapati atau disyaki mengganggu pengendalian Kempen iniatau melanggar terma dan syarat ini.

● Sekiranya Kempen ini tidak dapat dijalankan atas sebarang alasan termasuk tetapitidak terbatas pada jangkitan oleh virus komputer, bug, gangguan, campur tanganyang tidak dibenarkan, kegagalan teknikal, kegagalan rangkaian komunikasi,kegagalan perkakasan dan/atau perisian, kegagalan penghantaran, kegagalantalian internet dan/atau sebaliknya, pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawabuntuk perkara yang sama dan, pihak Penganjur boleh, dengan atau tanpa notis,melakukan keputusan yang dianggap sesuai termasuk membatalkan dan/ataumenangguhkan Kempen ini.

● Pihak Penganjur, sekutu, anak syarikat, dan ejennya tidak akan bertanggungjawabatas perkara berikut:

i. Sebarang kegagalan teknikal;

ii. Campur tangan oleh pihak yang tidak dibenarkan semasa TempohKempen;

iii. Kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran Kempen danmemproses penyertaan;

iv. Sebarang kemasukan data yang hilang, dicuri, rosak, dihantar secara salah,atau tidak diterima yang bukan disebabkan oleh kecuaian ataukemungkinan secara sengaja dari pihak Penganjur.

● Semua Peserta bersetuju untuk memikul tanggungjawab dan bertanggungjawabsepenuhnya sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang sekiranya berlakusebarang kehilangan, kecelakaan, kecederaan, kerosakan, tuntutan, ataukemalangan (termasuk kematian) yang dialami akibat atau yang bakal timbuldaripada penyertaan mereka dalam Kempen, proses penebusan dan/atau semasapenggunaan hadiah yang diperoleh.

● Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan, menghentikan, ataumenangguhkan Kempen pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan sebelumnya.Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan, ataupenangguhan oleh pihak Penganjur, Peserta tidak berhak untuk membuat tuntutanatau pampasan terhadap pihak Penganjur atas sebarang atau semua kerugian ataukerosakan yang dialami, atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Pesertasama ada secara langsung dan/atau tidak langsung timbul dari atau berkaitandengan pembatalan, penamatan, atau penangguhan Kempen oleh pihak Penganjur.

● Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undangMalaysia.

● Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, menambah, atau menghapuskan manamana terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebihdahulu kepada Peserta dan para Peserta bersetuju untuk mematuhi denganperubahan tersebut. Variasi tersebut dapat disampaikan melalui mod komunikasiyang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur.

● Dengan menyertai Kempen ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, danbersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini, dan menerima bahawa semuakeputusan oleh pihak Penganjur adalah muktamad.

8) Data Peribadi

● Semua butiran penyertaan yang dihantar untuk Kempen ini akan menjadi hakmilik pihak Penganjur.

● Pihak Penganjur berhak untuk menggunakan, menerbitkan, mendedahkan, ataumenampilkan nama, alamat, gambar, rakaman, butir-butir dan/atau mendokumensemua Peserta untuk tujuan pengiklanan, promosi dan publisiti tanpa pampasankepada Peserta (atau jika ada, wakil mereka yang sah).

● Perlindungan data peribadi menjadi perhatian penting bagi pihak Penganjur. Dataperibadi yang dikumpulkan dalam borang penyertaan dan sebagaimana yangdiberikan oleh Peserta untuk tujuan Kempen ini akan diproses sesuai denganNotis Perlindungan Data Peribadi KHIND Customer Service Sdn Bhd. Denganmenyertai Kempen ini, Peserta memberikan persetujuan kepada pihak Penganjurdalam memproses data peribadinya dengan cara yang dinyatakan dalam NotisPerlindungan Data Peribadi dan membenarkan pihak Penganjur untukmenghubungi Peserta mengenai Kempen ini. Peserta bakal menerima bahanpemasaran dan komunikasi daripada pihak Penganjur untuk acara, promosi,produk dan perkhidmatan, maklumat, dan aktiviti pemasaran dan promosi yangakan datang, ataupun boleh memilih untuk tidak ikut serta menerima komunikasitersebut pada bila-bila masa dengan memilih pilihan "berhenti langganan" dalamkomunikasi tersebut atau melalui hubungan.

● Peserta bersetuju bahawa pihak Penganjur berhak untuk mendedahkan maklumatPeserta sekiranya pihak Penganjur percaya bahawa pendedahan sedemikiandiperlukan untuk mengenal pasti, menghubungi atau membawa tindakan undangundang terhadap individu yang mungkin menyebabkan kerosakan ataumengganggu (sama ada secara sengaja atau tidak) dengan hak atau harta bendapihak Penganjur, yang boleh menyebabkan sebarang kerugian oleh aktivititersebut. Pihak Penganjur juga boleh mendedahkan data peribadi sekiranyadiperlukan oleh mahkamah undang-undang atau badan lain yang berkaitan.

● Sila rujuk pautan di bawah untuk membaca lebih lanjut mengenai:-

Dasar Privasi KHIND Rent-to-Own
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010