LIHAT CERITA KITA
Setiap insan punya nama. Setiap nama punya cerita.

Dari awal subuh hingga larut malam, ada tangan-tangan yang tekun bekerja menggerakkan rutin harian negara ini. Tanpa mereka, Malaysia tidak akan berdiri seteguh hari ini 🇲🇾✨ Mereka mungkin bekerja di belakang tabir tanpa meminta sebarang pujian, tetapi cerita mereka berhak didengar.

Selama 65 tahun, KHIND bertuah dapat hadir di sudut rumah keluarga Malaysia, menjaga keselesaan harian agar hidup terus berjalan. Hari ini, pentas ini milik wira-wira kita.
Empowering the people who power Malaysia

Cara Sertai?

1. Calonkan
Fikirkan seseorang di sekeliling anda, ahli keluarga, kawan, jiran, rakan sekerja atau orang yang pernah anda jumpa, yang namanya patut disebut. Isi borang di bawah dengan nama mereka dan kisah ringkas kenapa mereka bermakna.
2. Kami Pilih
Pasukan KHIND akan menyemak setiap pencalonan dan memilih kisah yang paling menyentuh untuk diketengahkan dalam siri video "Sebut Namamu".
3. Nama Mereka Disebut
Kisah terpilih akan dirakam dan dikongsikan di platform sosial KHIND: TikTok, Instagram dan Facebook, supaya seluruh Malaysia dapat mendengar nama mereka.
Calonkan Sekarang!

Cara Kami Meraikan Sang Juara Setiap Hari

Tier 1

Semua yang Dipaparkan

Setiap individu yang terpilih untuk siri video "Sebut Namamu" akan menerima:
Cerek elektrik
KHIND 65th Anniversary
Kisah video mereka sendiri,
dikongsikan di platform KHIND

Tier 2

5 Duta KHIND Terpilih

Daripada keseluruhan siri, 5 individu akan dipilih sebagai Duta rasmi KHIND selama 1 tahun dan akan menerima:
Produk KHIND bernilai sehingga RM6,500
Dipaparkan di DOOH / billboard bersempena Hari Malaysia
Duta Rasmi KHIND
2026/2027
KHIND meraikan sang Juara Setiap Hari
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Tarikh tutup pencalonan: 30 Nov 2026

Siapa Yang Boleh Anda Calonkan?

Sesiapa sahaja. Tidak kira umur, bangsa, pekerjaan atau latar belakang.
Asalkan mereka rakyat Malaysia yang berbuat baik untuk orang lain, walaupun kecil, senyap atau jarang disedari.
Penjual Makanan
Makcik yang jual nasi lemak setiap pagi sebelum Subuh
Pengawal Keselamatan
Pengawal keselamatan yang menjaga kawasan anda setiap malam
Penghantar Barangan
Rider penghantaran yang tetap sampai, hujan atau panas
Guru
Guru yang bukan sekadar mengajar, tetapi menjadi tempat pelajar berpaut bila hidup terasa berat
Ibu Tunggal
Ibu tunggal yang mengurus semuanya sendiri tanpa merungut
Jiran Yang Prihatin
Jiran yang diam-diam membantu tanpa diminta
Pekerja Kilang
Pekerja kilang yang berdiri sepanjang hari supaya produk sampai ke tangan anda
Anak Muda Pencari Rezeki
Anak muda yang bekerja keras cari duit sendiri untuk bantu keluarga
Kalau anda baca senarai ini dan teringat seseorang, dialah orangnya. Sebut namanya.

KHIND Meraikan Sang Juara Setiap Hari

Saimah Binti Abdullah
38 Years of Dedication & Heart
Amir Juri
A Journey Shaped by Every Experience
Chia Ah Moi
Where Every Second Counts, Every Effort Matters
Eric Tai
Growing Businesses, Creating Opportunities
Cheng King Fa
65 Years of Building Legacy

Calonkan Seseorang Sekarang

Kongsi nama dan kisah ringkas. Kami hubungi anda jika terpilih.

Maklumat Pencalon

Maklumat Calon

Max file size 10MB.
Uploading...
fileuploaded.jpg
Upload failed. Max size for files is 10 MB.
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.
Terima kasih atas pencalonan anda. Kami akan semak dengan teliti dan hubungi anda jika kisah mereka terpilih. Nama mereka patut disebut, dan anda orang pertama yang menyebutnya

Tentang KHIND

Sejak 1961, KHIND telah menjadi sebahagian daripada rumah rakyat Malaysia, dari Perlis hingga Sabah. Bermula sebagai kedai pembaikan kecil di Sekinchan oleh pengasas Encik Cheng King Fa, KHIND kini berkembang menjadi jenama yang mengeksport ke lebih 60 negara, sambil kekal berpegang pada prinsip asalnya:

"Oleh orang biasa, untuk orang biasa."

Hari Malaysia ini, sambil meraikan 65 tahun, kami mengalihkan tumpuan kepada insan yang menjadikan semuanya mungkin, rakyat Malaysia harian yang bersama kami sejak awal.